Review
Jul 13, 2017, 4:37pm

Beli Brownies Sedap Di Shah Alam dan Kuala Lumpur


  • 41
  •  
  •  
  •  
    41
    Shares

Tentu ramai yang tahu apa itu brownies, kan?

brownies-sedap kl selangor

Dia kelihatan macam kek, bau ala-ala bau kek, tapi brownies bukan kek.  Brownies adalah sejenis manisan (dessert) yang dikatakan berasal dari Amerika Syarikat tetapi kini digemari ramai di seluruh dunia.  Di negara kita pun brownies sangat popular malahan lebih ramai yang menggemari brownies daripada kek kerana rasanya yang enak, tidak terlalu manis, rasa coklat yang menyerlah dan senang dibuat.

kek-coklat-kl-selangor-brownies

Tekstur kek adalah lembut dan gebu, manakala brownies teksturnya lembap, agak kenyal bila dikunyah rasanya seperti mengunyah gula-gula lembut.  Rasa coklat brownies lebih menyerlah berbanding rasa coklat dalam kek coklat.  Permukaan atas brownies ada satu lapisan nipis yang rapuh.  Lapisan ini terhasil akibat dari pengkaramelan gula.

Kek vs Brownies

perbezaan-cake-vs-brownies

Secara ringkas perbezaan kek dan brownies adalah:

KekBrownies
Bahan-bahan asasTepung, gula, telur, serbuk koko, mentega dan bahan penaikTepung, gula, telur, serbuk koko, dan mentega.
Kadar bahanJumlah tepung dua kali ganda lebih banyak daripada browniesMengandungi lebih banyak serbuk koko dan coklat
TeksturLembut, ringan, gebu dan permukaannya licin dan rataLebih padat, kenyal dan permukaannya kering dan retak

Mari Berkenalan Dengan 4 Jenis Brownies

Ada empat jenis brownies mengikut keadaan teksturnya iaitu cakey, fudgy, chewy dan crumbly.

Cakey (kek) bermakna tekstur brownies seperti kek.  Ia lebih lembut, gebu dan ringan berbanding brownies jenis lain.  Fudgy (padat) lebih tebal dan padat.  Chewy (kenyal) brownies lebih liat dan bila dikunyah rasanya seperti mengunyah gula-gula.  Akhir sekali crumbly (derai) brownies seakan-akan cakey brownies tetapi teksturnya lebih kasar.  Bila dipotong ia berderai sikit.

fudgy-brownies-kl-selangor

Macam Mana Nak Dapat Brownies Sedap Lagi Elok?

tips-brownies-yang-elok

Brownies yang elok bukan saja rasanya sedap, tetapi teksturnya juga menjadi dengan sempurna.  Nak kata susah membuatnya, tak juga.  Tapi kalau tak betul cara mengadunnya, tekstur brownies boleh jadi seperti tekstur kek atau terlalu keras. Kualiti bahan yang digunakan juga menyumbang kepada penghasilan brownies yang elok.

brownies-kl-selangor-gebu

Jom kita baca beberapa tips untuk mendapatkan brownies yang elok:

  • Jangan bancuh terlalu lama.  Bahan-bahan basah dan kering diadun bersama cukup sekadar bercampur.  Membancuh adunan terlalu lama akan menyebabkan brownies menjadi keras.
  • Bahan yang betul.  Kakak-kakak dan adik-adik sekalian, bila buat brownies tentukan dulu nak buat jenis yang mana. Ini kerana bahan dan kuantiti bahan yang berlainan akan menentukan hasil brownies selepas siap dibakar.  Cakey brownies memerlukan lebih banyak tepung dan bahan penaik sedangkan chewy brownies memerlukan lebih banyak telur.  Bahan-bahan juga mesti disukat dengan tepat.
bahan-terbaik-untuk-menghasilkan-brownies-kl-selangor
  • Jangan kedekut.  Nak dapat brownies yang sedap dan elok kenalah gunakan bahan-bahan yang bermutu.  Gunakan coklat dan mentega berjenama premium untuk hasil yang memuaskan.
  • Suhu bilik untuk telur.  Putih dan kuning telur akan lebih mudah bersatu bila dipukul pada suhu bilik.
  • Tabur tepung sikit-sikit di atas adunan coklat dan adun menggunakan spatula.  Jangan gunakan whisk untuk mengelakkan adunan terlebih dibancuh.
loyang-untuk-brownies-sedap
  • Loyang yang sesuai untuk membakar ialah yang diperbuat daripada aluminium kerana ia menyebarkan haba dengan lebih rata.  Jangan gunakan loyang kaca atau loyang berwarna gelap kerana boleh menyebabkan bahagian tepi brownies hangit.  Alas loyang dengan kertas minyak.
  • Bakar dengan betul.  Letakkan Loyang di tengah-tengah ketuhar yang telah dipanaskan dulu.  Tempoh membakar bergantung kepada jenis brownies.

brownies-terbaik-di-sekitar-kl-selangor

Di Mana Boleh Beli Brownies Sedap Di Shah Alam dan Kuala Lumpur ?

brownies-area-kl-selangor-sedap

Sudah tentulah di Daisy Pastry.  Daisy Pastry menyediakan pelbagai pencuci mulut, makanan dan minuman.  Produk Daisy Pastry yang paling popular sudah semestinya brownies. Di antara brownies yang dihasilkan adalah classic brownies, Nutella brownies, Hershey Walnut brownies dan avocaldo blueberry brownie.  Produk yang paling popular ialah classic brownie.

Brownies buatan Daisy Pastry sangat lazat. Pelanggan yang dah rasa semuanya berpuas hati dengan brownies Daisy Pastry yang sememangnya sangat berbaloi untuk dinikmati oleh seisi keluarga kerana rasanya yang lazat, rupanya yang menarik dan harga yang berpatutan.  Daisy Pastry menggunakan bahan-bahan premium untuk menghasilkan brownies yang terbaik untuk kepuasan pelanggannya. Boleh dikatakan pelanggan yang dah rasa brownie Daisy Pastry buat tempahan berkali-kali lagi selepas pertama kali merasanya.

brownies-terbaik-kl-order

Daisy Pastry juga pakar dalam menghasilkan pelbagai jenis kek dan biskut untuk beraneka majlis seperti hari lahir, open house, untuk dijadikan door gift, dan lain-lain acara.  Penghantaran boleh diatur asalkan tempahan dibuat awal.

Keistimewaan classic brownie Daisy Pastry

  • Teksturnya bukan kek semata-mata
  • Tiada rasa coklat hangit
  • Tekstur brownienya kenyal (chewy) macam bubble gum
  • Pahit sikit – sikit je, elok untuk kesihatan jantung
  • Tak terlalu lembap, tak terlalu kering.  Just nice
  • Berkedut
  • Permukaan atas yang rangup @ light crispy
  • Sangat-sangat sedap dimakan dengan aiskrim

brownies-daisy-pastry-kl-selangor

Testimoni Beli Brownies Sedap Di Shah Alam dan Kuala Lumpur

Ramai yang dah merasa brownie Daisy Pastry sangat berpuas hati dengan keenakannya. Sila lihat beberapa testimoni dari pelanggan-pelanggan kami.

Jom Beli Brownies Sedap Di Shah Alam dan Kuala Lumpur Hari Ini !

Beli Brownies Sedap Di Shah Alam dan Kuala Lumpur

Jom ramai-ramai makan brownie.  Order dengan Daisy Pastry.  Nak order mudah saja, boleh dibuat secara online di laman web Daisy Pastry.  Nak whatsapp boleh, atau PM di Facebook pun boleh.

DAISY PASTRY HQ | BROWNIES SEDAP KUALA LUMPUR & SELANGOR

Telefon / Whatsapp:  014 517 3075 | Link WhatsApp

Facebook:  @browniesdaisypastryhq

Instagram:  @daisypastryhq

Laman web:  www.daisypastryhq.com

Jom order brownie dengan Daisy Pastry.  Hidangkan kepada tetamu yang datang.  Tetamu dan tuan rumah mesti puas hatilah dengan brownie Daisy Pastry!