Review
Jan 30, 2018, 9:57am

Beli Barang Kemas 916 Murah Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang


  •  
  •  
  •  
  •  

Barang kemas sering menjadi kegilaan wanita terutamanya wanita-wanita yang berasal dari negeri-negeri utara dan pantai timur. Barang kemas merupakan aset dimana ia sangat berbaloi untuk disimpan kerana harganya yang semakin meningkat mengikut harga pasaran. Terdapat banyak jenis emas seperti 22k dan 24k. Emas-emas ini dijual dengan harga yang berbeza di sesetengah kedai emas. Kadang-kadang anda mungkin terfikir kenapa terdapat perbezaan harga dikedai-kedai emas tersebut dan perbezaannya pula ada yang sangat ketara bukan?

kedai barangan emas 916 di pulau pinang

Sebenarnya, harga emas ini bergantung kepada keputusan ketulenan asid dan anda harus pastikan bahawa emas-emas ini adalah benar-benar original. Tetapi kebanyakan kedai emas mempunyai teknik dan strategi mereka tersendiri. Ada juga kedai yang tersilap restock barang dengan harga yang tinggi, jadi mereka terpaksa jual dengan harga yang tinggi juga. Beli barang kemas di kedai emas tidaklah berisiko seperti anda membeli dari individu yang menjualnya secara langsung atau secara online. Kadang-kadang mereka menawarkan harga yang sangat murah. Kemungkinan besar, emas tersebut adalah palsu atau dikenali sebagai emas tiruan, atau lebih ringkasnya emas murah seperti emas korea dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu mengetahui ciri-ciri emas tulen yang sebenar.

Perkara Penting Sebelum Anda Beli Emas 

Sebelum membeli barang kemas, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan supaya barang kemas yang dibeli benar-benar berbaloi dan menepati citarasa anda. Anda perlu menyemak terlebih dahulu perkara-perkara penting berikut sebelum membeli emas supaya dapat elakkan dari penipuan atau kerugian.

beli barang kemas 916 untuk pelaburan dan perhiasan

Kualiti Emas – Kualiti emas sangat penting dalam menentukan sama ada asli ataupun tiruan Berat Emas – Harga emas adalah berdasarkan berat emas Harga Emas Dijual – Harga emas perlulah berbaloi supaya tidak mengalami kerugian Harga Emas Semasa – Mengetahui harga emas semasa amat penting dalam membeli emas Cop Emas – Cop emas akan berada pada emas yang original dan berkualiti Tujuan Beli Emas – Penting untuk menentukan sama ada emas tersebut untuk tujuan pelaburan atau perhiasan. Tempat Beli Emas – Tempat yang diyakini dan boleh mendapat harga yang berbaloi Jaminan Emas – Emas yang dibeli haruslah mempunyai jaminan nilainya dimana ia boleh dipajak gadai atau dijual dengan harga yang tinggi suatu hari nanti.

Emas 916 Pilihan Ramai

Emas yang sering dijadikan sebagai barang perhiasan adalah emas 916. Emas lain seperti 999 atau 24K pula lebih sesuai dalam pelaburan seperti jongkong emas dan emas dinar.

Emas 916 mempunyai sukatan emas sebanyak 91.6% dimana sebanyak 8.4% lagi ia dicampur dengan bahan-bahan yang lain seperti tembaga, besi, aluminium dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, emas 916 ini juga dikenali sebagai emas 22K. Ramai yang keliru tentang nama emas ini walhal kualiti dan jenisnya adalah sama.

barang kemas 916 murah di bukit mertajam

Emas 916 ini menjadi kegemaran ramai wanita kerana ia merupakan emas yang sesuai dibentuk menjadi perhiasan wanita seperti gelang emas, cincin, rantai, gelang kaki dan lain-lain lagi. Emas 916 ini juga sangat terkenal di India dimana pihak wanita India akan membawa Emas ke keluarga para lelaki dalam upacara perkahwinan mereka. Begitu juga di negara kita, emas 916 sering dijadikan nilai dan barangan pemberian sebagai mas kahwin bagi pihak lelaki kepada para wanita. Jelas, terbukti bahawa emas sangat bernilai dan tidak ada susut nilainya. Penggunaan emas takkan pernah habis kerana emas merupakan logam yang sangat bernilai didunia. Emas 916 lebih murah berbanding emas 999 dan merupakan pilihan ramai masyarakat di negara kita sama ada wanita ataupun lelaki.

MYDORA Barang Kemas 916 Murah Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Anda nak beli barang kemas 916 murah? Ya, MYDora lah tempatnya! Pelbagai jenis barang kemas 916 anda boleh temui di sini dan paling menyeronokkan adalah barang kemas di sini sangat murah! Kenapa murah? Ini emas tiruan ke? TIDAK!

mydora kedai barang kemas 916 murah di bukit mertajam

MYDORA Jewelry Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 20 Julai 2017 dan disokong oleh MYDora Jewelry Sdn Bhd. MyDora bertapak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. MyDora adalah platform yang disediakan bagi perniagaan barang kemas perhiasan yang merupakan bekalan dari kilang terus ke pengguna akhir atau pun anda! Bermaksud, anda boleh dapatkan harga murah dari kilang melalui pembelian dari ahli MYDora. MyDora juga merupakan perniagaan barang kemas secara atas talian dalam bidang perhiasan. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan barang kemas di MyDora dengan harga yang murah, malah bagi anda yang berminat, anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Sudahlah dapat beli barang kemas dengan harga murah, anda juga boleh mendapat pendapatan melalui keuntungan runcit, insentif prestasi dan ganjaran pencapaian.

kedai barang kemas 916 terbaik di pulau pinang

Sebagai organisasi yang berprestij tinggi, MYDORA memberi pelbagai sokongan dalam menyediakan pelbagai program komprehensif seperti contoh latihan pengetahuan produk, pendidikan pengurusan perniagaan, perkongsian strategi jualan, serta seminar motivasi dan pembangunan diri. Selain itu, MyDora juga berpengalaman dalam menyediakan ahli-ahli yang berpengetahuan tinggi dalam bidang perhiasan melalui persidangan seperti Kemurnian Emas oleh Count Carat, Perhiasan ukuran dengan alat ukuran yang berbeza dan penentuan kesucian emas oleh instrumen.

Selain murah, MyDora sentiasa menghasilkan produk baru setiap bulan. Mereka juga menghasilkan barang kemas mengikut kehendak spesifikasi anda. Semestinya, produk buatan khusus MyDora ini sangat berkembang pesat dan berkualiti tinggi. Berbaloinya kerana anda boleh dapat dengan harga yang sangat murah!

Jenis Barang Kemas 916 MYDORA Yang Anda Perlu Miliki

Kesemua barang kemas adalah original dan di MYDORA, hanya emas 916 yang dijual dan ada disini. Terdapat banyak jenis produk barang kemas 916 MYDORA iaitu cincin, subang, gelang, rantai dan lain-lain lagi. MyDora juga menyediakan khidmat membuat barang kemas seperti yang anda mahukan.

koleksi barangan kemas 916 di mydora bukit mertajam

Keunikan dan kecantikan rekacipta atau design barang kemas 916 MyDora sangat menarik dan menjadi pilihan ramai. Terlebih lebih 100 barang kemas yang dijual di MYDORA termasuklah pelbagai kategori seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Tambahan pula, setiap barang kemas mempunyai maklumat emas tersebut seperti berat emas, ketulenan emas dan model nombor. Ini memudahkan anda untuk membeli secara offline mahupun online.

1. Gelang Emas 916

gelang emas 916 murah di bukit mertajam

2. Cincin Emas 916

cincin czr 916 murah di bukit mertajamgold ring 916 murah di bukit mertajam

3. Rantai Emas 916

gelang emas cantik dan murah di bukit mertajam gelang emas murah di bukit mertajam

4. Subang / Anting-anting Emas 916

gelang emas murah di bukit mertajam subang emas cantik di bukit mertajam

5. Loket Emas

loket emas 916 cantik dan murah di bukit mertajam loket emas 916 murah di bukit mertajam

MyDora Custom Jewelry

Bukan senang nak jumpa kedai emas yang boleh buatkan barang kemas mengikut citarasa kita atau design kita mahukan. Selalunya, kita pergi kedai emas kita hanya boleh pilih apa yang dijual di sana sahaja. Kalau tidak berkenan dihati, kita hanya mampu keluar dan cari kedai lain. Tetapi tidak MyDora! Selain menjual emas daripada kilang dengan harga yang mampu milik, Mydora juga adalah satu-satunya kedai barang kemas yang berkonsepkan ‘Custom Jewelry’ dimana MyDora akan menghasilkan barang kemas yang seperti anda inginkan. Anda hanya perlu beritahu bagaimana sahaja dan mereka akan usahakannya.

cincin custom made 916 murah di bukit mertajam

Kelebihan Barang Kemas 916 MyDora Jewelry

Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan membeli emas di MYDORA Jewelry. Sama sahaja seperti di kedai-kedai emas lain, sememangnya emas 916 ini berkualiti dan sangat cantik serta lembut. Namun, terdapat kehebatan barang kemas 916 MyDora yang membuatkan kenapa anda perlu pilih MyDora.

mydora kedai barang kemas 916 murah di pulau pinang

1. Emas Harga Kilang Dan Mampu Milik

Barang kemas 916 MyDora adalah terus dibawa daripada kilang dan dijual kepada pelanggan. Semestinya harga emas 916 MyDora ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah dan amat berbaloi. Harga emas ini juga ditentukan oleh ketulenan emas dan berat.

koleksi barang kemas 916 murah di pulau pinang

Ia tidak ada kena mengena dengan harga pembekal emas atau harga kedai restock seperti yang berlaku di kedai-kedai emas yang lain. Harga barang kemas MyDora juga mengikut harga pasaran barang kemas dunia, bukanlah mengikut harga tauke emas. Oleh itu, harga yang diberikan dari MyDora ini adalah harga mampu milik dan terbaik.

2. Asli dan Original Emas 916

Emas 916 dari MyDora adalah emas 916 jenis original dan bukan tiruan. MyDora mempunyai ahli yang berpengetahuan tinggi dalam bidang perhiasan emas dan mempunyai tukang emas yang berpengalaman. Malah, semua jenis emas 916 MyDora ini mempunyai cop 916 yang menandakan ianya benar-benar asli dan original.

gelang bracelet 916 murah di bukit mertajam

3. Produk Barang Kemas yang Stylish dan Eksklusif

MyDora Jewelry menawarkan pelbagai barang kemas yang cantik dan menarik. Kesemua barang kemas ini sangat stylish dipakai oleh para wanita. Dengan harga yang mampu milik, anda juga akan jatuh cinta dengan barang kemas 916 yang amat stylish apabila dipakai oleh anda. Rambang mata melihat barang-barang kemas MyDora di Fan Page Facebook mereka, apatah lagi melihat di depan mata. Anda boleh jadikan barang kemas 916 Mydora sebagai hadiah untuk isteri, ibu, adik-adik dan wanita yang anda sayangi. Malah, untuk hadiahkan kepada majikan atau urusan rasmi pun boleh kerana ia sangat ekslusif dan hebat!

barang kemas 916 terbaik di pulau pinang

4. Banyak Pilihan Menarik dan Cantik

Terdapat lebih 100 barang emas Mydora dan anda boleh memilih mengikut citarasa anda. Ada orang yang sesuai memakai rantai yang penuh dengan corak, ada pula yang sesuai memakai rantai dengan corak yang simple dan sedikit. Apapun, terdapat banyak pilihan menarik dan cantik dengan Barang kemas 916 MyDora.

banyak pilihan emas 916 di mydora jewelry

5. Mengikut Kehendak Pelanggan

Kehebatan MyDora Jewelry yang menjadi sebutan pencinta emas adalah MyDora sentiasa mengikut kehendak anda. Beritahu sahaja barang kemas 916 yang bagaimana anda mahukan, MyDora akan realisasikan barangan kemas impian anda. MyDora menghasilkan barang kemas custome made mengikut pilihan anda dan anda mampu memiliki barang kemas tersendiri yang premium serta mampu milik.

rekaan emas mengikut pilihan pelanggan di pulau pinang

6. Mesra Pelanggan

Salah satu sebab kenapa anda perlu memilih MyDora adalah kerana ahli-ahli MyDora sangat mesra pelanggan. Apa sahaja yang anda perlukan, mereka akan bantu bersungguh-sungguh dan anda juga boleh menambah pengetahuan mengenai emas bersama mereka. Selain mendapat barang kemas idaman anda, anda juga rasa dihargai oleh mereka.

pelanggan mydora mendapat baucer atas pembelian barang kemas

Seronoknya membeli barang kemas di MYDora. Murah, berbaloi dan cantik sangat barang kemas MyDora.

Testimoni MyDora Jewelry

MyDora disukai ramai wanita kerana terdapat pelbagai pilihan yang menarik dan cantik dimana mereka boleh dapatkan secara online dan juga offline. Kebanyakkan daripada mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk MyDora Jewelry.

Jom Beli Barang Kemas 916 Murah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sekarang!

Tak perlu tunggu dan fikir lagi. Inilah masa yang paling sesuai untuk anda mencari barangan kemas 916 yang murah dan berbaloi. Jika anda berada di Bukit Mertajam tu, memang boleh sangatlah datang ke kedai mereka seperti alamat di bawah. Anda juga boleh melihat koleksi mereka di website dan media sosial facebook dan instagram. Apa lagi, cuci mata dan mula tempah sekarang!

dapatkan emas 916 murah di pulau pinang

MYDORA JEWELRY SDN BHD | BARANG KEMAS MURAH Facebook: @mydora88 Instagram: @mydorajewelsofficial Website: http://mydorajewelry.com