Review
Jun 12, 2018, 12:27pm

Beli Perencah Mee Bandung Johor Secara Online


Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan ‘bandung’ di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti ‘berganda’ atau ‘berkembar’ atau ‘berpasangan’ di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti ‘Sirap Bandung’ untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun ‘Rumah Berbandung’ untuk rumah berkembar (semi-D).

perencah mee bandung johor

Ini membawa maksud Mee Bandung ialah masakan yang mengandungi bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Dahulunya Mee Bandung ialah masakan gandingan mee dan telur sahaja disamping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, tetapi kini ditambah dengan bahan-bahan lain seperti udang, daging, kuah ikan dan sayuran.

Perencah Mee Bandung Muar Original

Pes mee bandung atau disebut juga sebagai Perencah Mee Bandung merupakan satu produk dari Industri Asas Tani yang semakin popular di Malaysia khususnya di Negeri Johor. Resepi Mee Bandung Muar kini telah menjadi satu Makanan Nasional dari Negeri Johor setanding dengan Nasi Beriyani Gam Batu Pahat, Laksa Johor, Asam Pedas Parit Jawa, Mee Rebus Hj Wahit dan Pisang Salai Johor. Bagi orang Johor, sejarah makanan mee bandung Muar merupakan resepi kebanggaan mereka yang diasaskan oleh peniaga keluarga Abu Bakar Hanafiah sejak beratus tahun dahulu. Keenakan mee bandung Muar terletak kepada ramuan yang digunakan iaitu udang kering, daging, kacang tanah dan banyak ramuan lain. Ia memberikan rasa pedas, manis, lemak, masin dengan aroma yang mendatangkan selera kepada peminatnya.

perencah mee bandung johor hjh milah

Resepi masakan tradisional melayu yang berasaskan pes atau perencah tanpa mengandungi bahan pewarna dan bahan pengawet. Produk Perencah Mee Bandung Hjh Milah amat mudah digunakan, berkualiti serta mengikut piawaian yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mendapat kelulusan Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Produk Masakan Segera Tradisi Johor ini adalah berkualiti tinggi dan dijamin resepinya adalah yang asli daripada Negeri Johor.

Perencah Mee Bandung Hjh Milah Terlaris Di Pasaran Luar Dan Dalam Negara

Kembar Maju Niaga merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang beorientasikan industri makanan. Kembar Maju Niaga menyediakan produk halal, bersih dan asli serta sesuai untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berdasarkan resepi turun temurun, Kembar Maju Niaga mengekalkan kualiti serta menambah lagi aroma serta keaslian produk kami. Buat masa ini Kembar Maju Niaga hanya mengeluarkan produk perencah mee bandung, dan Rojak petis.

set perencah mee bandung muar johor terbaik

Produk Kembar Maju Niaga memang begitu terkenal di daerah Muar dan Ledang. Dan sering dijadikan buah tangan kepada pengunung serta perantau yang pulang kekampung. Kembar Maju Niaga bercita-cita akan menambah lagi produk lain pada masa hadapan dan akan meluaskan pasaran ke setiap pasaraya dan kedai diseluruh negara.

Kembar Maju Niaga Menyediakan Perkhidmatan yang berkualiti

Kembar Maju Niaga memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan dengan baik. Kembar Maju Niaga menerima tempahan mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja agar kualiti produk dapat dikekalkan.

perencah mee bandung muar segera

Selain kualiti produk seperti rasa dan kesegaran sentiasa dijaga sepanjang masa mengikut yang ditetapkan oleh Kembar Maju Niaga. Selain itu, mereka mempastikan produk keluaran mestilah dalam keadaan yang baik sepanjang masa serta mempastikan pegawai penyelidikan akan membuat kajian dan pemerhatian terhadap makanan yang diproses supaya berada dalam keadaan kualiti yang baik dan semua produk makanan disediakan adalah suci dan bersih.

Pes Masakan Mee Bandung Memudahkan Para Ibu

perencah mee bandung muar johor paling sedap

Zaman semakin berubah begitu juga dari segi penyediaan masakan sekarang tak susah. Perencah Mee Bandung Hjh Milah sangat membantu memudahkan kerja memasak di dapur terutama ibu yang sibuk dengan kerja pejabat. Balik rumah dan penat dan juga tak ada masa nak kupas bawang apa semua. Tapi dengan adanya pes masakan segera ini hanya tuang campur dengan air atau minyak kemudian masuk bahan utama dan siap.

Cara Masakan Mee Bandung Menggunakan Perencah Mee Bandung Hjh Milah

mee bandung hjh milah sedap

Bahan-bahan Utama:

  • 1 paket Perencah Mee Bandung Hjh Milah
  • 2 bungkus mee kuning
  • 10 ekor udang saiz sederhana atau kecil
  • 3-4 biji telur
  • Daging (kuantiti mengikut kehendak dan citarasa anda)
  • Sayur sawi
  • Garam & ajinomoto
  • Daun bawang
  • 2 biji cili basah (merah)
  • 5-6 biji cili padi (hijau)
  • Bawang goreng

Cara-Cara Penyediaan:

Jika ingin menggunakan daging, rebus daging sehingga empuk dan potong kecil mengikut saiz yang anda inginkan. Jika tidak menggunakan daging pun tidak mengapa kerana Perencah Mee Bandung Hjh Milah telah cukup segala rasa manis & pedas etc. Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu. Jangan menggunakan terlalu banyak air sebab jika air kurang boleh ditambah kemudian. Setelah air mendidih masukkan sepaket pes Perencah Mee Bandung Hjh Milah ke dalam air didihan tersebut. Kacau sehingga sekata. Masuk pes sedikit demi sedikit utk mengawal kepekatan kuah. Jika rasa cair masukkan lagi Perencah Mee Bandung Hjh Milah sehingga mencapai tahap kepekatan yang anda inginkan. Masukkan daging ke dalam kuah setelah kuah menggelegak (jika ada daging), jika tidak masukkan telur ke dalam kuah & jangan kacau kuah utk mengelakkan telur menjadi hancur di dalam kuah tersebut.

perencah mee bandung muar meleleh

Gunakan perencah mee bandung Muar Hjh Milah.

Biarkan telur masak terlebih dahulu & kemudian bolehlah dimasukkan udang. Selang beberapa minit setelah telur masak, bolehlah kacau perlahan-lahan kuah tersebut dan masukkan garam serta ajinomoto (jika mahu) ke dalam kuah. Kemudian rasa sehingga mencapai tahap citarasa yang anda inginkan. Tutupkan api serta masukkan sayur sawi dan biarkan sawi masak sendiri di dalam kuah yang masih panas tersebut. Jika api masih dibuka dikhuatiri sawi akan terlampau lembik. Setelah itu, celur sebentar mee kuning tersebut di dalam air panas/rebusan bagi menghilangkan rasa kapur yang ada pada mee kuning tersebut. Akhir sekali hidangkan mee kuning & taburkan segala bahan2 hiasan seperti daun bawang, cili merah, cili padi dan bawang goreng mengikut kehendak anda.

mee bandung terbaik di johor

Harga Perencah Mee Bandung Dan Rojak Petis Hjh Milah

  • Perencah mee Bandung Hjh milah (RM11.00)
  • Rojak petis (RM7.00)

Tempah Perencah Mee Bandung Johor Hjh Milah Sekarang!!

Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan yang tidak asing lagi di kalangan penggemar mee seluruh Malaysia. Dengan adanya Perencah Mee Bandung Hjh Milah secara online, kini anda tidak perlu lagi ke Muar kerana keenakkan perencah ini setanding Mee Bandung Muar Asli.

mee bandung sedap dengan perencah

PERENCAH MEE BANDUNG HJH MILAH | MEE BANDUNG MUAR ASLI ONLINE
Hotline: Tekan untuk telefon (013-7113076) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: mee Bandung Hjh milah
Instagram: @meebandunghjhmilah

Alamat:
Mee Bandung Hjh Milah
PLO 26, Tanjung Agas Industrial Estate, 84000, Muar, Johor, Jalan Kesang, Kampung Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: