Review
Jun 2, 2017, 11:33am

Beli Kerepek Online Dari RM10


  •  
  •  
  •  
  •  

beli kerepek pisang online

Apa Beza Keropok dan Kerepek?

Soalan ini bermain di fikiran. Dua istilah yang mempunyai makna berbeza. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari internet, terdapat dua huraian.

Huraian pertama mengatakan, keropok diperbuat daripada haiwan contohnya seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Kerepek pula diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti ubi, pisang, sukun dan lain-lain.

Huraian kedua pula mengatakan keropok adalah kepingan yang telah diproses dengan menambahkan tepung didalamnya manakala kerepek adalah kepingan yang digoreng terus setelah dihiris.

beli kerepek online

Berdasarkan huraian pertama, ia mungkin tidak tepat kerana keropok berjenama seperti Pringles, Mister Potato atau apa-apa sahaja jenama keropok terkenal di sebut sebagai “keropok” dan bukan “kerepek” sedangkan bahan utamanya adalah ubi, sejenis tumbuhan dan bukan dari haiwan. Cuba anda sebut kerepek Pringles. Janggal tak?

beli kerepek online

Kerepek atau Keropok Pringles?

Jika diteliti huraian kedua, ia nampak lebih tepat kerana kebanyakan keropok tidak kira bahan asasnya adalah tumbuhan atau haiwan, diproses dengan menambahkan tepung dan bahan-bahan lain. Manakala kerepek dihiris dan terus digoreng (ada yang dijemur terlebih dahulu) tanpa perlu menambahkan bahan lain.

beli kerepek online murah

Kesimpulannya, perbezaannya terletak pada proses pembuatannya dan bukannya bahan asas seperti haiwan atau tumbuhan. Sekarang anda dah tahu. Share artikel ini di facebook jika ia menarik perhatian anda dan orang lain boleh tahu apa perbezaannya.  

Tak kisahlah apa-apa jenispun, kerepek ke keropok ke, kalau makan, mesti susah nak berhenti mengunyah. Belum habis telan dalam mulut, tangan dah berisi penuh dengan kerepek siap-sedia untuk dimasukkan kedalam mulut dan dikunyah. Lebih-lebih lagi kalau kerepek tersebut ada perasa dan rempahnya cukup macam Kreazi Krunch.

Teori Bunyi Keropok dan Kerepek

Ada satu lawak jenaka, apabila makan keropok, bunyinya “krop-krop”  dan kerepek pula bunyinya “krep-krep”. Sebab itu ia dinamakan keropok dan kerepek. Mungkin ada benarnya. 😀

Cerita pasal bunyi, ada satu kajian yang menarik untuk dikongsikan. Berdasarkan kajian Oxford University, bunyi terhasil dari keropok yang rangup apabila dikunyah adalah punca membuatkan kita ketagih dan susah untuk berhenti makan. Walaupun ia hanya kesan dari separa minda, tetapi bunyi rangup keropok itulah yang membuatkan kita seronok dan berselera menikmati keropok yang dimakan tanpa henti.

Buktinya, cuba anda makan keropok yang sudah masuk angin atau lempam. Walaupun ia masih berperasa, tetapi sebaik sahaja kita kunyah, terus kita akan hilang selera apabila keropok tersebut liat dan keras serta. Bunyi keranggupan keropok  juga tidak ada. Terus tak jadi nak makan.

beli kerepek online pisang biasa

Kerepek Pisang Original

Kalau dulu-dulu, keropok ada dua perisa sahaja. Original dan bersira. Perisa original hanya perlu ditambah garam dan lada manakala bersira selalunya pedas manis-manis. Sekarang, zaman media sosial ini, dah ada macam-macam perasa. Cheese, BBQ, Spicy dan macam-macam lagi.

Kalau dulu, keropok dibungkuskan ke dalam plastik lutsinar dan diletakan label hitam putih yang difotokopi, dilekatkan menggunakan pita pelekat atau stapler,  bercop biru untuk tarikh luput, sekarang dah macam-macam jenis bentuk bungkusan dari balang hinggalah cup plastik, lengkap dengan pelekat jenama.

Keropok bukan lagi perniagaan industri kampung yang hanya diusahakan oleh orang kampung sahaja, tetapi dah moden lengkap dengan teknologi moden dan jenama untuk tujuan “branding”.

Keropok bukan sahaja untuk dinikmati secara bersendirian atau bersama keluarga dan kewan-kawan. Ia juga boleh dikongsikan dengan orang ramai. Nak tahu macam mana?

Sebarkan Kesedapan Keropok Kreazi Krunch

kerepek-cheese-pedas

Ada tak saudara-mara yang akan mendirikan rumah tangga? Ataupun majlis hari jadi anak dan majlis kenduri kesyukuran. Sudah fikir apa doorgift untuk diberikan kepada para tetamu? Nak beri sesuatu yang lain daripada yang lain? Biskut atau bunga telur dah biasa sangat.

doorgift-kerepek

Doorgift Kerepek Pisang Untuk Majlis Perkahwinan

Pernah tak terfikir nak bagi keropok sebagai doorgift? Apa kata berikan keropok sebagai hadiah terima kasih kepada tetamu yang hadir.  Biasanya keropok dimakan bersama keluarga dan kenalan rapat tetapi sekarang, oleh kerana bukusannya menarik, ia boleh diberikan sebagai buah tangan untuk majlis perkahwinan, dan apa-apa jua majlis perayaan.

Pendek kata, keropok boleh dinikmati dimana-mana dan bila-bila sahaja.

Macam Mana Nak Buat Doorgift Daripada Keropok?

Beli kerepek Online

Senang sahaja, anda hanya perlu beli beberapa balang keropok. Kemudian bungkus semula dalam paket kecil dan lekatkan sticker yang bertulis “Terima Kasih”. Nak lagi cantik, gambar pasangan pengantin atau gambar anak atau apa-apa sahaja gambar yang sesuai. Sticker bergambar anda boleh dapatkan pada harga 20 sen sekeping.

Keropok sebalang, anda boleh dapatkan keropok Kreazi Krunch yang berperisa cheese pedas Dengan harga yang berpatutan, anda boleh menempah keropok Kreazi Krunch secara online dengan harga RM10 sebekas seberat 160gm. Kalau beli  banyak, mungkin boleh runding dengan pengusaha tersebut. Anda boleh hubungi sekarang Suleha atau Hajura di nombor berikut, 018-240 3879 atau 011-2112 6197 untuk tempah keropok Kreazi Krunch yang sedap.

Testimoni Pembeli Kerepek Kreazi Krunch

Ini beberapa testimoni pembeli Kreazi Krunch yang berpuas hati dengan keenakan dan kerangupannya sampai ada yang beli berulang kali.

testimoni-kerepek-kreazi-krunch testimoni-kerepek-kreazi-krunch testimoni-kerepek-kreazi-krunch

Jom Beli Kerepek Online Kreazi Krunch SEKARANG !

Beli Kerepek Online Kreazi Krunch

Ingin cuba dulu? Boleh. Silakan berhubung dengan dua cik comel di bawah (gambar dirahsiakan :p). Boleh telefon atau whatsapp mereka ya.

KEREPEK KREZI CRUNCH CHEESE PEDAS

Telefon / WhatsApp (Suleha) : 018-240 3879 | Link WhatsApp

Telefon / WhatsApp (Hajura) : 011-2112 6197 | Link WhatsApp

Harga: RM10.00

Berat: 160gm±

Prof Hariz : Pastikan Kerepek Kreazi Krunch ada di rumah anda pada Hari Raya Ini !