Review
Jun 4, 2018, 4:53pm

Belajar Menjahit dan Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah


Berapa ramai lagi surirumah yang masih lagi menjadi surirumah semata-mata selama 24 jam sehari. Mungkin hanya yang berusia dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti persekolahan anak, membayar ansuran kereta dan sebagainya. Majoriti orang sentiasa mencari pendapatan lebih untuk menampung kos hidup yang kian meningkat. Keadaan juga menjadi kian runcing kepada mereka yang telah bekeluarga. Pelbagai perbelanjaan tambahan untuk seisi keluarga boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Manakan cukup sekiranya seorang sahaja bekerja dalam sebuah keluarga.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Akaun

Disebabkan inilah ramai yang mencari pekerjaan sampingan untuk mencari rezeki lebih. Tidak kira sama ada menjadi agen menjual produk, direct selling atau sebagainya. Tetapi kebanyakan pekerjaan sampingan ini memakan masa yang banyak dan tidak sesuai dilakukan oleh mereka yang sibuk kebanyakan masa atau tidak mempunyai masa lapang yang banyak seperti golongan surirumah. Apakah penyelesaian yang terbaik untuk masalah ini? Mudah sahaja. Anda hanya perlu mencari pekerjaan dari rumah sahaja di mana anda boleh melakukan pekerjaan tersebut bila sahaja anda mempunyai masa lapang. Wujudkah pekerjaan tersebut? Walaupun nampak mustahil, tetapi setelah anda belajar menjahit bersama pihak KaylaRafy, anda mampu bergantung kepada diri sendiri untuk menerima tempahan jahitan dan mula mencari pendapatan yang lebih.

Apakah Itu Kaylarafy

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Logo

KaylaRafy adalah syarikat yang menyediakan kelas menjahit dengan harga yang murah dan mudah difahami orang yang baru hendak mula belajar menjahit. KaylaRafy ataupun nama penuhnya KaylaRafy Creation didirikan oleh seorang anak muda yang bernama Nurul Aqila bt Mohd Siri dan berpengkalan di Batu Pahat, Johor. Anak muda tersebut mendirikan KaylaRafy berdasarkan pengalamannya menjadi pereka fesyen sejak tahun 2012 lagi. Walaupun masih muda, pengasas KaylaRafy telah berjaya melakukan banyak kelas dan ramai yang sudah pandai menjahit dan memulakan perniagaan sendiri setelah menghadiri kelas tersebut.

KaylaRafy diwujudkan khas untuk menyediakan servis kelas menjahit kepada mereka yang tidak tahu menjahit. KaylaRafy tidak mendiskriminasi sesiapa yang mahu belajar tidak kira jantina, usia atau yang tiada pengalaman menjahit langsung. Semua orang dialu-alukan untuk belajar menjahit bersama KaylaRafy. KaylaRafy membuat kelas jahitan bersama pereka fesyen The Sewing Project Bridal Retail and Wholesaler. Jadi tenaga pengajar dan isi pengajaran di dalam kelas menjahit tersebut sememangnya terbaik dan dijamin mudah dipelajari.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Bentang

Kelas Menjahit Kaylarafy

Untuk anda yang tidak mengetahui, kelas jahitan KaylaRafy dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut jenis pakaian yang dijahit dan kesukaran. Semakin mudah jenis jahitan dan proses menjahit pakaian tersebut, semakin murah harga kelas jahitan tersebut. KaylaRafy memberikan harga yang sepadan dengan apa yang akan diajar kepada mereka yang pergi ke kelas menjahit KaylaRafy. Berikut adalah sedikit penerangan mengenai kelas-kelas jahitan yang disediakan KaylaRafy:

1. Basic Blouse

Blouse adalah pakaian yang sangat mudah dijahit dan dipelajari. Oleh itu, hanya 2 kelas diperlukan untuk belajar sepenuhnya cara menjahit blouse. 2 kelas ini hanya berharga RM180

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Blouse

2. Basic Skirt

Skirt juga adalah pakaian yang mudah dijahit jadi 2 kelas sahaja diperlukan untuk menguasai sepenuhnya skill menjahit skirt tersebut. Berbeza dengan blouse, skirt dibahagikan kepada 2 jenis iaitu A Line Skirt dan Mermaid Skirt. Kelas menjahit skirt hanya berharga RM150.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Skirt

3. Basic Palazo

Palazo masih lagi tergolong dalam golongan jahitan yang tidak rumit dan mudah dipelajari, jadi KaylaRafy menyediakan 2 kelas sahaja untuk menyerapkan skill menjahit Palazo kepada anda. Kelas menjahit ini hanya berharga RM160

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Palazo

4. Basic Baju Kurung

Baju kurung yang sering dipakai wanita melayu jauh lebih rumit dan memerlukan lebih masa untuk diajar kepada anda jadi 5 kelas disediakan untuk kelas ini. Harga yang dikenakan adalah RM250. Murah bukan?

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Baju Kurung

5. Basic Baju Kurung Moden

Baju kurung moden jauh lebih rumit dari baju kurung biasa dan sentiasa mempunyai trend yang tersendiri setiap tahun, jadi 6 kelas diperuntukkan dalam pakej ini. Disebabkan skill yang diterap lebih rumit dan pelbagai, RM360 dikenakan untuk kelas ini.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Kebaya

6. Basic Baju Melayu

Baju melayu adalah baju yang paling terkenal di kalangan penjahit terutama di masa Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Terdapat pelbagai jenis baju melayu yang ada di Malaysia, jadi ia mengambil masa yang lebih lama untuk diajar kepada anda. 8 kelas diperlukan sebelum semuanya dapat diajar kepada anda dan caj sebanyak RM500 dikenakan untuk sesiapa yang menyertai kelas ini.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Baju Melayu

7. Basic Jubah / Dress

Jubah dan Dress adalah yang paling rumit sekali untuk diajar kerana saiznya yang besar dan pelbagai jenis skill ukuran diperlukan sebelum sehelai jubah atau dress dapat disiapkan. Sebarang kesilapan dalam proses menjahit akan merosakkan pakaian tersebut. Jadi, ia memerlukan lebih perhatian dan skill yang rumit. RM 540 dikenakan sepanjang 9 kelas ini.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Dress

Itulah kelas-kelas yang diajar di KaylaRafy. Anda tidak perlu belajar semua sekali serentak. Lebih baik jika anda mengambil satu kelas dahulu dan berlatih sehingga mahir sebelum mengambil kelas yang lain. Anda boleh mengembangkan skill jahitan anda perlahan-lahan. Tiada orang di dunia ini yang terus mahir dalam sesuatu perkara tanpa latihan yang cukup. Kepada anda yang menyertai kelas jahitan KaylaRafy, anda bertuah kerana tenaga pengajar KaylaRafy adalah seorang pereka fesyen dan mampu memberikan anda pelbagai tips terkini da hebat yang mampu membantu anda setelah anda mula menerima tempahan jahitan di kemudian hari.

Kaylarafy Menyediakan E-Book Untuk Anda

Mungkin anda tidak dapat mengingati setiap jenis ukuran dan pola baju yang diajar di dalam kelas atau anda sudah tahu menjahit dan cuma ingin mengetahui pola pakaian terkini. Anda boleh melanggan e-book dari KaylaRafy di mana setiap jenis pola asas pakaian disediakan untuk anda dengan harga yang murah. KaylaRafy kini memberi anda e-book tersebut dengan harga 15 sahaja setelah diberi diskaun. Harga asal e-book tersebut adalah RM39. Jadi, cepat-cepatlah beli e-book ini sekarang.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Basic

belajar menjahit dan Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Ebook

Testimoni Pelanggan E-Book

Kelas yang hebat ini telah disertai oleh ramai orang dan ramai yang berpuas hati dengan kelas yang disediakan. Berikut adalah beberapa testimony yang ada.

Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah Testimoni

Sertai Kelas Menjahit Kaylarafy Sekarang Untuk Belajar Menjahit Dari Rumah

Belum terlambat untuk anda menyertai kelas menjahit KaylaRafy sekarang dan menjana pendapatan anda dari rumah sekarang. Walaupun anda tidak bercadang untuk menerima tempahan, anda masih boleh belajar untuk menjahit pakaian anda sendiri. Anda tidak akan pernah rugi sekiranya anda menambah skill yang ada pada diri anda terutama skill yang sangat berguna seperti skill menjahit ini. Siapa tahu ini adalah sumber pendapatan utama anda pada masa akan datang bukan? HUBUNGI KaylaRafy menggunakan maklumat di bawah. Selamat Berjaya.

kayla belajar menjahit dari rumah

KAYLA RAFY | BELAJAR MENJAHIT DARI RUMAH
Hubungi
: Tekan untuk Telefon (011-27844897) | Tekan untuk Whatsapp
Facebook : KaylaRafy Creation
Instagram : @kaylarafycreation
Website : http://www.lazada.com.my/kaylarafy-/
Email : kaylarafycreation@gmail.com

Alamat:
No 23, Jalan Kencana 1A/2,Pura Kencana, Sri Gading, 83000, Batu Pahat,Johor

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: