Pembelian kereta boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan anda tertekan terutamanya jika anda mahu mendapatkan kereta yang baru dan juga ini merupakan kereta pertama anda. Terdapat pelbagai perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum anda mendapatkan kereta tersebut agar anda tidak menyesal dan boleh menggunakan kereta tersebut dalam tempoh masa yang lama. Anda juga pasti mahukan kereta yang boleh membuatkan anda tidak menanggung beban hutan dan pelbagai lagi masalah lain.
Oleh itu, anda perlu mengetahui kos – kos yang perlu anda tanggung sekiranya anda mahu mendapatkan kereta yang baru. Pastikan anda tidak membeli kereta yang melebihi kemampuan anda agar anda boleh mengambil kira kos – kos ini dan masih mampu membayar tanpa menanggung hutang yang banyak. Anda pasti tidak mahu membayar hutang sehingga sembilan tahun dan kereta anda belum tentu berada di dalam keadaan yang baik setelah sembilan tahun digunakan.
Kos – Kos Apabila Anda Memiliki Kereta
Anda perlu menanggung pelbagai kos apabila anda menggunakan kereta dan bukan sahaja membayar ansuran bulanan. Oleh itu, anda boleh melihat kos – kos yang diperlukan apabila anda membeli kereta agar anda tidak tersilap membeli kereta;
Bayaran Ansuran Bulanan
Ini merupakan kos wajib yang anda perlu tanggung setiap bulan apabila anda membeli kereta dengan menggunakan hutang. Anda perlu membayar jumlah – jumlah yang tersendiri mengikut kereta yang anda beli dan lebih mahal kereta tersebut, maka lebih tinggi kos yang anda perlu tanggung untuk ansuran bulanan. Maka, anda perlu mendapatkan kereta mengikut kemampuan anda dan pastikan anda mampu untuk membayar kos ansuran bulanan dengan baik tanpa membebankan anda dan keluarga.
Anda boleh mengikut formula pengurusan kewangan 30:10 di mana anda boleh menggunakan 30% daripada gaji anda untuk membayar hutang kereta. Contohnya, anda mempunyai gaji bersih sebanyak RM 3000 sebulan, maka anda boleh memperuntukkan RM 900 untuk kereta anda. Namun, anda tidak perlu menggunakan sepenuhnya untuk membayar ansuran kereta sahaja. Pastikan anda membayar setiap bulan untuk mengelakkan nama anda dari disenaraihitamkan dan kereta anda dari ditarik balik.
Bayaran Minyak Petrol
Harga minyak petrol akan mempunyai masa – masa tersendiri di mana ia boleh naik dan turun mengikut harga pasaran. Manakala anda pula perlu mengisi minyak petrol untuk memastikan kereta anda boleh berjalan. Oleh itu, anda perlulah bijak dalam memilih jenis kereta. Cari kereta yang paling jimat minyak dan juga membolehkan anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa menyusahkan anda. Kereta yang paling jimat minyak setakat ini adalah Perodua Axia iaitu RM 10 untuk 100 kilometer.
Kos Penyelenggaraan
Kereta anda perlu diselenggara dengan waktu paling minima iaitu setiap enam bulan atau dua kali setahun. Ia memerlukan pelbagai komponen untuk bergerak maka setiap komponen tersebut perlu diselenggara secara berkala agar kereta anda boleh berfungsi dengan baik dan boleh bergerak tanpa sebarang masalah. Sekiranya anda menggunakan kereta dengan kerap, maka anda perlu menyelenggara kereta anda dengan lebih kerap agar prestasi kereta anda kekal baik.
Kos penyelenggaraan kereta juga adalah tinggi dan antara penyelenggaraan asas untuk kereta termasuklah menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan juga penapis minyak. Namun, kadangkala anda juga perlu menukar barang – barang lain seperti bateri, tayar dan juga suspension kereta anda. Sekiranya anda terlibat dengan kemalangan, kos untuk menyelenggara kereta anda akan menjadi lebih tinggi.
Cukai Jalan Serta Perlindungan Insurans / Takaful
Cukai jalan dan perlindungan insurans / takaful perlu diperbaharui setiap tahun dan anda juga perlu mengeluarkan wang untuk membayar cukai jalan serta insurans. Sekiranya anda menggunakan kereta baharu, kos untuk membayar insurans akan menjadi lebih tinggi dan semakin tinggi nilai kereta anda, maka semakin tinggi bayaran perlindungan atau takaful yang perlu dikeluarkan. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda mendapatkan kereta mengikut kemampuan anda.
Bayaran Tol Dan Parking
Anda mungkin tidak mempunyai masalah ini sekiranya anda tinggal di kawasan – kawasan bandar yang kecil ataupun di luar bandar. Kos untuk tol dan juga parking juga mungkin kecil dan tidak perlu dikeluarkan secara harian. Berlainan pula sekiranya anda bekerja di kawasan banda kerana kos tol dan parking perlu dikeluarkan secara harian malah boleh dikatankan wajib. Malah, ia mungkin mencecah ratusan ringgit untuk sebulan. Bayaran tol dan parking pula akan dinaikkan dari semasa ke semasa.
Beli Kereta Perodua Murah di Selangor | Myvi, Axia, Bezza, Alza
Jika anda memerlukan kereta yang murah, jimat minyak dan boleh memiliki kereta tanpa perlu menanggung beban hutang yang banyak, anda boleh membeli kereta Perodua yang murah daripada Faiz Zulhilmi. Anda boleh memilih pelbagai jenis kereta Perodua dan bayaran pula hanyalah serendah RM 270 sebulan. Anda pasti boleh memiliki kereta meskipun gaji anda tidak sebegitu tinggi. Jenis – jenis model kereta yang dijual termasuklah;
Perodua Axia
- Enjin EEV baru (1.0 VVT-i) lebih penjimatan minyak dan mengurangkan gegaran serta bunyi pada bahagian engin
- 21.6 km/l untuk auto
- 22.5 km/l untuk manual
- Keluasan bonet belakang 260l
- Ruang duduk kerusi belakang yang luas
- 4 star ASEAN NCAP
- 6 pilihan warna kereta
Perodua Bezza
- Enjin EEV baru (1.0 VVT-i) & (1.3 dual VVT-i) lebih penjimatan minyak dan mengurangkan gegaran serta bunyi pada bahagian engin.menambah prestasi pada engin
- 21.0 km/l untuk auto
- 21.7 km/l untuk manual
- Keluasan bonet belakang 508l
- Ruang duduk kerusi belakang yang luas
- 5 star ASEAN NCAP (advance version)
- 6 pilihan warna kereta
Perodua Alza
- Enjin 1.5 DVVT,DOHC with EFI . Dirangka untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan penggunaan minyak.
- 7 ruang tempat duduk
- Ruang duduk kerusi belakang yang luas,boleh dilipat rata
- 4 star ASEAN NCAP
- 6 pilihan warna kereta
Perodua Myvi
- Enjin 1.3 & 1.5 dual VVT-i lebih penjimatan minyak dan mengurangkan gegaran serta bunyi pada bahagian engin
- 21.1 km/l untuk 1.3cc
- 20.1 km/l untuk 1.5cc
- Keluasan bonet belakang 277L
- Ruang duduk kerusi belakang yang luas
- 5 star ASEAN NCAP
- 6 pilihan warna kereta
Mengapa Anda Perlu Memilih Model Kereta Perodua?
Terdapat pelbagai sebab mengapa anda perlu memilih kereta jenis Perodua dan anda boleh mendapatkan pelbagai manfaat sekiranya anda menggunakan kereta jenis Perodua. Antara sebab – sebab anda perlu memilih kereta Perodua termasuklah;
- Pilihan pengguna No. 1 di Malaysia
- Kenderaan mampu milik
- Murah dari segi selenggaraan
- Penjimatan minyak
- Hampir semua model mempunyai eev engin untuk penjimatan minyak
- Kereta berkualiti dan jenama yang dipercayai
- Harga serendah bermula dari 36,900 atas jalan untuk variant auto
- Teknologi modern
- Sistem keselamatan 5 bintang dari ASIAN NCAP
- Design yg cantik dan menarik mengikut permntaan semasa
- Dilengkapi dengan pakej gear up untuk mereka yang mahu kereta kelihatan lebih sporty
Mengapa Anda Perlu Memilih Faiz Zulhilmi Sebagai Salesman Anda?
Terdapat pelbagai salesman yang menjual kereta dari jenis Perodua namun anda perlu memilih Faiz Zulhilmi sebagai salesman anda kerana beliau mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri. Antara sebab – sebab anda perlu memilih Faiz Zulhilmi sebagai salesman anda adalah;
- Pakar membantu anda
- Urusan mudah hanya melalui whatsapp
- Respons yang cepat
- Khidmat nasihat percuma
- Booking percuma
- Promosi istimewa setiap bulan
- Stok kereta cepat
- Urusan trade in kereta lama dengan harga yang tinggi
- Mempunyai pengalaman yang banyak dalam menyelesaikan permasalahan pinjaman kenderaan
- Lebih dari 20 permohonan setiap bulan
Servis Yang Ditawarkan
Anda juga akan menikmati pelbagai servis yang memudahkan anda untuk memiliki kereta baharu anda dengan servis – servis yang diberikan oleh Faiz Zulhilmi. Antara servis – servis yang ditawarkan termasuklah;
Hantar Kereta Sampai Depan Rumah (Selangor & KL)
Anda tidak perlu menunggu kereta anda kerana kereta anda akan dihantar di depan rumah sekiranya anda berada di kawasan Selangor ataupun KL. Penghantaran ini akan memudahkan anda agar anda tidak perlu mencari lokasi penyerahan kereta ataupun keluar dari rumah untuk mendapatkan kereta anda.
Kiraan Amount Pinjaman Sebulan Secara Percuma
Kiraan jumlah pinjaman juga akan diberikan secara percuma kepada anda jadi anda tidak perlu pening kepala untuk mendapatkan jumlah pinjaman bagi kereta anda. Anda perlu mengetahui jumlah pinjaman yang diluluskan agar anda tahu jumlah – jumlah komitmen yang perlu dibayar setiap bulan.
Proses Document Percuma
Anda perlu menyediakan dokumen – dokumen yang diperlukan ketika anda mahu mendapatkan kereta baharu. Dokumen yang diperlukan termasuklah IC, Lesen, Payslip 3 Bulan, dan EPF atau Bank Statement selama 3 bulan. Dokumen – dokumen ini akan diproses secara percuma untuk anda. Jadi, ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan proses pembelian kereta tanpa perlu meminta bantuan orang lain untuk memproses dokumen anda.
Special Free Gift
Anda bukan sahaja akan mendapat kereta anda, malah anda akan mendapat free gift istimewa sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Faiz Zulhilmi untuk membantu anda mendapatkan kereta anda.
Testimoni Para Pembeli Kereta Perodua
Antara pelanggan – pelanggan yang telah membeli kereta daripada Faiz Zulhilmi termasuklah Dato, cikgu, student, penjawat awam, pekerja swasta dan juga pekerja kilang perodua. Anda boleh melihat gambar – gambar penyerahan kereta seperti di bawah;
Dapatkan Kereta Baharu Anda Sekarang!
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kereta Perodua yang baharu dengan harga yang murah, anda boleh mendapatkan khidmat Faiz Zulhilmi dengan menghubungi talian dan juga info seperti di bawah;
EN. FAIZ ZULHILMI | KHIDMAT JUALAN KERETA PERODUA DI SELANGOR
Hubungi: Tekan untuk telefon (017 6887400) | Tekan untuk WhatsApp
Email: zulhilmi.perodua@gmail.com