Review
Sep 21, 2017, 5:23pm

Barber Shop Terbaik Di Shah Alam Hanya Dari RM5


Adakah anda mahu kelihatan tampan ala Brad Pitt atau Justin Timberlake, atau inginkan kelihatan kemas dan menawan ala-ala atlet bola atarabangsa seperti Christiano Ronaldo, tetapi anda tidak tau bagaimana? Semua ini adalah bagaimana anda menggayakan rambut anda dan bagimana anda menampilkan perwatakan anda kepada orang ramai. Di zaman kini ramai anak muda dan juga bagi mereka yang sudah berumur pun gemar menggayakan rambut mereka mengikut gaya yang tersendiri.

Barber Shop Terbaik Di Shah Alam

Bermacam-macam jenis gaya rambut yang anda boleh cuba untuk menampilkan diri anda yang sebenarnya, tapi tahukah anda macam mana hendak membuatnya? Paling-palingpun ada mestilah ke kedai barber shop yang boleh menggayakan rambut tersebut untuk anda. Tapi di mana ya anda boleh jumpa barber shop yang boleh berikan anda stail rambut yang terbaik dan mantap dan anda akan kelihatan awesome?

Di sini kita akan memperkenalkan satu-satunya barber shop yang terbaik di Shah Alam dengan harga potongan rambut bermula dari RM5 sahaja. Murah bukan! Di mana kedai tersebut dan adakah ia barber shop yang terbaik di Shah Alam? Mari kita lihat.

Machines Barber Shop Terbaik Di Shah Alam Hanya Dari RM5

Memperkenalkan kedai gunting rambut atau barber shop Machines Barber Shop di Shah ALam. Dimiliki oleh anak-anak Malaysia iaitu Doc dan Abok The Barber. Kedua-dua mereka telah menubuhkan kedai gunting rambut Machines Barber Shop yang kian lama mendapat sambutan ramai daripada orang-orang di Shah Alam dan juga orang-orang yang berdekatan. Servis dan perkhidmatan mereka cukup profesional tetapi boleh didapati dengan harga yang murah bermula dari RM5 sahaja. Sebut sahaja apakah gaya rambut yang anda hendak, inshaAllah akan memenuhi permintaan anda. Yang penting sekali, sebut betul-betul ya anda nak gaya rambut yang macam mana supaya Abok The Barber dapat fokus ya.

Kedai Barber Shop Terbaik Di Shah Alam

Mari kita perkenalkan dengan lebih detail tentang Abok The Barber ini. Beliau seorang yang pendiam dan berasal di Pulau Pinang dan beliau terangkan bahawa beliau memang pandai menggayakan rambut ala-ala hipster, moden, latest seperti mana yang akan diperkenalkan dalam artikel ini sebentar lagi, tetapi gunting rambut yang mengikut piawaian sekolah. Oleh itu, anak-anak tidak perlu risau sebab Abok memang pandai menggayakan rambut anda dan akan menjadikan anda awesome dan tampan bergaya.

Kenali Jenis-Jenis Stail Rambut Yang Anda Boleh Cuba Di Barber Shop Di Shah Alam Ini

Anda pasti hendak menggayakan rambut anda ala-ala artis terkenal masa kini tak kira artis tempatan atau antarabangsa, tetapi adakah anda mengenali stail-stail rambut yang digunakan pada masa kini? Mari kita lihat antara beberapa stail-stail rambut yang anda boleh cuba di barber shop terbaik di Shah Alam ini.

Barber Shop Di Shah Alam

Buzz Cut – stail rambut ini adalah bak kata orang paling low maintenance, hanya minta tukang gunting rambut anda untuk memotong rambut anda sengan sekata dan sependek-pendeknya (bak kata orang potong guna mesin). Misalnya sekiranya anda hendakkan buzz cut yang terpendek sekali, minta potong rambut mesin nombor 1.

Barber Shop Murah Di Shah Alam

Crew Cut – stail rambut ini dahulunya merupakan stail dan fesyen rambut tentera dan pasukan uniform kerana prnampilan yang kemas dan mantap dan pada masa yang sama mengekalkan rambut yang cukup pendek. Memang nampak sesuai pada setiap jejaka, ini kebiasaannya dibuat dengan memotong rambut menggunakan mesin di tepi rambut dan menggunakan gunting di bahagian atas. Ini akan membuatkan sedikit rambut yang tidak begitu pendek di atas kepala anda dan akan bertambah pendek sekiranya dilihat dari atas kepala ke dasar kepala anda. Memang kemas dan handsome.

Barber Shop Mahal Di Shah Alam

French Crop – rambut stail ini seakan-akan crew cut terapi sesua untuk orang yang berambut lurus kerana bahagian depan rambut dibuat fringe. Mungkin tidak sesuai bagi beberapa orang terutama sekali bagi yang rambut kerinting, tetapi anda boleh mengggunakan sedikit pomade untuk mengsetkan rambut anda sebegini rupa.

Barber Shop Terbaik Di Shah Alam

Pompadour – Gaya rambut ini mengekalkan rambut yang panjang di atas kepala yang mana anda boleh sikat ke belakang untuk menampakkan jambul yang tinggi di atas kepala. Ini adalah salah satu stail rambut yang tradisional yang tidak luput usia. Menggunakan wax atau pomade adalah wajib untuk mengekalkan rambut bentuk pompadour ini. Untuk stail yang lebih moden, pendekkan rambut di bahagian tepi untuk kemasan yang maksimum.

Side Part – stail rambut ini sesuai untuk anda kelihatan seperti gentleman dan biasanya digunakan untuk tampak kemas dan bergaya terutama sekali pada majlis-majlis formal. Seperti namanya, gunakan sikat untuk belah rambut di tepi pada sati bahagian. Setkan rambut tersebut dengan pomade atau wax dan anda akan kelihatan awesome.

Barber Shop Terbaik Di Shah Alam

Rambut Spiky – ini adalah satu stail rambut yang cukup popular di zaman 90’an dan kini trend rambut sebegini telah mendapat perhatian semula. Caranya senang sahaja, dengan rambut yang dipotong pendek, hanya letakkan wax atau pomade di rambut anda secara sekata dan gunakan jari-jemari anda untuk membentukkan spikes di rambut anda.

Rambut Kerinting – setengah orang datang dengan rambut kerinting dengan semuljadi. Kebiasaannya tidak ada apa yang boleh dibuat kecuali menjaganya dengan membirkan rambut tidak terlalu panjang untuk mendapat kekemasan rambut yang mantap dan bergaya.

Kesemua gaya rambut di atas adalah bagi jejaka yang berambut pendek. Terdapat juga pelbagai gaya rambut yang lain yang tidak dinyatakan di dalam artikel ini, dan pada masa yang sama ada juga gaya-gaya rambut bagi mereka yang berambut panjang seperti: slick back hair (rambut disikat dibelakang), side part pompadour, long curly hairstyle, ponytail, shoulder length hair dan sebagainya. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia kini lebih menggemari rambut pendek yang boleh distailkan supaya dapat dijaga dengan senang dan baik dan juga senang bagi anak-anak menggayakannya di sekolah tapa kena tangkap dengan guru disiplin. Betul kan?

Servis-Servis Yang Ditawarkan Oleh Machines Barber Shop Terbaik Di Shah Alam

Memang menjadi idaman lelaki untuk kelihatan tampak handsome, awesome, kacak dan anggun bergaya, dan tampak kemas dan menawan. Dan satu-satunya cara untuk mendapatkan aura yang handsome tu adalah penggayaan rambut yang terkini, up to date dan trendy. Jangan malu-malu untuk merubah diri anda dengan gaya rambut yang lain daripada yang lain. Berikut adalah servis-servis yang ditawarkan oleh Machines Barber Shop, Barber Shop Terbaik Di Shah Alam.

Harga Bagi Servis Machines Barber Shop

Gunting rambut dewasa – RM15
Gunting rambut remaja – RM10
Gunting rambut kanak-kanak – RM5
Shave / Cukur – RM5

Jom Ke Machines Barber Shop Terbaik Di Shah Alam Dari RM5

Sekiranya anda ingin mencari kedai gunting rambut atau barber shop terbaik di Shah Alam dengan harga potongan rambut hanya darI RM5, ada tidak perlu mencari jauh-jauh lagi. Machines Barber Shop akan memastikan potongan rambut yang kemas, berfesyen dan tampak kemas untuk anda. Rambut anda ibarat mahkota bagi lelaki, dan jika anda ingin kelihatan awesome dan handsome, jangan tunggu-tunggu lagi, segeralah ke Machines Barber Shop sekarang!

Waktu Perniagaan:
Isnin hingga Sabtu: 10 pagi – 10 malam
Ahad: 10 pagi – 6 petang

 

Jom dapatkan lokasi Machine Barbershop SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Lot 10453  (Car Wash), Jalan Bunga Tanjung Kg, Baru HICOM, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor.

   
Jom dapatkan lokasi Machine Barbershop SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan lokasi Machine Barbershop SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: