Review
Feb 26, 2018, 12:47pm

Beli Emas Online Murah Dan Dijamin Original


Emas merupakan salah satu aset yang amat digilai oleh orang ramai kerana harganya yang sentiasa konsisten dan ini membuatkan ia menjadi salah satu benda yang amat berharga. Jadi, ramai orang yang akan membeli dan menyimpan emas sebagai salah satu harta. Ada yang suka membeli emas untuk dipakai sebagai barang kemas kerana ia juga kelihatan cantik dipakai dan menunjukkan status seseorang. Jadi, semakin ramai juga peniaga yang berkecimpung dalam dunia penjualan emas disebabkan oleh permintaan yang tinggi.

Beli Emas Online Murah Dan Dijamin Original

Anda sebagai pengguna juga perlu bijak untuk membeli emas kerana ia adalah salah satu aset yang amat berharga disebabkan harganya yang mahal dan juga konsisten. Terdapat banyak kedai emas yang berada di pasaran dan banyak juga emas yang dijual secara online. Jika anda merupakan pertama kali mahu mencuba untuk membeli emas, maka anda boleh gunakan tips – tips di bawah untuk membeli emas tidak kira di mana sahaja tempat anda untuk membeli emas.

Barang Kemas Online Murah Dan Dijamin Original

Tips Membeli Emas

Tips – tips yang bakal diberikan di bawah boleh membantu anda untuk membuat keputusan untuk membeli emas yang terbaik dan memastikan pelaburan anda adalah berbaloi. Pembelian emas akan menjadi satu pelaburan yang terbaik sekiranya anda membeli jenis emas yang betul dan berharga. Gunakan tips – tips tersebut jika anda mahukan pembelian emas anda adalah sentiasa berbaloi dan boleh memberikan pulangan yang menguntungkan sekiranya anda mahu menjual kembali emas tersebut.

  • Beli Barang Emas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Beli Emas 999 dan 916 Online Murah Dan Dijamin Original

Emas daripada jenis 999 dan juga 916 mempunyai nilai yang amat tinggi untuk jangka masa yang panjang dan boleh memberikan keuntungan kepada anda. Namun, emas jenis 999 mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan jarang dibuat barang kemas kerana ia terlalu lembut dan mudah lekuk. Anda boleh mengetahui ketulenan emas tersebut melalui bahagian belakang barang kemas yang ditempa dengan cop 999 dan 916. Barang kemas yang asli juga tidak akan meninggalkan kesan yang hitam kalau dibakar.

  • Elakkan Membeli Barang Kemas Yang Mempunyai Batu Permata

Beli barang kemas tanpa batu permata

Barang kemas yang mempunyai batu permata memang akan kelihatan cantik dipandang tetapi nilai second hand untuk barang kemasyang mempunyai batu permata adalah amat rendah dan tidak boleh dijual balik serta tidak diterima untuk gadaian. Namun, anda boleh membeli cincin emas yang mempunyai batu permata sekiranya anda mahu menggunakan cincin batu permata tersebut sebagai perhiasan di tangan anda. Ia memang akan memberikan kesan yang elegan dan juga amat cantik dipandang di tangan anda.

  • Beli Barang Kemas Yang Padu Sahaja

beli barang kemas yang padu sahaja

Pastikan barang kemas yang anda beli adalah padu dan juga tumpat untuk memastikan ia mempunyai harga yang lebih tinggi di pasaran. Barang kemas yang padu adalah lebih kukuh, tahan lasak, tidak mudah patah, bengkok dan juga rosak. Jadi, anda boleh menggunakan barang kemas ini dengan lebih lama dan ia akan tetap kelihatan seperti baru sahaja dibeli. Barang kemas yang bengkok dan patah pula akan membuatkan anda terpaksa trade – in sebagai used gold dan anda akan mendapat harga yang jauh lebih rendah!

  • Lihat Harga Emas Semasa

bandingkan harga semasa emas yang nak dibeli

Sekiranya anda mahu membeli emas secara online, pastikan laman web untuk anda membeli emas tersebut sentiasa memaparkan harga emas semasa agar anda dapat membuat keputusan untuk mendapatkan emas yang sesuai dengan bajet anda. Harga emas yang dipapar di laman web penjualan emas selalunya mengikut harga emas dunia dan selalunya harga emas ini adalah penting untuk pelabur – pelabur emas agar mereka dapat membel dan menjual emas mengikut harga semasa untuk mendapat keuntungan yang maksima.

  • Tempat Menyimpan Emas

tempat simpan emas

Tempat untuk menyimpan emas yang terbaik adalah secara fizikal di mana anda boleh menyimpan emas di tempat yang selamat seperti menyewa kotak deposit bank dan sebagainya. Tempat seperti kotak deposit bank ini boleh menjamin keselamatan emas anda dan  membolehkan anda untuk tidur lena pada waktu malam. Anda juga boleh membeli emas dan terus menyimpan di dalam kotak deposit bank dan menjual emas anda kepada bank berikut sekiranya anda memerlukan wang.

  • Tunggu Harga Emas Paling Rendah Untuk Buat Belian Pertama

tunggu harga emas rendah bagi belian pertama

Harga emas merupakan harga yang sering konsisten dan ia hanya akan turun sekali – sekala dalam satu tempoh yang lama. Penganalisis teknikal harga emas yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang mereka juga tidak mengetahui tentang bila harga emas akan menjadi rendah jadi anda perlu membuat kajian dan juga memerhatikan harga emas dengan baik dan dapatkan satu penanda aras untuk mengetahui harga emas. Beli satu emas dan anda boleh mula mendapatkan trend dan juga pattern turun naik harga emas.

  • Lihat Tujuan Anda Untuk Membeli Emas

tujuan beli emas untuk perhiasan atau pelaburan

Pembelian emas selalunya didatangi dengan dua tujuan, iaitu untuk pelaburan dan juga perhiasan. Selalunya barang kemas yang digunakan untuk perhiasan adalah kurang sesuai dibuat untuk pelaburan kerana kosnya yang tinggi. Barang kemas untuk perhiasan juga selalunya ditambah dengan emas putih dan juga batu permata untuk kelihatan cantik sebagai perhiasan diri. Tetapi, anda boleh mendapatkan emas tulen sebagai perhiasan dan juga pelaburan anda untuk menjana keuntungan dan dalam masa yang sama tampil elegan.

Tukang EmaS™ by Al Anwar Gold & Jewelry – Emas Yang Murah Dan Original

tukangemas murah di kelantan

Semenjak Januari 2008, TukangemaS™ telah membuat beribu-ribu wanita di luar sana kelihatan menarik dengan rekaan barang kemas 916 yang berkualiti dari mereka. TukangemaS™ menawarkan pelbagai koleksi rekaan emas tulen yang eksklusif dan terkini untuk pilihan anda pada harga yang sangat berpatutan.

Misi utama mereka adalah untuk menggalakkan orang ramai membeli dan menyimpan emas sebagai alternatif kepada mata wang. Ini kerana emas mempunyai kadar kecairan yang sangat tinggi dan ia juga adalah logam berharga yang paling popular untuk pelaburan. Mereka di Tukangemas™ sangat menitikberatkan soal kekemasan, kehalusan dan kualiti dalam penghasilan rekabentuk barang kemas di samping tidak mengabaikan aspek ketulenan emas.

beli emas online emas murah kota bharu

TukangemaS™ akan sentiasa mengorak langkah ke depan dalam menyediakan segala kemudahan untuk anda membeli barang kemas secara mudah dan selamat. Dengan wujudnya platform atas talian www.tukangemas.my, ianya diharap dapat membantu & memudahkan anda dalam membuat keputusan yang terbaik untuk membeli barang kemas. Mereka akan sentiasa melakukan pembaharuan untuk tukangemas.my dalam usaha memberikan anda pengalaman yang terbaik semasa melayari laman web ini.

Antara koleksi – koleksi yang ditawarkan oleh TukangemaS™ termasuklah;

  • Anting – anting dan Subang Emas
  • Chocker
  • Cincin Belah Rotan
  • Cincin Emas
  • Cincin Emas Permata
  • Cincin Perak 925
  • Gelang Emas
  • Koleksi Kanak – Kanak
  • Loket Emas
  • Rantai Kaki
  • Rantai Leher
  • Rantai Tangan Fesyen
  • Rantai Tangan Gantung
  • Rantai Tangan Kosong
  • Rantai Tangan Padu

Kelebihan Membeli Dengan TukangemaS™

kelebihan beli emas secara online di tukang emas kota bharu

TukangemaS™ mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh diberikan kepada anda sekiranya anda membeli emas melalui TukangemaS™. Antara kelebihan – kelebihan yang anda boleh dapat sekiranya anda membeli emas melalui TukangemaS™ adalah;

  • Menerima Pelbagai Jenis Tempahan Emas

pelbagai tempahan emas secara online sahaja

TukangemaS™ menerima pelbagai jenis tempahan emas dari pelanggan dan mereka menjual emas 916. Jadi, anda boleh melihat katalog – katalog emas mereka dan tempah emas pilihan anda sama ada melalui kedai emas mereka ataupun secara online.

  • Harga Yang Lebih Murah Dari Pesaing

tempah emas murah di kota bharu secara online

TukangemaS™ menjual barang kemas mengikut harga semasa emas yang sentiasa dipaparkan di laman web mereka. Namun, harga yang ditawarkan oleh TukangemaS™ adalah jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan oleh pesaing. Jadi, jika anda mahukan emas yang berkualiti dan tulen dengan harga yang berpatutan, belilah emas dari TukangemaS™.

  • Boleh Ditempah Secara Online

tempah emas secara online

Mereka mempunyai outlet di Kota Bharu, Kelantan jadi orang yang berada di kawasan berhampiran bolehlah singgah di Anwar Gold & Jewelry. Anda tidak perlu risau sekiranya anda berminat untuk membeli barang kemas dari TukangemaS™ sekiranya anda tidak berada di Kelantan kerana mereka juga ada laman web untuk anda beli secara online. Anda boleh layari https://tukangemas.my/ untuk mendapatkan barang kemas pilihan anda.

  • Berpengalaman Di Dalam Bidang Emas

pengalaman sebagai tukang emas

TukangemaS™ telah beroperasi sejak tahun 2014 lagi jadi mereka telah mempunyai pengalaman yang banyak di dalam bidang emas dan juga telah dipercayai ramai untuk membeli emas yang tulen dan juga dengan harga yang murah. Anda boleh mendapatkan emas yang dijamin tulen melalui laman web mereka dan anda pasti akan berpuas hati dan gembira sekiranya anda membeli emas melalui TukangemaS™.

  • Mengalu – alukan Ejen Dan Dropship

mengalu-alukan ejen dan dropship emas

Setelah anda membeli emas melalui TukangemaS™ dan anda berasa amat berpuas hati dengan kualiti emas mereka, anda juga boleh mula menjual emas yang dibekalkan oleh TukangemaS™ dengan menjadi ejen ataupun dropship. Mereka amat mengalu – alukan ejen dan juga dropship jadi anda bolehlah menambah pendapatan dan juga membeli emas dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

  • Dijamin Tulen Dan Original

jaminan emas tulen di tukangemas online

Setiap emas yang dijual oleh TukangemaS™ adalah dijamin kualiti dan juga ketulenan emas tersebut. Mereka hanya menjual emas 916 yang sentiasa mempunyai harga di pasaran pada waktu yang panjang. Jadi, anda boleh mendapatkan emas yang dijamin ketulenannya dengan reka bentuk yang cantik dengan TukangemaS™.

Testimoni Para Pelanggan TukangemaS™

Para pelanggan TukangemaS™ amat berpuas hati dengan pembelian emas dan juga dengan perkhimatan yang diberikan oleh TukangemaS™ jadi anda boleh melihat sendiri testimoni – testimoni dan juga review yang ditinggalkan oleh para pelanggan TukangemaS™ seperti di bawah;

testimoni tempahan tukang emas online

Staff TukangemaS™ akan memberikan layanan yang terbaik kepada anda

testimoni pelanggan tukangemas beli emas secara online

Design di TukangemaS™ amat menarik dan cantik dipandang

testimoni harga berpatutan beli emas online di tukangemas jewellery

Harga yang berpatutan hanya di TukangemaS™

Dapatkan Emas Pilihan Anda Sekarang Bersama Tukangemas™

Beli emas pilihan anda melalui TukangemaS™ dengan menghubungi talian dan juga info seperti dibawah;

Dapatkan Emas Pilihan Anda Sekarang Bersama Tukangemas SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No G02, Ground Floor, Kota Bharu Trade Centre , 15000 Kota Bharu, Kelantan

   
Dapatkan Emas Pilihan Anda Sekarang Bersama Tukangemas SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Emas Pilihan Anda Sekarang Bersama Tukangemas SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: