Review
Sep 14, 2017, 6:24pm

Beli Kereta Proton di Kuantan Pahang


Kuantan merupakan ibu negeri Pahang Darul Makmur yang berhampiran dengan Laut China Selatan. Terdapat pelbagai lokasi menarik terdapat di sini, terutamanya pantai-pantai yang indah seperti Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam, Pantai Sepat, Pantai Balok dan Pantai Cherating, menjadikan ia salah satu daya tarikan utama perlancongan di negeri Pahang. Dengan kedudukannya ditepi pantai, sudah tentu Kuantan merupakan lokasi tumpuan untuk menikmati pelbagai menu masakan laut terutamanya di kawasan Tanjung Lumpur.

bandar-kuantan

Selain daripada menyajikan makanan yang lazat, harganya juga berpatutan dan keselesaan pengunjung turut terjamin. Kuantan juga menyediakan keindahan alam semulajadi dengan terdapatnya beberapa lokasi yang menarik seperti, menyusuri Sungai Cherating, meyaksikan pelbagai gelagat haiwan di Mini Zoo Teruntum secara percuma, mandi manda di Air Terjun Sungai Pandan dan mendaki Bukit Panorama bagi menyaksikan matahari terbit. Malah terdapat juga taman tema air yang menjanjikan keseronokan yang terbaik untuk pengunjung di Gambang Water Park.

sungai-pahang

Kuantan, dengan statusnya sebagai ibu negeri Pahang Darul Makmur, sudah semestinya mempunyai kepesatan ekonomi daripada pelbagai sektor yang mendahului 10 daerah lain yang terdapat di negeri ini. Kedudukkannya yang hampir dengan Perlabuhan Kuantan dan Kawasan Industri Gebeng, sudah dapat mengambarkan kepesatan ekonomi Kuantan dalam sektor perindustrian. Tidak kurang juga dalam sektor pendidikan, terdapatnya pelbagai universiti dan kolej sudah bertapak di sekitar Kuantan ini, seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

universiti-malaysia-pahang

Melalui kedua-dua sektor ekonomi  tersebut serta sektor perlancongan, sudah tentu Kuantan dibanjiri pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh pelusuk Malaysia dan antarabangsa. Namun Kuantan tidaklah mempunyai sistem pengangkutan awam yang terbaik, jika hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai sistem pengangkutan awam dibawahselian Rapid KL, yang dapat menyediakan kemudahan untuk orang awam bergerak dengan pantas dan cepat di bandar ini, terutamanya bagi pelancong. Sudah semestinya orang ramai memilih untuk menggunakan kereta, dan para pelancong menyewa kereta untuk ke mana-mana destinasi yang dituju.

chalet-pantai-balok

Oleh itu, disini ingin memperkenalkan Azlan kepada anda semua, iaitu agen jualan Proton yang sah. Beliau adalah agen terbaik untuk membeli kereta Proton di sekitar Kuantan, dengan ramai pelanggan suka dan percaya dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh beliau. Azlan menawarkan pembelian semua jenis kereta Proton dengan pakej yang menarik. Lebih-lebih lagi, terdapat promosi Proton terkini serta terdapat hadiah dan diskaun menarik untuk anda.

Model Kereta Proton Yang Ditawarkan Di Kuantan Pahang

Beli Kereta Proton Saga di Kuantan

kereta-saga-flx-sewa-kota-bharu-kelantan

The New Saga ini adalah model terbaru di bawah model Proton Saga. Ia adalah model kereta sedan kompak mampu milik dengan menggunakan enjin 1.3 L VVT bersama dengan teknologi ECO Drive Assist serta Electronic Stability Control (ESC) with Traction Control dan telah diiktiraf dengan 4-STAR Asean NCAP. Selain itu, model ini telah ditambah baik dengan kabin yang lebih senyap dan Hill-hold Assist, serta dilengkapi dengan kamera undur, 420L ruang barang dan ISOFIX & Top Tether. Terdapat tiga variasi saga yang boleh dipilih, iaitu Standard, Executive dan Premium, dan enam warna dengan harga dari RM 36,800.00.

Beli Kereta Proton IRIZ di Kuantan

proton-iriz

Proton Iriz adalah model terbaru daripada Proton, iaitu sebuah kereta model lima pintu dengan enjin 1.3L, turut dilengkapi dengan 6 Beg udara, Dual Pre-tensioner Seatbelt, Electronic Stability Control (ESC) with Traction Control dan Anti-lock Braking System (ABS)+EBD serta telah dianugerahkan dengan 5-Bintang dari ASEAN NCAP bagi memastikan keselamatan pengguna pada tahap maksimum. Selain itu, ISOFIX & Top Tether dan kamera undur turut tersedia untuk model Iriz ini. Terdapat 5 warna istimewa untuk dipilih, iaitu Carnelian Brown, Ruby Red, Atlantic Blue, Graphite Grey dan Cotton White. Iriz 1.3L boleh didapati dalam 3 variasi iaitu Standard MT, Standard CVT dan Executive CVT, manakala terdapat 1 variasi istimewa iaitu 1.6L Premium CVT. Model Iriz ini boleh dimiliki dengan serendah RM 43,800.00.

Beli Kereta Proton Persona di Kuantan

persona-baru-kuantan

The All-New Persona adalah model Proton Persona yang baharu dan sebuah sedan kompak. Walaupun berstatus kompak, namun kereta berkuasa 1.6L VVT ini mempunyai ruang barang yang besar, iaitu 510L. Turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan, iaitu Electronic Stability Control (ESC) with Traction Control, Anti-lock Braking System (ABS)+EBD dan Brake Assist (BA) membolehkan Persona memperolehi 5-bintang oleh ASEAN NCAP bagi menjamin keselamatan pemandu dan penumpang. Model ini tersedia dalam 4 variasi dengan 6 warna istimewa, iaitu 1.6 Standard MT, 1.6 Standard CVT, 1.6 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT. Dengan harga RM 46,350.00, anda sudah mampu memiliki sebuah Persona baharu ini.

Beli Kereta Proton Preve di Kuantan

proton-preve

Tidak seperti model Saga dan Persona, Preve adalah sebuah model sedan yang bukan kompak dari Proton. Enjin 1.6L CFE dengan light Pressure Turbocharger pada model ini mampu memberikan pengalaman pemanduan menyeronokan kepada anda. Model ini turut memperolehi 5-bintang dari ASEAN ANCAP, serta dilengkapi lampu LED, butang Engine Push-Starts dan transmisi 7-kelajuan Protronic. Tersedia dalam 5 warna istimewa, iaitu Fire Red, Sterling Silver, Cotton White, Midnight Black dan Elegant Brown, turut tersedia beberapa variasi, iaitu 1.6 Executive Manual, 1.6 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT. Pada harga RM 59,710.00, anda sudah mampu membawa pulang sebuah Proton Preve.

Beli Kereta Proton Suprima S di Kuantan

proton-suprima-s

Suprima S adalah satu model yang seakan-akan sama dengan model Preve. Namun ia adalah sebuah model hatchback yang sporty dengan dilengkapi engine 1.6 CamPro Turbocharger dan transmisi 7-kelajuan Protronic memberikan pengalaman seperti membawa sebuah kereta perlumbaan. Engin 1.6L turbocharger ini mampu menghamburkan kuasa seakan-akan engine 2.0L dan memberikan penjimatan petrol seperti engine 1.6L. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Ride & Handling daripada Lotus. Model ini juga turut diberikan 5-bintang oleh ASEAN ANCAP. Tersedia dalam beberapa warna istimewa, iaitu Fire Red, Sterling Silver, Cotton White, Midnight Black dan Atlantic Blue. Boleh diperolehi dalam 2 variasi, iaitu Standard dan Premium, dengan harga serendah RM 69,840.00 anda mampu memiliki sebuah Suprima S.

Beli Kereta Proton Perdana di Kuantan

proton-perdana-baru

The New Perdana adalah model Proton Perdana yang baharu sebuah sedan dengan enjin 2.0L dan transmisi 5-kelajuan automatik. Mempunyai rekabentuk dinamik dan menarik. Dengan 6 warna yang istimewa, dan ditawarkan dan 2 variasi, iaitu 2.0L Premium dan 2.4L Premium. Pada harga serendah RM 113,438.00, Proton perdana baharu ini bakal menjadi milik anda.

Beli Kereta Proton ERTIGA di Kuantan

proton-ertiga

Buat pertama kalinya, proton mengeluarkan model MPV kompak dengan dikuasakan enjin 1.4L VVT berstatus Energy Efficient Vehicle (EEV), iaitu Proton Ertiga. Ertiga mampu menjimatkan petrol dengan memanjangkan jarak perjalanan, memberikan lebih penjimatan kepada anda. Bersesuaian sebagai kereta keluarga, tempat duduk boleh ubah ini memberikan kelebihan kepada anda untuk memaksimumkan penggunaan ruang Ertiga ini mengikut kehendak anda. Dengan harga serendah RM 58,800.00, ia mampu menjadi milik anda dan ditawarkan dalam 3 variasi, iaitu Executive MT, Executive AT dan Executive Plus AT, dengan 4 warna istimewa.

Beli Kereta Proton Exora di Kuantan

proton-exora-jerantut

Proton Exora tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sudah terbukit sebagai sebuah kereta keluarga yang memberikan keluasan ruang. Enjin 16.L Turbonya sudah cukup untuk memberikan keseronokan pemanduan seperti seperti membawa sebuah MPV dengan enjin 2.0L. Proton Exora telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini dan telah diangerahkan 4-bintang ANCAP. Ditawarkan dalam 5 warna yang istimewa, iaitu Cotton White, Cocoa Grey, Ruby Red, Indiana Grey dan Elegent Brown. Terdapat 2 variasi, iaitu Executive CVT dan Executive Plus CVT dengan harga serendah RM 67,800.00.

Kenapa Perlu Menggunakan Khidmat Azlan Untuk Beli Kereta Proton di Kuantan?

pembeli-kereta-dengan-agen-azlan-1

Sudah ramai yang menggunakan khidmat Azlan untuk membeli kereta Proton dengan tanpa ragu-ragu dan berjaya memiliki sebuah Proton idaman mereka. Beliau menawarkan pinjaman kereta Full Loan untuk kereta Proton berikut

  • Full Loan SAGA 
  • Full Loan NEW PERSONA
  • Full Loan IRIZ 
  • Full Loan PREVE
  • Full Loan SUPRIMA S
  • Full Loan EXORA

 CCRIS PTPTN Layak Memohon (Terma & Syarat ) 

Jika anda menghadapi CCRIS akibat pembayaran PTPTN tersangkut, jangan risau. Dapatkan khidmat nasihat dari Azlan untuk mendapatkan kereta proton idaman hati. Kalau dah asyik fikir pasal kereta tu, jangan tunggu lama – lama tau.

Jika anda nak dapatkan manfaat urusniaga seperti berikut, jangan lupa ye hubungi Azlan.

  •  0% Downpayment @ Full Loan
  • Trade-In Diterima
  •  Islamic Loan
  • Booking Free
  • Hadiah Menarik + Tinted Percuma

Untuk Beli Kereta Proton di Kuantan Dokumen Berikut Diperlukan

pembeli-kereta-dengan-agen-azlan-3

Bagi yang baru kali pertama nak beli kereta, ini dia dokumen yang diperlukan untuk membawa balik jentera Proton ke halaman rumah anda.

Bagi yang bekerja:

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Payslip 3 bulan
  4. Bank statement 3 bulan
  5. KWSP (sekiranya perlu)

Bagi yang berniaga / perniagaan milik tunggal:

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Salinan SSM 3 mukasurat (pemilik tunggal)
  4. Bank statement 6 bulan (aktif)

Bagi fresh graduate:

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Surat tawaran bekerja / offer letter (minimum gaji kasar RM2,000 sebulan)
  4. Salinan sijil diploma ke atas
  5. Payslip (sekiranya bekerja lebih dari 1 bulan)

Jika anda berminat, boleh hubungi Sales Advisor Proton yang sah, iaitu:

 

Jom beli kereta jenama Proton SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

New Capital Sdn Bhd, Proton Jerantut

   
Jom beli kereta jenama Proton SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom beli kereta jenama Proton SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: