Kereta adalah sesuatu yang diidam-idamkan oleh anda tidak kiralah lelaki atau wanita. Kedua-dua mempunyai minat untuk membeli kereta ataupun ingin membeli kereta kerana ia adalah keperluan bagi anda yang belum memiliki kenderaan. Penggunaan kereta hanyalah untuk sekadar memudahkan anda brrgerak ke tempat yang ingin ditujui. Ada juga masyarakat yang minat membeli kereta untuk membuat koleksi keretanya di rumah. Namun begitu, anda tidak sepatutnya melabur sebegitu banyak dalam membeli kereta kerana terdapat kenderaan yang murah dan berbaloi yang boleh anda beli. Jadi, duit berlebihan dapatlah anda melabur untuk hal lain.
Masih adakah lagi kereta yang murah pada zaman sekarang?
Ya. Anda boleh membeli kereta dengan harga yang murah dan berbaloi serta mendapatkan jenis kereta yang berkualiti. Kereta yang anda boleh dapatkan juga adalah kereta yang baru dan bukan second hand. Di Negeri Sembilan, anda boleh membeli kereta murah dan menepati citarasa dan keselesaan anda bersama PROTON.
PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad) menawarkan kereta berjenama Proton yang sangat eksklusif dan berkualiti kepada anda yang ingin dapatkan dengan harga yang murah dan berbaloi di Negeri Sembilan. Seperti yang anda sedia maklum, Proton merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dalam mencapai aspirasi negara perindustrian. Sepanjang berpuluh-puluh tahun Proton diasaskan, terdapat banyak jenis kereta proton yang telah dihasilkan. Anda boleh melihat jenis-jenis kereta Proton jenama baru dan lama di Proton Edar, Senawang, Negeri Sembilan.
Terdapat pelbagai jenis kereta saga yang ditawarkan iaitu Standard MT, 1.3L Standard CVT, 1.3L Executive CVT dan 1.3L Premium CVT. Perbezaan antara kesemua variaso kenderaan ini adalah dari segi pilihan transmisi dan kelengkapannya manakala ia menggunakan enjin yang sama. Pilihan warna yang ditawarkan adalah warna hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak. Selain itu, hampir kesemua model kereta saga mendapat pembaharuan seperti enjin, prestasi manual, tayar dan lain-lain lagi.
Proton Saga Standard MT, 1.3L Standard CVT, 1.3L Executive CVT dan 1.3L Premium CVT 2016
Proton persona mempunya pelbagai varian dan kesemuanya telah dilengkapi dengan pelbagai aspek iaitu aspek keselamatan, smart, praktikal dan lain-lain lagi. Kereta proton persona juga terdapat varian standard, executive dan premium. Persamaan ketiga-tiga varian ini adalah dari segi kemudahan dan keselamatan pengguna.
Rekabentuk Kereta Persona Lebih Sporty
Variant Kereta Persona Edisi Baru
Proton Ertiga sangat berkualiti tinggi dalam penjimatan minyak dan mengandungi unsur keselesaan dan ruang yang banyak. Ciri-ciri proton ertiga adalah kereta Malaysia yang pertama yang mempunyai EEv certified MPV. Ia juga merupakan 1.4L VVT enjin. Dalamannya yang mempunyai pelbagai kemudahan itu sesuai dijadikan kereta untuk keluarga yang ramai ataupun bersama rakan-rakan anda.
Proton Ertiga mempunyai keunikannya yang jarang didapati pada kenderaan jenama lain. Keunikan dan kelebihan proton Ertiga menjadikan ia lebih selamat, selesa dan menarik.
Proton Iriz sangat elegen dan berbentuk sport. Ia nampak sesuai digunakan oleh para remaja dan anda yang ingin nampak muda. Proton Iriz kelihatan simple dan ringkas tetapi ciri-cirinya sangat bagus dan berkualiti.
Proton Preve merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang mendapat taraf 5 bintang penuh dalam Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP) di Australia dan New Zealand. Selain itu, Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP) oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga telah menganugerahkan 5 bintang kepada Jenama Proton Preve. Pada tahun 2013, Proton Preve terbukti kereta keluaran Proton yang paling selamat dan bersempena dengan namanya Preve yang membawa maksud ‘Terbukti’.
Proton Suprima S merupakan design yang sangat versatil dan praktikal. Ia sangat menepati ciri-ciri keselamatan dan menjadi kereta Proton kedua selepas Preve untuk mendapat taraf keselamatan 5 bintang penuh pada Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP) (ANCAP) daripada Australia dan New Zealand. Antara ciri-ciri kereta Proton Suprima Sadalah dari segi keselamatan, reka cipta dan juga teknologi yang digunakannya.
Proton perdana varian baru merupakan kereta bersaiz sederhana yang berpintu empat dan ia adalah 2.4L varian dan diformulasi dengan kelajuan effeisyen iaitu (5 Speed Automatic Transmission). Design dan reka ciptanya yang menarik menjadikan perjalanan anda terkawal, diyakini dan selesa. Dalamannya sangat cantik dan kemas sesuai dengan konsepnya eksklusif dan berprestij. Terdapat beberapa ciri-ciri kereta sedan ini.
Proton Exora telah terbukti dengan kuasa dan kelajuannya. Proton Exora yang terdiri daripada 1.6L Turbo Engine beserta teknologi CTV ini menyedia 7 tempat duduk untuk semua termasuklah penumpang dan driver. Proton Exora terbahagi kepada 2 varian iaitu Executive dan Premium. Kedua-duanya berkonsep elegan dan selamat.
Proton Exora varian Executive dan Premium mempunyai perbezaan dari segi dalaman dan teknologi kereta.
Bagi anda yang tercari-cari kereta apa yang sesuai dengan anda, harga mampu milik dan juga sangat menarik, jom walk in ke Proton Edar Senawang, Negeri Sembilan. Di sini, anda dapat melihat sendiri kereta di depan mata dan boleh menilainya sendiri. Staf dan pekerja Proton Edar sini juga amat mesra pelanggan dan sentiasa membantu anda dalam menyalurkan informasi serta membantu anda untuk mendapatkan kenderaan yang anda idamkan. Mereka juga akan berbincang dan memberikan khidmat nasihat dan rujukan dari segi pinjaman bank atau proses-proses yang diperlukan untuk membeli kereta kepada anda yang baru saja ingin membeli kereta pertama. Anda yang ingin menjadikan kereta proton sebagai koleksi kedua anda juga amat dialu-alukan.
Selain itu, anda juga boleh masuk ke dalam kereta idaman anda untuk melihat spesifikasi kereta dengan jelas dan jika anda mahukan, anda juga boleh test drive! Pihak Proton sentiasa memastikan anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mereka juga akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada anda.
Untungnya anda yang memilih untuk membeli kereta proton disini. Kenyataannya, kereta proton dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Harganya sangat berbaloi sesuai dengan keistimewaan dan kualiti model-model kereta Proton yang amat unik dan hebat. Bagi anda yang meminati Iriz, Exora, Perdana, Suprima s, Persona, Saga, Preve dan Ertiga, inilah tempat untuk anda mendapatkan kereta anda dan tidak perlu risau tentang harga! Semestinya anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan berbaloi disini.
Jom walk in ke Proton Edar Senawang, Negeri Sembilan untuk dapatkan kereta idaman anda. Anda boleh berbincang tentang model pilihan, warna, pinjaman yang anda boleh dapat, dan yang penting nak dapat diskaun dan free gift kan? Apo laie, jom kito ke Proton Edar Senawang ni ha. Telefon Fizan di talian di bawah ni yo untuk sonang appointment.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang