Review
Nov 21, 2018, 5:38am

Belajar Kelas Mekap Professional Dan Berkesan Pada Harga Murah


Shares285

Wanita dengan mekap memang tidak dapat dipisahkan lagi kerana sejak azali lagi para wanita ini sangat bertepatan dengan perkara yang cantik dan kerana itu adalah tidak mustahil mengapa wanita ini cenderung untuk menjaga penampilan diri terutama untuk wajah. Lumrah wanita sukakan kecantikan demi untuk berasa lebih yakin dengan diri sendiri malah kecantikan ini jugalah yang menjadi antara aset utama untuk menarik rasa sayang daripada orang lain.

kelas mekap secara profesional

Kecantikan asli yang ada jika di beri sedikit sentuhan dengan gaya konsep mekap yang betul akan mampu menyerlahkan identiti tuan empunya diri tetapi sayangnya masih ada di kalangan wanita ini yang tidak tahu apakah cara sebenar yang patut dilakukan untuk mencantikkan rupa paras masing-masing supaya tampak lebih feminin, ayu dan jelita.

kelas asas mekap yang betul

Sekiranya anda juga dari kalangan wanita yang kurang arif dengan kemahiran mekap ini, jangan sedih dan jangan resah kerana saat ini telahpun ada beberapa pihak yang sudi tampil untuk menjadi pengajar bagi memperbetulkan cara dan konsep untuk menata rias wajah anda itu. Antara pihak yang sudi untuk mengajar dan membantu anda dengan ilmu mekap cara yang betul dalam bentuk pembelajaran secara langsung ini adalah MAKE UP AND GROOMING CLASS AKAK JELITA.

kelas grooming dan mekap akak jelita

MakeUp And Grooming Class Akak Jelita Menampilkan Tenaga Pengajar Yang Bertaraf Profesional

Bagi anda yang masih belum mengenali siapakah Akak Jelita ini, nama asal beliau yang sebenarnya adalah Yatie Ali dan beliau merupakan seorang individu yang sangat arif di dalam bidang grooming ini. Pengalaman beliau yang sangat banyak di dalam bidang grooming ini juga telah berjaya membariskan namanya setanding dengan juru mekap profesional lain di luar sana sehinggakan sering kali diupah untuk menjadi perunding gaya dan penata rias wajah oleh pelbagai pihak dari masa ke semasa sejak dulu sehingga kini.

sertai kelas mekap akak jelita

Dengan kata semangat “ Setiap Wanita Wajib Jelita “, Puan Yatie Ali yang juga merupakan pengasas untuk jenama produknya sendiri yang bernama HD Beaute Cream by Yatie Ali Exclusive Enterprise bersama dengan gelaran utamanya sebagai Akak Jelita ini telah menanam azam dari awal untuk cuba menolong para wanita di luar sana dengan sedaya upaya agar setiap mereka yang berdaftar sebagai peserta dengan cara mengikuti kelasnya ini akan dapat menimba sebanyak ilmu yang boleh untuk terus dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

muncul di kaca tv

Sesuai dengan kehendak para peserta yang amat menginginkan penampilan baru yang lebih cantik itu , Puan Yatie Ali yang mesra di sapa dengan panggilan ‘akak’ ini akan membimbing para peserta secara terus dengan menunjuk cara yang betul ke atas diri peserta itu sendiri berbanding dengan menggunakan model semata-mata. Secara tidak langsung para peserta ini bukan hanya dapat melihat kesan perubahan yang akan terhasil sebaliknya akan turut faham dengan lebih jelas tatacara penggunaan produk mekap dengan kaedah yang betul untuk setiap produk mekap yang harus digunakan ke atas wajah.

ilmu solekan yang betul

Sambil bantu mengajar cara dan teknik penggunaan yang betul itu, Puan Yatie Ali juga tidak henti memberikan pelbagai tips dan info yang boleh dijadikan panduan tatkala sedang menggunakan setiap produk itu dengan sendirinya nanti. Dalam masa yang sama beliau juga tidak lokek untuk berkongsi cara untuk mengatasi masalah kulit bagi mana-mana peserta yang memerlukannya dan sambil bercerita tentang produk yang sesuai beliau juga turut menyelitkan tips bagaimana untuk menutup cela pada wajah dengan cara yang paling sempurna dan berkesan.

teknik makeup mengikut tema

Penggunaan Teknik Makeup Yang Betul Sangat Berkesan Untuk Menjelmakan Kecantikan Sebenar Wajah

Mekap tidaklah bermakna perlu meletakkan pelbagai warna di wajah sebaliknya gaya mekap yang paling tepat adalah tatkala berjaya menjelmakan seri keaslian wajah yang sebenar secara natural. Penggunaan mekap ini kadangkalanya juga sering di salah tafsir dengan menganggap yang ianya adalah untuk memberi penipuan ilusi untuk menjadikan wajah yang kurang sempurna kepada sangat menawan sedangkan kehendak sebenar tujuan mengenakan mekap itu adalah untuk menjelmakan kecantikan semulajadi si empunya diri untuk ditonjolkan dengan cara yang betul bagi menambahkan keyakinan diri supaya lebih berani untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana.

kelas kecil supaya fokus

Turut Diajar Cara Memilih Dan Menggayakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Bentuk Tubuh

Para peserta bukan hanya berpeluang untuk belajar tentang teknik yang betul untuk mencantikkan wajah sebaliknya akan turut mendapat ilmu yang baru berkaitan dengan gaya pemakaian juga.

teknik pemilihan gaya atau grooming

Kesimpulannya antara topik yang akan dikongsikan melalui kelas tersebut adalah :

  • Tutorial mekap yang boleh menjelmakan kecantikan sebenar anda persis seperti seorang artis
  • Perkongsian tips dan info berkaitan jenis dan gaya mekap yang sesuai dengan sesuatu majlis atau tempat yang akan dihadiri.
  • Pemilihan warna pakaian baju wanita yang tepat dengan warna baju pasangan dalam sesuatu tema majlis
  • Pemilihan warna tudung atau hijab yang sesuai supaya sepadan dengan warna pakaian yang akan dikenakan.
  • Tutorial teknik pemakaian tudung yang unik dan menarik supaya tampak lebih anggun dan elegen sesuai dengan bentuk wajah sendiri
  • Pemilihan kasut dan handbag yang tepat mengikut sesuatu suasana dan lokasi majlis atau tempat.
  • Pemilihan aksesori tambahan yang betul untuk menyerlahkan lagi rupa dan gaya pakaian yang telah dipilih
  • Perkongsian bagaimana untuk memadankan warna pakaian dan warna mekap yang betul supaya tidak nampak keterlaluan di pandangan mata orang lain

wanita patut hadir kursus grooming dan makeup akak jelita

Belajar Sambil Kenal Rakan Baru Dalam Suasana Yang Seronok Dan Selesa

Meluangkan masa dengan menghadiri kelas mekap dan grooming sebegini teruatama yang diadakan oleh Akak Jelita sememangnya merupakan satu peluang yang amat baik untuk digunakan. Bayangkanlah betapa gembiranya para wanita ini kerana dapat mengutip ilmu berserta menambah kenalan baru. Sambil belajar cara untuk mencantikkan wajah sambil berbual dengan rakan baru di sebelah untuk lebih merapatkan lagi ikatan ukhwah yang mula terjalin.

kelas grooming dan makeover yang tidak bosan

Makin bertambah seronok dengan penampilan rupa kelas itu sendiri yang sangat exclusive dengan dekorasinya yang sangat cantik dan kemas. Ternyata pihak Akak Jelita benar-benar berusaha untuk memberikan servis yang terbaik termasuk menyediakan suasana pembelajaran yang sangat memuaskan. Tapi awas! Jangan digunakan peluang emas sebegini untuk aktiviti membawang pula.

suasana pembelajaran yang kondusif

Kelas Bertaraf Exclusive Dengan Harga Yuran Yang Sangat Murah Dan Berbaloi

Meskipun segalanya tampak exclusive namun hakikat yang harus anda percaya, harga yang telah ditetapkan untuk menjadi salah seorang peserta yang layak untuk MakeUp & Grooming Class ini hanyalah RM120 seorang sahaja dan hanya dengan bayaran semurah itu anda akan dapat menuntut ilmu sepenuhnya tentang mekap dan grooming sebanyak yang mungkin secara terus daripada Puan Yatie Ali itu sendiri secara profesional.

kelas makeup untuk wanita dewasa

Dibuka Untuk Para Wanita Dari Usia 25 Sehingga 48 Tahun

Usia yang diterima untuk menjadi salah seorang peserta pula adalah di dalam lingkungan umur 25 sehingga 48 tahun dan jika anda salah seorang yang berada di dalam kumpulan umur ini maka anda sememangnya layak untuk ikut serta bagi menambahkan ilmu berkaitan mekap dan grooming di dalam diri anda itu. Tiada istilah sudah terlambat dek kerana telah berkahwin, mempunyai anak, mempunyai cucu dan sebagainya. Sebaliknya untuk menuntut ilmu sebegini masih sentiasa boleh asalkan anda bijak untuk merebut peluang yang sedang terbuka luas di depan mata.

peluang belajar makeup secara face2face dengan pakar

Sebahagian Dari Para Peserta Yang Telah Berjaya

anta peserta seminar dress up dan makeup

Ingin Tampil Cantik Dengan Teknik Makeup Yang Betul? Sertailah Kelas MakeUp And Grooming Class Akak Jelita Sekarang! 

Kurang ilmu boleh ditambah denggan pembelajaran tetapi sila pastikan yang anda dapat mempelajari sesuatu ilmu itu daripada guru yang layak dan jika mahukan ilmu yang berkaitan dengan mekap dan grooming, Akak Jelita adalah calon guru yang terbaik. Untuk tampil cantik adalah hak untuk setiap wanita dan tiada sesiapa yang boleh menghalang anda untuk tampak cantik setiap masa asalkan anda tahu tahap batasannya agar tidak keterlaluan. Apa yang sedang di tunggu lagi? Segera hubungi Akak Jelita sekarang untuk mendaftarkan diri sebelum slot tersebut penuh!

sertai kelas grooming terbaik di selangor

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran dan sebagainya , sila hubungi pihak yang terlibat secara terus di :

MAKEUP AND GROOMING CLASS AKAK JELITA
Hotline: Tekan untuk telefon (016-3155084)  | Tekan untuk Whatsapp
Facebook: Akak Jelita
Instagram: @akakjelita
Website: www.akakjelita.com

Alamat:
Yatie Ali Exclusive Enterprise
No. 17-2, Jalan Impian Perdana 1,Saujana Impian, Kajang Selangor

Sertailah Kelas MakeUp And Grooming Class Akak Jelita Sekarang! 

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Sertailah Kelas MakeUp And Grooming Class Akak Jelita Sekarang! 

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Sertailah Kelas MakeUp And Grooming Class Akak Jelita Sekarang! 

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: