Review
Feb 7, 2018, 7:43am

Belajar Perniagaan Online Secara Percuma Dengan Pakar Bertauliah


Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan.

belajar perniagaan online secara percuma

Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan.

Kelebihan Bisnes Online Berbanding Offline

1. Waktu Bisnes

Bisnes Online: Waktu perniagaan adalah tidak terhad,  24 jam seminggu pun boleh kerana website sudah diautomasikan untuk menerima sebarang tempahan pada bila – bila masa.

Bisnes Offline: Waktu perniagaan terhad. Biasanya dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang atau lewat malam.

waktu perniagaan bisnes online vs bisnes offline

2. Kos Overhead

Bisnes Online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN. Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda.

Bisnes Offline: Kos lebih besar berbanding dengan bisnes online. Antara kos yang wajib diambil kira ialah kos sewa kedai, gaji pekerja, kos pemasaran dan pengiklanan offline, bil air dan elektrik.

kos overhead pengurusan perniagaan online vs perniagaan offline

3. Lokasi

Bisnes online: Anda bebas menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja asalkan anda ada komputer/laptop, sambungan internet dan pejabat pos untuk beroperasi.

Bisnes offline: Statik. Terutamanya kalau anda membuka premis perniagaan, anda tidak boleh membawa kedai anda ke lokasi lain kecuali anda bergerak seperti stall burger, mengguna van atau motor. Cuma akan penat sedikit dan Juga jangan lupa kos minyak dan maintenance.

perbezaan lokasi kedai online dan offline

4. Modal Permulaan

Perniagaan Online: Anda bebas samada nak menyimpan stok dengan banyak atau sedikit bergantung pada permintaan. Sekiranya anda menjadi agen dropship, anda langsung tidak memerlukan stok. Dalam laman web/ blog, anda hanya perlu pamerkan gambar sahaja.

Perniagaan Offline: Anda perlu menyediakan modal yang agak besar untuk menyediakan stok di kedai anda.

modal dalam memulakan perniagaan online

5. Pekerja

Bisnes Online: Anda boleh bermula tanpa memerlukan pekerja. Namun mungkin pada masa hadapan anda kena bahagikan kerja anda juga apabila perniagaan sudah bertambah sibuk.

Bisnes Offline: Untuk bisnes offline, anda sememangnya perlu ada pekerja di premis perniagaan anda. Kalau tidak, tak berjalan dan berkembanglah bisnes anda.

keperluan pekerja bagi bisnes online

6. Pelanggan

Bisnes Online: Potensi melangkaui sempadan negara kerana pelanggan boleh datang dari mana-mana pelusuk dunia yang mempunyai kemudahan internet.

Bisnes Offline: terhad pada pelanggan di sekitar kedai sahaja, dan dijangkakan pelanggan akan berkurang pada hari bekerja.

segmen pelanggan yang diperolehi bagi perniagaan online

7. Pengiklanan dan Pemasaran

Kedai offline: Memerlukan lebih banyak pengiklanan dan pemasaran. Juga perlukan sebuah website untuk mengiklankan kedai di internet dan media sosial.

Bukti jelas menunjukkan bahawa memiliki sebuah perniagaan online sangat penting untuk memajukan dan mengembangkan sesebuah perniagaan offline.

kuasa pemasaran online mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa

8. Risiko

Untuk stabil dalam sesebuah bisnes, ia memakan masa. Apa yang kita dapat lakukan untuk mengurangkan risiko ialah bermula dari bawah. Sekiranya jualan anda tidak sebanyak yang anda target, dengan menjual secara kecil-kecilan bagi melalui bisnes online tidak akan memberi impak yang besar sehingga boleh merugikan kerana tidak memerlukan kos permulaan dan operasi yang banyak.

risiko kerugian perniagaan sangat rendah

9. Masa Untuk Keluarga

Menguruskan kedai online cukup mudah, cuma pengurusan masa yang baik sangat penting supaya anda boleh membahagikan masa di antara perniagaan dan peribadi.

masa lebih untuk peniaga online kerana boleh bekerja di mana sahaja

Gunakan Kemahiran Internet Untuk Menjana Duit Secara Online

Saya yakin rata-rata semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin dan jadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform perniagaan? Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatssap.

belajar mula berniaga online

Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan online, saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan perniagaan online dengan betul. Teruskan pembacaan hingga akhir.

Inilah Teknik Berkesan Memajukan Perniagaan Anda

Ramai usahawan yang ada duit, ada produk, tetapi tidak tahu cara memasarkannya. Ada juga yang tidak mengetahui sasaran pelanggan dan berhabis menggunakan teknik pemasaran yang tidak berkesan. Malah ada juga yang hendak belajar mengenai pemasaran, tapi kos yang dikenakan sangat tinggi. Disebabkan itu bengkel ini menjadi platform yang tepat untuk mereka mempelajari teknik pemasaran dengan betul.

belajar teknik pemasaran online yang berkesan

Mercado Academy Asia Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial Masa Kini

Mulai Februari 2018, sebagai tambahan kepada program Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, sebuah program intensif dari Mercado Academy Asia telah mula dibuka untuk pendaftaran. Program yang lebih pendek dan mesra kos untuk memenuhi permintaan semasa. Pakar perniagaan internet Ir. Wan Mohd Fauzi Bin Wan Musa akan membimbing anda dari zero ke hero dalam dunia perniagaan.

 

Belajar Perniagaan Online Secara Percuma Dengan Pakar Bertauliah

program pemasaran media sosial

Menarik tentang Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:

  1. Pakar Perniagaan Internet Ir. Wan Mohd Fauzi Bin Wan Musa sebagai pensyarah!
  2. Program mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet
  3. Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet
  4. Program separuh masa- kelas bersemuka sebulan satu kali sahaja, dan selebihnya melalui online dari rumah.
  5. Lebih 170 tip dan teknik perniagaan Internet selama program dijalankan.
  6. Tempat terhad & eksklusif – setiap kelas terhad kepada 50 peserta sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik dan tertumpu.
  7. Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama
  8. Sokongan dan coaching dari Ir. Wan Mohd Fauzi Bin Wan Musa membantu perniagaan anda berkembang di Internet.
  9. Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!

Perniagaan Online Lebih Menarik Minat Ramai

peluang belajar perniagaan online secara percuma

Dalam kekangan kewangan yang semakin ketat pada hari ini, ramai yang mencari penyelesaian terbaik dengan melakukan pelbagai pekerjaan demi menampung keperluan hidup. Salah satu penyelesaian berkenaan adalah dengan menjalankan perniagaan. Namun, hakikatnya ramai yang takut untuk menceburi bidang perniagaan kerana mempunyai risiko yang perlu ditanggung sedangkan dalam apa jua pekerjaan di muka bumi ini, risikonya tetap ada.

Berminat Belajar Perniagaan Online Secara Percuma? Di sinilah Tempatnya

teknik memasarkan perniagaan secara online

Atas dasar berkenaan, dengan mengikuti kelas anjuran Ir. Wan Mohd Fauzi Bin Wan Musa  dapat membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan tanpa sempadan ini. Walaupun begitu, ramai juga yang mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan belanja besar sehingga ribuan ringgit bagi memperoleh ilmu perniagaan. Tidak perlu risau, kerana program ini adalah percuma khas untuk anda yang benar-benar mahu mengubah hidup diri.

Pastikan Anda Mempunyai Matlamat Yang Jelas Untuk Memajukan Diri

peniaga online harus sentiasa fokus

Seseorang yang ingin berjaya harus mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Janganlah secara semborono sahaja inginkan sesuatu. Jika ingin cepat kaya, usaha yang keras, teratur dan disiplin yang tinggi perlu tanamkan dalam diri sendiri.

Jatuh Bangun Dalam Perniagaan Tetap Berdiri Teguh

Kredibiliti seseorang yang berjaya itu terhasil apabila mereka yang tidak pernah berputus asa. Kebiasaannya sebagai seorang usahawan, tiga tahun pertama adalah tapak permulaan untuk anda jatuh dan bangun semula. Anda tidak boleh terus berputus asa apabila tidak mendapat pulangan lumayan pada permulaan ini.

tak mudah mengalah sebagai usahawan online

Hampir separuh daripada peniaga ataupun usahawan yang baru bermula akan mudah berputus asa di tengah jalan. Hal ini seharusnya tidak berlaku kerana permulaan menjadi seorang usahawan setiap orang itu berbeza. Ada di antara mereka yang cepat naik dan ada juga yang berkali-kali jatuh dan bangun semula dan akhirnya mereka berjaya kerana berusaha dan tidak pernah berputus asa.

Membongkarkan Teknik Berkesan Dari Peringkat Mudah Ke Peringkat Yang Lebih Mencabar

bongkar teknik perniagaan terbaru dan mengikut trend semasa

Ya, dengan mengikuti program anjuran Ir. Wan Mohd Fauzi Bin Wan Musa beliau akan membongkarkan kepada anda tip berkesan untuk memajukan bisnes tanpa sempadan. Perniagaan online telah menjadi satu trend di Malaysia kerana rata-rata individu pada hari ini merasakan membeli secara online bukan sahaja menjimatkan masa, malah banyak kos yang boleh dijimatkan jika membeli-belah secara online. Berikutan trend semasa inilah, ramai individu tekad untuk mencuba nasib dengan memulakan perniagaan online mereka sendiri.

Rahsia Marketing Sebenar Menggunakan Platform Paling Berkesan

Terdapat banyak platform yang dapat digunakan bagi memulakan perniagaan melalui online ini, antaranya melalui Facebook, Instagram, twitter, Blog, Email, Minisite dan banyak lagi. Namun anda perlu tahu platform yang mana sesuai digunakan dan anda juga mestilah biasa dan tahu cara menggunakan platform tersebut.

pilih medium pemasaran yang anda biasa dan dekat dengan target audiencepilih medium pemasaran yang anda biasa dan dekat dengan target audience

Secara ringkasnya sebelum anda memulakan perniagaan online, pertama sekali perkara yang perlu anda lakukan adalah mengkaji terlebih dahulu produk yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi namun pasaran produk tersebut terhad.

Tunjuk Ajar Dari Zero Ke Hero Untuk Anda

coaching business online percuma

Peluang ini anda harus ambil bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi kerana ia mendatangkan keuntungan yang lumayan jika kena dengan caranya. Anda juga harus tahu bagaimana cara untuk mempromosikan produk tersebut agar pengguna mengenali produk tersebut dengan menggunakan platform-platform yang sesuai. Hari ini perniagaan Internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.

Kelebihan Belajar Perniagaan Online Bersama Ir. Wan Mohd Fauzi Bin Wan Musa

kelebihan belajar perniagaan online

1. Asas Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial

Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul. Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan untuk dijadikan “Business Based Assignment” sepanjang pengajian. Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda!

cara memulakan perniagaan online dengan pantas

2. Laman Web Yang Menjual

Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli. Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya memudahkan peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda. Elemen-elemen seperti susunan ayat, penggunaan gambar, dan perkataan-perkataan menarik emosi pelawat juga akan dikongsikan untuk memaksimakan pembeli di laman web anda dengan cara meningkatkan keyakinan pelawat membeli dari anda.

cara membina website yang menjual

3. Blog untuk Perniagaan dan SEO

Modul penting ini akan mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari seperti GOOGLE- secara percuma. Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda!

blogging untuk seo masa panjang

4. Facebook dan Pemasaran Media Sosial

Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan. Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dengan salah dalam perniagaan. Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial percuma ini.

pemasaran facebook dan media sosial

5. Analisa Perniagaan Internet

Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Berbekalkan modul terakhir ini, peserta akan dilengkapkan dengan blueprint atau pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang. Dengan kebolehan menganalisa laman web sendiri, sebarang pembaikan perniagaan Internet dapat dilakukan dengan sempurna untuk keuntungan perniagaan jangka masa panjang!

analisis perniagaan online

Siapakah Terbaik Untuk Menyertai Program Ini?

Program ini terbuka kepada pelajar, suri rumah, mereka yang sedang bekerja atau tidak, usahawan, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan pemasaran Internet dan media sosial (tiada had umur). Oleh kerana program ini fleksibel dan berformat pendidikan elektronik, ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda.

mulakan perniagaan online sekarang

Ingin menyertai? Mari belajar perniagaan online secara percuma dengan pakar bertauliah sekarang!

Ya betul, dah ramai yang berjaya menjual produk dan perkhidmatan dalam internet! Jangan risau, anda belum ketinggalan lagi untuk menjual kerana trend masa kini bahawa pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari dengan membeli melalui internet  tak kira masa dan tempat. Booking sekarang kerana tempat adalah TERHAD !

Jom Daftar Kursus Pengajian Perniagaan Online Percuma SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Daftar Kursus Pengajian Perniagaan Online Percuma SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Daftar Kursus Pengajian Perniagaan Online Percuma SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: