Review
Oct 31, 2017, 6:02pm

Beli Baju Saiz Besar Perempuan Dengan Big Momma Plus


  •  
  •  
  •  
  •  

Perempuan  berbadan besar @ bersaiz besar seringkali mempunyai masalah untuk bergaya tidak seperti perempuan yang langsing dan cantik apabila menggayakan pelbagai jenis fesyen baju. Ini menyebabkan perempuan yang bersaiz besar sentiasa berasa kurang yakin apabila ingin menggayakan sesuatu fesyen baju.

wanita-plus-size-dengan-fesyen-terkini

Punca utama kenapa mereka tidak boleh bergaya dengan cantik adalah disebabkan oleh pilihan saiz yang terdapat di pasaran sangat terhad kerana saiz pilihan yang anda hanya setakat saiz XL sahaja yang paling besar. Agak sukar untuk mendapatkan baju plus saiz yang cantik mengikut fesyen terkini dan hanya terdapat beberapa butik atau kedai sahaja yang menjualnya.

Pendek kata, tak banyak kedai menjual pakaian untuk mereka yang bersaiz besar. Siapa kata perempuan bersaiz besar tidak boleh bergaya seperti perempuan kurus? Hari ni perempuan bersaiz besar tidak terhad hanya memakai baju yang bersaiz besar sahaja ataupun memakai kurung dan jubah sahaja kerana tiada pilihan saiz baju.  Kini terdapat pelbagai jenis fesyen untuk perempuan bersaiz besar yang dijual oleh Big Momma Plus.

Big Momma Plus Baju Saiz Besar

bigmommaplus-profile-picture

Big Momma Plus hadir bagi membantu perempuan yang bersaiz besar di luar sana yang ingin tampil bergaya dengan fesyen baju idaman mereka. Big Momma Plus menjual pelbagai jenis rekaan baju dan saiz untuk mereka yang bersaiz besar bermula dengan saiz XL sehingga 14XL. Kini, perempuan bersaiz besar sudah mampu tersenyum menggayakan fesyen yang ada setanding dengan perempuan yang bertubuh lansing. Fesyen yang dikeluarkan oleh Big Momma Plus adalah fesyen yang sesuai dengan perempuan yang bersaiz besar serta memberikan kesan langsing apabila memakainya. Jadi, anda boleh nampak lansing sekelip mata apabila memakainya. Di antara jualan Big Momma Plus ialah blouse, baju kurung, jubah, panties, bra, legging, pants, tali pinggang dan bermacam-macam lagi.

Keistimewaan Big Momma Plus

1. Menjual Saiz XL-14XL

Big Momma Plus menjual pakaian bersaiz besar bermula dengan saiz XL sehingga 14XL bagi memenuhi permintaan perempuan yang bersaiz besar yang sentiasa ingin tampil bergaya dengan fesyen baru yang terkini. Bukan hanya tertumpu pada fesyen baju sahaja, malah Big Momma Plus menyediakan kelengkapan untuk perempuan bersaiz besar dari hujung rambut hingga hujung kaki.

pakaian-plus-size-online

2. Harga Yang Murah

Sungguhpun baju bersaiz besar memerlukan kain yang lebih, akan tetapi harga yang ditawarkan oleh Big Momma Plus sangat berpatutan dan lebih murah daripada kedai-kedai yang menjual baju bersaiz besar. Harga yang di jual pula sangat murah dalam lingkungan serendah RM12 sehingga RM89 sahaja.

harga-pakaian-plus-size-yang-murah

3. Memberikan Kesan Nampak Langsing

Fesyen yang diperkenalkan oleh Big Momma Plus adalah fesyen yang memberikan kesan tubuh badan mereka kelihatan lebih lansing daripada saiz asal kepada si pemakainya dengan mementingkan soal pemilihan  warna, corak serta potongannya. Anda akan nampak lansing dalam sekelip mata.

memberi-kesan-langsing-pemakai-plus-size

4. Banyak Pilihan

Untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka yang bersaiz besar, Big Momma Plus menampilkan pelbagai pilihan saiz, warna, corak dan lain-lain lagi kepada pelanggan mereka. Ada juga yang membeli secara borong kerana pakaian daripada Big Momma Plus sangat laris dan mereka tidak mahu ketinggalan untuk memilikinya.

pelbagai-pilihan-dan-jenis-pakaian

5. Gedung Lengkap Untuk Perempuan Bersaiz Besar

Secara keseluruhannya, Big Momma Plus menyediakan kelengkapan untuk perempuan yang bersaiz besar dari kepala hingga hujung jari kaki. Bukan hanya menjual baju untuk bargaya sahaja, malah kelengkapan lain seperti pakaian dalam serta accesories yang bersaiz besar.

inner-princess-cut-plus-size

6. Fesyen  Up-to-date dan Style

Big Momma Plus sentiasa memastikan semua jenis fesyen yang dijual adalah fesyen yang up-to-date selaras dengan perkembangan fesyen terkini di pasaran dunia fesyen. Mereka tidak mahu perempuan yang bersaiz besar ketinggalan dalam fesyen terkini. Demi merialisasikan impian mereka, Big Momma Plus telah mengeluarkan beberapa fesyen baru yang sesuai digayakan oleh mereka yang bersaiz besar.

  • Sakinah Modern Kurung

Sakinah Modern Kurung adalah jenis kurung moden pendek dengan gaya ringkas. Hiasan bunga 3D yang terdapat pada bahagian bawah baju menambah lagi seri baju. Menampilkan warna yang pastel yang sangat sesuai untuk mereka yang bersaiz besar dan diperbuat daripada material crepe yang lebih tebal di pasaran dan mempunyai zip di lengan untuk lebih senang berwuduk.

kurung-moden-sakinah
  • Rozi Kaftan

Rozi Kaftan merupakan baju yang paling selesa untuk pemakai plus size kerana saiznya yang betul-betul longgar memudahkan pergerakkan serta meningkatkan tahap keyakinan apabila memakainya. Sangat sesuai di pakai untuk acara majlis tertentu seperti makan malam dan sebagainya. Di datangkan di dalam dua warna, iaitu hitam dan merah jambu terang bagi mereka yang sukakan warna merah jambu.

rozi-kaftan-plus-size-murah
  • Saloma Dress

Untuk mereka yang tiada potongan badan lansing, anda boleh memakai saloma dress yang memberikan kesan potongan badan yang terus nampak lansing. Dengan gaya potongan mermaid kipas pada bahagian lengan dan bawah memberikan kelainan pada dress dan menampakkan anda kelihatan bergaya. Kain dipilih dari jenis tebal dan tidak memeri. Jadi, sudah tentunya ia tidak melekat pada badan anda.

saloma-dress
  • Acid Wash Pants

Acid wash pants antara koleksi paling laku dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Acid wash bermaksud warna luntur seperti seluar jeans lama dan nampak style bila memakainya dan sesuai dipadankan dengan tshirt ataupun blouse. Seluar ini bukan jenis seluar slimfit dan mempunyai potongan straight cut.

acid-wash-pant
  • Palazo Denim

Selain acid wash pants, palazo denim juga sangat digemari oleh mereka yang bersaiz besar kerana potongan palazo yang besar dan longgar memberikan keselesaan yang maksima apabila memakainya. Didatangkan dalam jenis kain denim seperti kain seluar jeans untuk ketahanan lebih lama.

palazo-denim-plus-size
  • Muslimah Streetwear

Bagi mereka yang gemar memakai Tee, anda sangat sesuai memakai jenis Tee yang materialnya 100% cotton supaya memberikan keselesaan 100% untuk mengelakkan anda berpeluh. Ini kerana mereka yang bersaiz besar lebih  cepat berpeluh. Muslimah streetwear sangat sesuai untuk mereka kerana lebih labuh menutup punggung dan longgar.

muslim-streetwear-plus-size

Tips Memilih Fesyen Pakaian Untuk Perempuan Saiz Besar

Tidak dinafikan bahawa memilih fesyen baju yang sesuai untuk diri sendiri amatlah sukar tidak kira mereka yang bertubuh lansing mahupun yang bersaiz besar. Kelebihan pada mereka yang bertubuh lansing tidak mempunyai masalah untuk menggayakan pelbagai jenis fesyen. Akan tetapi mereka yang bersaiz besar perlu memilih fesyen yang sesuai untuk mereka supaya tidak kelihatan pelik atau buruk.

plus-size-tips-bergaya

Ada yang berkata, untuk berfesyen perlu yakin dengan apa sahaja yang dipakai. Ya, memang betul anda perlu yakin dan percaya dengan diri sendiri. Namun begitu, soal fesyen juga perlu diambil kira supaya anda tampil lebih yakin dan lebih cantik. Sekiranya anda bersaiz besar, anda boleh ikuti tips di bawah ini dalam memilih pakaian yang sesuai untuk anda.

  1. Pemilihan Warna : Warna hitam seringkali menjadi warna yang pilihan mereka yang bersaiz besar kerana warna hitam atau warna gelap akan memberikan kesan nampak lansing kepada si pemakai.  
  2. Gabungan Warna : Pastikan anda menggunakan gabungan warna cerah dan gelap dimana warna cerah untuk bahagian atas (baju) dan warna gelap di pakai pada bahagian bawah (seluar atau kain). Cara ini adalah cara yang terbaik untuk melihatkan tubuh anda lebih langsing daripada saiz asal anda.
  3. Jenis Polos : Dinasihatkan anda memilih pakaian yang polos tanpa corak atau memilih baju yang tidak sarat dengan corak kerana corak yang sarat akan membuatkan tubuh anda bertambah besar.
  4. Pilih Baju Yang Bercorak Kecil : Sekiranya anda ingin memakai baju yang bercorak, pilih baju yang bercorak kecil daripada baju yang bercorak besar. Terutamanya corak yang bermotif bunga-bungaan.
  5. Corak Garis Menegak : Elakkan memakai pakaian yang bergaris horizontal. Sebaliknya anda perlu memilih corak bergaris menegak supaya dapat memberikan efek lansing yang lebih bagus.
  6. Leher Baju Bentuk V : Pilih jenis leher yang berbentuk V supaya leher anda kelihatan lebih jinjang dan memberikan kesan bahagian dada yang lebih kecil.
  7. Jenis kain : Elakkan memakai pakaian daripada jenis kain yang yang berkilat kerana pantulan cahaya akan membuatkan setiap bahagian tubuh anda kelihatan lebih berat.
koleksi-bergaya-plus-size

Selepas mengetahui dan mengikuti tips di atas, anda boleh menggayakan pakaian anda dan tampil dengan lebih yakin lagi tanpa risau kerana Big Momma Plus mempunyai ciri-ciri tersebut.

Testimoni Pelanggan Big Momma Plus. Apakata Mereka?

Dari maklum balas pelanggan Big Momma Plus, ramai yang memberikan maklum balas yang positif. Tidak kurang juga mereka memberi pujian tentang kecantikan pakaian yang mereka beli. Ada yang membeli banyak kali dan ada yang beli dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Ada juga yang tidak sabar untuk menantikan koleksi baru dari Big Momma Plus. Cuba baca apa kata mereka tentang produk daripada Big Momma Plus.

testimoni-pembeli-plus-size-bigmomma-1 testimoni-pembeli-plus-size-bigmomma-2 testimoni-pembeli-plus-size-bigmomma-3

Beli Baju Big Momma Plus Sekarang Untuk Koleksi Anda!!!

Jika anda berdekatan di kawasan Bandar Mahkota Chera, anda boleh terus datang ke kedai dan melihat pelbagai koleksi Big Momma Plus. Selain itu anda boleh mencuba dan rasakan sendiri jenis kain yang digunakan untuk anda lebih selesa memakainya. Sekiranya berada jauh, anda boleh dapatkan koleksi Big Momma Plus secara online melalui aplikasi whatsapp. Untuk lihat lebih banyak koleksi pakaian dan accesories plus size, anda boleh pergi ke Facebook dan Instagram Big Momma Plus. Jangan lupa tekan butang follow dan like untuk dapatkan harga promosi dan update terkini daripada Big Momma Plus.

bigmomma-logo

BIG MOMMA PLUS | BUTIK PAKAIAN PLUS SIZE

Telefon: 01120573788 | Link WhatsApp

Facebook Page: @bigmommaplusboutique Instagram: @plussize_bigmommaplus

Alamat: No 42-1 Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Selangor

Beli Baju Big Momma Plus Sekarang Untuk Koleksi Anda!!!

Whatsapp Layari Website

Beli Baju Big Momma Plus Sekarang Untuk Koleksi Anda!!!