Review
Feb 8, 2018, 9:27am

Bekam Wanita Di Melaka Untuk Kesihatan Dan Kecantikan


Shares144

Bekam merupakan satu amalan tradisional yang diamalkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia. Amalan ini melibatkan pengunaan cawan yang telah dikeluarkan udaranya untuk menghasilkan ruang udara bertekanan rendah (menghasilkan sedutan atau ruang separa vakum), dan diletakkan di atas permukaan kulit.

amalan berbekam adalah amalan sunnah

Dalam erti kata yang mudah di fahami, bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Pusat Perubatan Islam SNZ dan Bekam Wanita di Melaka

Dengan diberi jaminan masalah anda dapat diatasi dengan izin Allah apa jua masalah tidak dapat diselesaikan cara moden. Menjadi tumpuan masyarakat dan orang ramai dari segala bangsa semuanya berpuas hati berterima kasih kepada Pusat Perubatan Islam dan Bekam SNZ yang terletak di Batu Berendam, Melaka. Dengan mengunakan Ilmu tidak dijampi serapah tipu muslihat, tidak menggunakan sebarang benda alat atau objek yang ditegah Hukum Syarak, hanya berserah kepada Allah s.w.t, berikhtiar, berdoa berusaha dengan izinNya.

bekam sunnah di melaka

Pusat Perubatan Islam dan Bekam Wanita Di Melaka

Pusat Perubatan Islam dan Bekam SNZ mengesan, menyelesaikan masalah atau penyakit dengan tepat dan cepat. Semua orang berpuas hati. Sikap bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas serta tidak mungkir janji dan tidak menghampakan orang ramai yang meminta pertolongannya dengan ikhlas. Pusat Perubatan Islam dan Bekam SNZ sedia menolong apa jua masalah anda samaada berat atau ringan. Selain menyediakan khidmat bekam SNZ juga menyediakan khidmat perubatan islam dan ianya adalah ‘khas’ untuk wanita sahaja.

mobile spa bekam sunnah di melaka

Bekam Untuk Kesihatan Wanita

Jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya. Pusat Perubatan Islam dan Bekam SNZ juga ada menyediakan khidmat bekam untuk kecantikan. Bekam kecantikan adalah satu kaedah berbekam darah dibahagian muka untuk lelaki dan wanita bagi merawat kulit bermasalah serta resdung dan dalam masa yang sama juga melancarkan aliran darah dibahagian muka supaya kelihatan awet muda. InsyaAllah tiada parut dan lebam yang serius semasa mendapatkan rawatan bekam dari pihak mereka.

pakej berbekam sunnah di melaka

Bekam Untuk Kecantikan Wanita

Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah. Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat. Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor. Pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.

berbekam wanita di melaka untuk kecantikan muka

Proses Berbekam Yang Tidak Menyakitkan Badan di SNZ

Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah. Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah. Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan.

proses berbekam angin

Kebaikan Bekam Bagus Untuk Menaikkan Seri Wajah

Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin. Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala.

bekam untuk menaikkan seri wajah wanita

Faedah Dan Tujuan Berbekam Lebih Untuk Kesihatan Diri

Tujuan berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang dipercayai boleh memudaratkan serta untuk mengurangkan risiko mengalami gejala-gejala buruk yang boleh menyebabkan penurunan tahap kesihatan.

Bekam Dipercayai Dapat Membantu:  

  • Mengeluarkan bahan toksin dan cecair berlebihan  
  • Melonggarkan tisu-tisu yang telah melekat  
  • Mengangkat tisu perantara connective tissue)  
  • Mempertingkatkan pengaliran darah dalam otot dan fascia  
  • Merangsang sistem saraf periferi

tujuan berbekam untuk wanita

Faedah Berbekam :

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

Bekam Dapat Mengurangkan Sympton Kesakitan Badan

Mekanisme keberkesanan bekam adalah dipercayai melalui kesan counter-irritaion dan detoksifikasi. Walaubagai manapun, masih tiada ujian saintifik yang dijalankan untuk menguji teori keberkesanan bekam ini. Terdapat beberapa keputusan kajian yang menggalakkan mengenai keberkesanan bekam, dan terdapat pengarang yang merumuskan bahawa rawatan bekam berkesan untuk mengurangkan symptom dan kesakitan.

bekam wanita di melaka

Bekam dapat membantu dalam rawatan pelbagai jenis penyakit. Walaubagai manapun, ia tidak boleh menyembuhkan sesuatu penyakit. Sebaliknya, ia sekadar membantu mengurangkan simptom/kesan dan mengawal penyakit tersebut, iaitu sebagai rawatan pelengkap kepada rawatan standard. Bekam juga diamalkan sebagai rawatan pelengkap kepada amalan-amalan lain seperti urut, dan kebiasaanya, pengamal akan membekalkan ramuan herba untuk diambil oleh pelanggan selepas menerima rawatan bekam.

Rawatan Berterusan Bekam Dapat Menguatkan Sistem Dalaman Badan

Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

berbekam secara berterusan dapat menyihatkan badan

Pusat Perubatan Islam SNZ di Melaka

Sambutan terhadap rawatan alternatif bercorak rawatan Islam mahupun tradisional di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan. Pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya pengubatan berasaskan doa-doa atau ayatayat al-Qur’an yang disebut “rawatan Islam,” pengubatan homeopathy, pengubatan aura (reiki), pengubatan berasaskan warna (terapi warna), pengubatan berasaskan herba dan lain-lain. Selain menyediakan khidmat berbekam, SNZ juga merupakan Pusat Rawatan Islam untuk wanita di Melaka.

pusat rawatan islam di melaka

Perubatan Islam SNZ Sebagai Jalan Kedua Selepas Ikhtiar Di Hospital / Klinik

Dalam tempoh yang terdekat ini, didapati bahawa pengubatan yang bertunjangkan “rawatan Islam” semakin berkembang dan tumbuh dengan pesat serta mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat. Situasi ini meletakkan pusat rawatan alternatif Islam SNZ semakin diterima sebagai medium untuk rawatan penyakit selain peranan hospital atau klinik kesihatan.

pusat rawatan alternatif islam melaka

Pusat Perubatan Islam SNZ Berlandaskan Al-quran di Melaka

Penting untuk mengetahui aspek latar belakang pengasas pusat rawatan alternatif Islam serta jenis rawatan serta bentuk rawatan yang ditawarkan agar benar-benar mengikut lunas syariat Islam berpandukan kepada kefahaman terhadap al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW. Pusat Perubatan Islam SNZ dipercayai adalah benar dan berlandaskan al-Quran dalam mengubati pesakitnya. Terdapat tiga kategori di Pusat Perubatan Islam SNZ jalankan iaitu terapi Ruqyah, bekam dan juga rawatan masalah gangguan seperti santau, gangguan dan lain-lain.

pusat rawatan berlandaskan al-quran

Perkhidmatan bekam, ia merupakan perkhidmatan yang jarang ditawarkan di pusat-pusat rawatan Islam. Pusat rawatan yang menyediakan perkhidmatan mengubati masalah gangguan mistik, masalah psikologi dan fizikal biasanya tidak menyediakan khidmat bekam oleh kerana sudah terlalu sibuk melakukan rawatan. Tetapi di SNZ, mereka melakukan kedua-dua khidmat iaitu bekam dan perubatan gangguan kepada pesakitnya terutama wanita.

Elakkan Rawatan Songsang Seperti Bomoh Boleh Memudaratkan Keadaan Pesakit

Para pesakit perlu celik dan peka dengan perawat dan suasana dalam pusat rawatan yang dikunjungi bagi memastikan bahawa kelayakan sebagai perawat Islam yang bebas daripada amalan perbomohan yang menyimpang atau penggunaan jin sebagai pembantu dalam rawatan. Sedangkan dalam Islam, hal tersebut jelas dilarang. Dari itu, disarankan kepada anggota masyarakat agar bijak dalam menilai serta memenuhi lunas-lunas syara’ dalam mencari kesembuhan.

elakkan perubatan bomoh

Ini tidak lain agar dapat melalui ujian Allah SWT berupa penyakit dan musibah dengan cemerlang. Biarlah kesembuhan itu datangnya dari redha Allah SWT dan bukannya dari jin. Tidak boleh sama sekali berubat dengan perkara yang meragukan. Apatah lagi cuba dirawat oleh jin. Jika ditanya mana-mana pesakit di pusat rawatan alternatif Islam, nescaya tidak akan ada seorang pesakit pun yang suka dirawat oleh jin.

Pusat Perubatan Islam SNZ Menggunakan Kaedah Ruqyah, Doa Dan Zikir

Pusat rawatan Islam SNZ menggunakan kaedah ruqyah, doa-doa dan zikir dalam rawatan. Inilah teknik yang paling popular dalam bidang rawatan Islam. Al-Quran bukan sahaja menjadi rujukan pelbagai bidang, malah panduan utama umat Islam tersebut juga digunakan sebagai perawat kepada penyakit dalaman dan luaran yang sukar dirawat melalui kaedah perubatan moden. Bukan sahaja ayat-ayat al-Quran tetapi potongan hadis berbentuk doa dan zikir Rasullullah juga digunakan sebagai ayat Ruqyah (pengubat) untuk tujuan seumpama itu.

rawatan islam secara rukyah dan ayat suci alquran

Maka kaedah perubatan Islam sering digunakan sebagai jalan terakhir selepas para pesakit gagal menemui penawar kepada penyakit yang dihidapi mereka. Malah para pegawai perubatan yang buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah pesakit mereka akhirnya diserahkan kepada kaedah rawatan Islam sebagai ikhtiar terakhir.

Rawatan Yang Dijalankan Di Pusat Perubatan Islam Dan Bekam SNZ

Pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang sejajar dengan permintaan dan perhatian masyarakat awam. Antara rawatan yang dijalan di Pusat Perubatan Islam dan Bekam SNZ :

Terapi Ruqyah

Terapi ruqyah adalah kaedah rawatan oerubatsn islam menggunakan bacaan ayat2 suci Al quran membantu merawat pesakit yang mengalami masalah penyakit atau masalah gangguan spritual.

Bekam Sunnah

Bekam sunnah adalah bekam point Rasulullah saw. Yang titik titik bekam ini mampu melegakan penyakit dan juga simptom2 gangguan pada tubuh pesakit yang mengalami masalah sihir.

Bekam Awet Muda

Bekam untuk mengeluarkan darah kotor pada wajah pesakit, toksin dan angin berlebihan disekitar wajah.

rawatan bekam untuk kesihatan dalaman wanita

Bekam Penyakit

Bekam penyakit adalah bekam titik2 penyakit pada tubuh badan pesakit seperti penyakit darah tinggi ,kencing manismbuah pinggang yang membantu melegakan penyakit pesakit tersebut serta mencegah penyakit kronik lain.

Urutan Aromaterapi

Urutan aromaterapi ,urutan lembut bagi mengurangakan tekanan pada badan pelanggan dan memberi keselesaan.

Urutan Lepas Bersalin

Urutan untuk ibu ibu selepas melahirkan ia juga didatangkan dengan pakej lengkap ini lepas bersalin seperti bertungku,sauna,sengkak,dan juga mandian bayi

Rawatan Masalah Gangguan (Sihir Saka Santau)

Rawatan ini untuk pesakit pesakit yang mengalami masalah gangguan spritual, mencegah dan merawat, ia juga untuk membantu pesakit yang ingin tahu masalah pada diri mereka.

Rawat Rumah Dan Premis Perniagaan

Rawatan rumah dan kedai ini bertujuan untuk membantu pelanggan2 yang baru memasuki rumah atau kedai atau membantu pelanggan yang mengalami masalah gangguan spritual dikediaman dengan bacaan ayat Al-quran.

Testimoni Pelanggan Di Pusat Perubatan Islam Dan Bekam SNZ di Melaka

testimoni rawatan bekam wanita di melaka (1) testimoni rawatan bekam wanita di melaka (2) testimoni rawatan bekam wanita di melaka (3)

Segeralah Berubat Dan Berbekam Untuk Elak Perkara Tidak Diingini

Jika anda mencari perubatan islam dan tempat berbekam terutama para wanita yang tinggal di melaka, bolehlah datang ke sini. InshaAllah mereka mahir dalam mengubat dan berbekam.

pusat rawatan sunnah SNZ di melaka

Jom Booking Untuk Buat Bekam Wanita SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

PPR Sungai Putat 75350 Bt. Berendam, Melaka

   
Jom Booking Untuk Buat Bekam Wanita SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Booking Untuk Buat Bekam Wanita SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: