Motivasi
Feb 19, 2013, 3:50pm

Belajar Menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional


Alhamdulillah segala pujian tertentu hanya bagi Allah Azza Wa Jalla. Dalam usaha peningkatan kualiti hidup Allah memberi peluang kepada diri PH untuk memimpin Kelab Teknologi Komputer di ADTEC Melaka. Hampir seratus lebih pelajar yang berada di bawah kepimpinan PH. PH yakin semua ini datangnya dari Allah, pasti ada hikmah disebalik perlantikan tersebut walaupun pada mulanya PH menolak dengan sekeras-kerasnya. Tapi apa boleh buat, semuanya dikira berdasarkan undian.

pemimpin

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pemimpin walaupun cuma organisasi yang kecil, tidak kira apa sahaja jawatan kamu, ketua perwakilan pelajar, ketua kadet, ketua pengawas sekolah atau ketua kelas sekalipun. Bagi PH, bila kita diberi sesuatu jawatan itu bermakna orang percayakan kita dan orang mahu kita lakukan sesuatu yang baru iaitu transformasi dari pelbagai perspektif.

Perkara Wajib Pemimpin Perlu Belajar

Seorang pemimpin perlu ada sifat kepimpinan. Kepimpinan disini ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir dan bertindak dengan cara-cara tertentu. Seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan.

Pemimpin juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan organisasi. Banyak yang PH membaca bagaimana untuk menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional. Antara aspek yang penting untuk menjadi seorang pemimpian adalah dari segi mentaliti, moraliti dan kemasyarakatan. Apakah ia penting? Ya ! ia adalah sangat penting, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan 3 Aspek Wajib Seorang Pemimpin.

Mentaliti

Keberanian atau kesungguhan dalam memimpin
Mempunyai inisiatif atau tindakan yang lain
Mempunyai kreativiti bagaimana untuk menggerakkan organisasi,

Moraliti

Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
Sikap positif dan terbuka.
Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

Kemasyarakatan

Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

InshaAllah jika kita ada sifat di atas dan ikhlaskan hati kerana Allah Taala pasti semuanya akan jadi baik-baik sahaja. Mungkin pembaca ada yang ingin berkongsi bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik dan profesional ? Silakan.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: