Review
Mar 1, 2018, 12:26pm

Beli Kerepek Gunting Sedap Online


  •  
  •  
  •  
  •  

Waktu korang tengah menonton rancangan kegemaran korang atau korang nak pergi berkelah di tepi pantai atau tasik. Apa korang beli untuk korang kunyah semasa tengah berborak? Mestilah jajan yang banyak dipasaran sekarang. Nak perisa apa semua ada. Ada perisa ayam, bbq, hot and spicy dan bermacam-macam lagi lagi. Pokok pangkalnya citarasa ditangan korang dan korang yang menentukan apa yang hendak dibeli dan dimakan. Jajan dipasaran tu memang sedap sangat bila dinikmati waktu bersantai tapi korang mesti ingat apa akibatnya bila terlalu banyak makan jajan.

Cara Kerepek Gunting

Jajan ni makin banyak makin ketagih kita dibuatnya. Makan sikit mesti nak bertambah. Biasalah kan jajan ni banyak perisa tambahan tu yang sedap sangat bila kita nikmatinya. Tambahan lagi bila kita asyik menonton tv atau berborak bersama kawan-kawan memang tak sedar la. Lepas satu, satu paket jajan kita habiskan.

Jom Saya Share Apa Keburukan Jajan Kepada Diri Korang

  1. Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi tak ada nilai nutrisi. Fahamkan apa yang dimaksudkan. Makan sedap tapi tidak mempunyai apa-apa fungsi kepada badan kita.
  2. Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.
  3. Lebih parah lagi kalau kanak-kanak itu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan kepada IQ kanak-kanak.
  4. Walaupun mungkin lepas itu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Kesannya? Seumur hidup!
Kerepek Gunting Yang Sedap

Dah bacakan apa keburukan jajan kepada badan kita dan pengamalnya. Apa kata saya perkenalkan korang makanan yang boleh menggantikan jajan. Sedap dan membangkitkan selera korang seperti mana korang menikmati jajan kegemaran korang. Sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja.

Hot Crunchy/Kerepek Gunting Sira Sedap

Selain Kerepek Gunting Yang Sedap

Hot Crunchy ini dibuat dari bahan-bahan yang terpilih sahaja. Baik untuk badan dan tidak ada kesan dimasa akan datang. Yang pasti Hot Crunchy ini tidak langsung menggunakan sebarang bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Wah bagusnya Hot Crunchy ini. Siapa-siapa pun boleh menikmatinya sebagai makanan kegemaran mereka. Sesuai untuk semua majlis tak kira rasmi atau pun tidak . Makan sampai tak sedar dah habis satu balang. Begitu sekali sedapnya. Patut la sesetangah orang panggil kerepek berhantu. Sekali cuba, berkali-kali nak makan lagi. Macam ketagih pula dibuatnya.

Jom Kenali Kerepek Gunting Sedap Hot Crunchy

Korang jangan tak tahu Hot Crunchy ni telah berada dipasaran sudah 16 tahun tau. Cuma sebelum ini Hot Crunchy ni dikenali sebagai kerepek gunting bersira. Masa tu nama tak komersil sangat. Nama kampung lagi orang kata. Nama kampung bermula pada tahun 2000 tapi pada tahun 2015 kerepek gunting bersira dikomersikan dengan nama Hot Crunchy. Wah, international gitu nama baru ni. Sejak-sejak tukar nama baru ia makin di kenali ramai sehingga ke serata Malaysia. Hot Crunchy ini diasaskan oleh Bonda Salimah yang berasal dari Mentakab, Pahang.

Cara-cara Beli Kerepek Gunting

Hot Crunchy ini digemari oleh setiap lapisan masyarakat tak kira tua atau muda. Ini kerana rasanya yang pedas-pedas manis maka tidak hairanlah Hot Crunchy ini digemari oleh semua. Ia juga disaluti dengan sos istimewa yang membangkitkan rasa sedap dan menyelerakan bila korang menikmati Hot Crunchy ini.  Mesti korang tak sabar untuk mencuba Hot Crunchy ini kan?  Mana boleh sabar tengok orang makan dan borong berbalang-balang sampai kehabisan stok. Produk laku keras dipasaran, siapa cepat dia dapat. Kalau lambat sila tunggu stok akan datang. hehe..

Apa Bahan Asas Kerepek Gunting Hot Crunchy?

Ada yang tertanya -tanya Hot Crunchy ini dibuat daripada apa yer? Ada yang teka kulit popia. Semua tu salah. Hot Crunchy ni hanya dibuat dari bahan asas seperti tepung gandum, garam, gula, cili kering dan minyak. Untuk kelazatan yang tidak terhingga ditambah lagi dengan daun kari yang dipetik segar dari pokok. Resepi turun termurun yang istimewa ini dibuat dengan penuh teliti dan secukup rasa untuk kepuasaan sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Kerepek Gunting Yang jimat

Selain dari untuk makanan diri sendiri dan keluarga, Hot Crunchy ini sesuai dijadikan sebagai doorgift atau buah tangan untuk sebarang majlis. Sebagai contoh kenduri kesyukuran, kenduri kahwin, majlis harijadi dan sebagainya. Korang juga boleh jadikan Hot Crunchy ini sebagai kudapan ketika kenduri. Alahai meriahnya dan mewahnya majlis korang bila korang hidangkan dengan Hot Crunchy ini. Memang hot la majlis korang bila tetamu dihidangkan dengan Hot Crunchy. Mana tidaknya mungkin Hot Crunchy ni laku keras dari makanan lain yang dihidang dalam majlis tersebut. Sekali makan terus rasa nak makan berkali-kali. Tak boleh nak stop dah orang kata. Rasanya yang pedas-pedas manis begitu menggoda si pemakannya.

Kerepek Gunting Hot Crunchy Boleh Dijadikan Buah Tangan

Korang juga boleh bawa Hot Crunchy ni sebagai buah tangan bila melawat kawan-kawan atau ahli keluarga yang tidak sihat. Asyik bawak buah-buahan atau bunga jer, apa kata kali ni tukar selera bawa Hot Crunchy sebagai buah tangan. Kita buat kelainan sikit dari biasa. Mana tahu kot ada yang yang nak mencuba Hot Crunchy ini. Produk tengah panas dan laku keras dipasaran, tersangat lah rugi kalau tidak mencubanya.

keenakan kerepek gunting hot crunchy

Kalau kat rumah pula, korang boleh buat kudapan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah korang. Manalah tahu kot tetamu datang mengejut tak sempat nak buat kuih atau keluar mencari apa-apa yang patut untuk dihidangkan kepada tetamu. Apa lagi Hot Crunchy la jadi penyelamat. Beli banyak-banyak buat stok kat rumah. Jangan bimbang, Hot Crunchy ni tahan lama dan boleh disimpan sehingga ke sebulan. Tak hairan lah ramai yang order banyak-banyak untuk dijadikan stok dalam rumah. Kadang-kadang diaorang beli untuk stok makanan kat rumah jer. Bila dihidangkan kepada tetamu ada pula yang berkenan untuk mencuba dan membelinya. Nampak tak? Dari nak makan-makan untuk diri dan keluarga boleh dijadikan wang tambahan kepada surirumah.

Cara Beli Kerepek Gunting dengan Mudah

Kalau kat rumah anak-anak korang asyik mintak duit nak beli jajan jer kan. Apa kata tukar selera jajan korang dengan Hot Crunchy ni. Ia sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya pedas-pedas manis. Lagi pun Hot Crunchy ini tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak dibenarkan. Maka sesuai sangatlah dijadikan kudapan anak-anak korang. Beli jer banyak-banyak buat stok kat rumah. Bila anak-anak mintak nak jajan hulur jer Hot Crunchy ini, mesti makan dah lupa kat jajan diaorang. Jimat duit korang nak beli jajan untuk diaorang. Satu balang Hot Crunchy sesuai dimakan seisi keluarga. Tak kira yang tua atau yang muda semua menyukainya.

Berapa Harga Kerepek Gunting Hot Crunchy?

Mesti korang tertanya-tanya harga dia kan? Jangan risau, harga mampu milik la. Cuma RM15.00 sebotol.  Kat mana ada jual? HQ Hot Crunchy ini di Mentakab, Pahang. Disekitar Mentakab boleh beli secara terus di HQ dia. Manakala bagi yang luar Mentakab akan dipos secara kurier menggunakan City Link ke seluruh Semenanjung Malaysia. Jangan korang tak tahu, Hot Crunchy ni dah lantikan agen seluruh negeri. Tak percaya pergi ke fanpage diaorang, cari senarai agen setiap negeri. Mesti kat negeri korang pun ada tu.

dapatkan kerepek gunting hot crunchy sekarang

Testimoni Dari Pelanggan Yang Dah Mencuba Hot Crunchy

Kerepek Gunting sahaja Kerepek Gunting Terbaik Kerepek Gunting Rasa Pedas

Berminat? Jom Order Kerepek Hot Crunchy Sekarang!

Jika anda peminat kerepek ni, anda harus cuba Kerepek Hot Crunchy ni. Memang rasa mabeles, sedar – sedar kerepek dah habis dah. Jika anda berminat, boleh hubungi menerusi WhatsApp atau facebook mereka. kerepek gunting hot crunchy pilihan hati

KEREPEK HOT CRUNCHY | BELI KEREPEK GUNTING SEDAP ONLINE

Hubungi: Tekan untuk telefon (+6013-9388033 – Dian) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: D’Crunchy Empire Official