Review
Jul 17, 2019, 7:45pm

Beli Kereta Honda Di Kuala Lumpur Murah Dan Eksklusif


Kereta merupakan sebuah mod pengangkutan yang amat penting untuk semua orang kerana ia akan membolehkan anda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa bergantung kepada pengangkutan awam. Anda perlu memiliki sekurang – kurangnya sebuah kereta kerana ia akan memudahkan hidup anda dan anda boleh bergerak dengan lebih selamat. Anda perlu memastikan bahawa kereta yang dimiliki boleh bertahan sekurang – kurangnya 10 tahun kerana pembelian kereta merupakan satu pelaburan yang besar.

Kereta Honda di Kuala Lumpur City

Apabila anda ingin membeli kereta, Terdapat pelbagai perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum anda mendapatkan kereta tersebut agar anda tidak menyesal dan boleh menggunakan kereta tersebut dalam tempoh masa yang lama. Anda juga pasti mahukan kereta yang boleh membuatkan anda tidak menanggung beban hutan dan pelbagai lagi masalah lain. Oleh itu, anda perlu mengetahui kos – kos yang perlu anda tanggung sekiranya anda mahu mendapatkan kereta yang baru. Pastikan anda ambil kira kira kos – kos ini dan masih mampu membayar tanpa menanggung hutang yang banyak.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Vios

Kos – Kos Yang Perlu Ditanggung Apabila Memiliki Kereta

Anda perlu menanggung pelbagai kos apabila anda menggunakan kereta dan bukan sahaja membayar ansuran bulanan. Oleh itu, anda boleh melihat kos – kos yang diperlukan apabila anda membeli kereta agar anda tidak tersilap membeli kereta;

Bayaran Ansuran Bulanan

Anda boleh mengikut formula pengurusan kewangan 30:10 di mana anda boleh menggunakan 30% daripada gaji anda untuk membayar hutang kereta. Contohnya, anda mempunyai gaji bersih sebanyak RM 3000 sebulan, maka anda boleh memperuntukkan RM 900 untuk kereta anda. Namun, anda tidak perlu menggunakan sepenuhnya untuk membayar ansuran kereta sahaja. Pastikan anda membayar setiap bulan untuk mengelakkan nama anda dari disenaraihitamkan dan kereta anda dari ditarik balik.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Terbaik

Bayaran Minyak Petrol

Harga minyak petrol akan mempunyai masa – masa tersendiri di mana ia boleh naik dan turun mengikut harga pasaran. Manakala anda pula perlu mengisi minyak petrol untuk memastikan kereta anda boleh berjalan. Oleh itu, anda perlulah bijak dalam memilih jenis kereta. Cari kereta yang paling jimat minyak dan juga membolehkan anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa menyusahkan anda.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Lejen

Kos Penyelenggaraan

Kos penyelenggaraan kereta juga adalah tinggi dan antara penyelenggaraan asas untuk kereta termasuklah menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan juga penapis minyak. Namun, kadangkala anda juga perlu menukar barang – barang lain seperti bateri, tayar dan juga suspension kereta anda. Sekiranya anda terlibat dengan kemalangan, kos untuk menyelenggara kereta anda akan menjadi lebih tinggi.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Hebat

Cukai Jalan Serta Perlindungan Insurans / Takaful

Cukai jalan dan perlindungan insurans / takaful perlu diperbaharui setiap tahun dan anda juga perlu mengeluarkan wang untuk membayar cukai jalan serta insurans. Sekiranya anda menggunakan kereta baharu, kos untuk membayar insurans akan menjadi lebih tinggi dan semakin tinggi nilai kereta anda, maka semakin tinggi bayaran perlindungan atau takaful yang perlu dikeluarkan. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda mendapatkan kereta mengikut kemampuan anda.

Kereta Honda di Kuala Lumpur KL

Bayaran Tol Dan Parking

Anda mungkin tidak mempunyai masalah ini sekiranya anda tinggal di kawasan – kawasan bandar yang kecil ataupun di luar bandar. Kos untuk tol dan juga parking juga mungkin kecildan tidak perlu dikeluarkan secara harian. Berlainan pula sekiranya anda bekerja di kawasan banda kerana kos tol dan parking perlu dikeluarkan secara harian malah boleh dikatankan wajib. Malah, ia mungkin mencecah ratusan ringgit untuk sebulan. Bayaran tol dan parking pula akan dinaikkan dari semasa ke semasa.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Cantik

Beli Kereta Honda Di Kuala Lumpur Murah

Adakah anda berimpian untuk mendapatkan kereta Honda yang baharu tanpa perlu membayar apa – apa cas tambahan yang boleh membuatkan anda pening kepala? Maka, anda perlu mendapatkan perkhidmatan dari encik Shahrul. Beliau merupakan seorang ejen yang menjual kereta Honda dan amat dipercayai dalam mengendalikan urusan jual beli kereta Honda yang dijamin baharu dengan harga yang amat berpatutan. Jadi, anda boleh mendapatkan perkhidmatan beliau sekiranya anda ingin memiliki sebuah kereta Honda tersendiri.

Kereta Honda di Kuala Lumpur 2019

Model Yang Ditawarkan

Honda Odyssey

Honda SENSING yang ditawarkan menerusi Odyssey terdiri daripada enam ciri yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu keselamatan dan kemudahan & keselesaan. Bagi kategori keselamatan, ia merangkumi Forward Collision Warning (FCW) akan mengeluarkan amaran secara visual dan bunyi kepada pemandu apabila kamera monokular dan radar gelombang millimeter mengesan wujud risiko perlanggaran dengan kenderaan di hadapan.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Odyssey

Bagi kategori kemudahan & keselamatan ia membabitkan Adaptive Cruise Control (ACC) menetapkan kelajuan dan selang jarak dengan kenderaan di hadapan. Lane Keep Assist System (LKAS) menggunakan kamera untuk mengenal pasti garis jalan dan membantu pemandu agar kenderaan sentiasa berada di bahagian tengah laluannya.

Honda Accord

Penampilan dinamiknya dipertingkat dengan teknologi yang memenuhi keperluan gaya hidup moden menerusi unit Paparan Audio Skrin Sentuh Bersaiz Tujuh inci bersama i-MID untuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri moden termasuk ciri-ciri telefon bebas tangan dengan pengecaman suara dan MirrorLink sebagai kemudahan komunikasi ketika memandu, manakala varian 2.0VTi dipertingkat dengan kepintaran masuk, butang penghidup enjin, Kawalan Jelajah, Honda LaneWatch, dan Cermin Pandang Belakang Auto Malap.

Honda Jazz

Honda Jazz Hybrid Sport menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi 7-kelajuan i-DCD yang dipadukan motor berkuasa tinggi (HPM) dan mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV). Sistem hibrid pada model ini juga berbeza berbanding model sebelumnya yang menggunakan teknologi Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist-IMA). Ia merupakan kenderaan yang seronok dipandu kerana gabungan kuasa konvensional dan motor elektrik memberikan daya pecutan yang tidak mengecewakan.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Murah

Honda City

City Baharu mengekalkan enjin Honda 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) canggih yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda untuk menawarkan keseimbangan prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api. Ruang dalaman City Baharu dibangunkan di bawah prinsip reka bentuk Honda iaitu “Man Maximum, Machine Minimum” yang memaksimumkan ruang untuk pemandu, penumpang dan barang-barang.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Padu

Honda CR-V

Didatangkan dengan enjin 1.5 liter Turbo, ia mampu menghambur sehingga 193 kuasa kuda (hp) pada 5,600 rpm dan tork 243 Nm pada 2,000-5000 rpm yang digandingkan dengan transmisi CVT. Dengan kuasa yang ditampilkan ia memberikan pemanduan mengujakan dan optimum memandangkan tahap responsifnya cukup memuaskan, apatah lagi apabila menekan pedal minyak ketika berada pada kedudukan pegun.

Kereta Honda di Kuala Lumpur 2019 dan 2020

Honda Civic

Honda Civic pula tampil dengan enjin aspirasi natural dengan dua variasi iaitu 1.8 liter iVTEC dan 1.5 liter VTEC Turbo dengan gandingan kotak gear CVT.Kereta Honda di Kuala Lumpur Civic

Honda HR-V

Dibina menggunakan platform Honda Jazz/City, Honda HR-V ini dilihat membawa masuk beberapa ciri praktikaliti dengan tambahan ciri menarik bagi membezakan fungsi sebenar Honda HR-V sebagai sebuah crossover sejati. Dengan jarak kelegaan tanah yang dibina lebih tinggi (170 mm), ia memudahkan pemandu mengendalikan Honda HR-V pada keadaan jalan yang kurang memuaskan tanpa perlu risau kemungkinan merosakkan lantai bawah crossover ini.

Kereta Honda di Kuala Lumpur 2019 2020

Honda BR-V

BR-V mempunyai tiga baris tempat duduk. Idea tentang sebuah MPV kompak ialah ia mempunyai jumlah tempat duduk yang lebih banyak berbanding kereta sedan. Keputusan ujian pelanggaran ASEAN NCAP yang dilakukan pada Februari 2016 menunjukkan BR-V mendapat skor 14.79/16 untuk perlindungan penumpang (AOP) dan 72 peratus untuk perlindungan kanak-kanak (COP). Kuasa enjinnya pula adalah 120 PS dengan tork 145 Nm.

Kereta Honda di Kuala Lumpur Berbaloi

Kelebihan Membeli Kereta Honda Dari Shahrul

Terdapat pelbagai ejen yang menjual kereta dari Honda namun anda perlu memilih encik Shahrul sebagai salesman anda kerana beliau mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri. Antara sebab – sebab anda perlu memilih encik Shahrul sebagai ejen Honda anda adalah;

Kereta Honda di Kuala Lumpur Bergaya

  • Pakar membantu anda
  • Urusan mudah hanya melalui whatsapp
  • Respons yang cepat
  • Khidmat nasihat percuma
  • Promosi istimewa setiap bulan
  • Stok kereta cepat
  • Mempunyai pengalaman yang banyak dalam menyelesaikan permasalahan pinjaman kenderaan

Dapatkan Kereta Honda Baru Anda Sekarang!

Jom beli kereta Honda dengan harga berpatutan bersama En. Shahrul SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom beli kereta Honda dengan harga berpatutan bersama En. Shahrul SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom beli kereta Honda dengan harga berpatutan bersama En. Shahrul SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: