Review
Sep 30, 2017, 9:28am

Baju Readymade Bercorak Batik Canting Yang Perlu Anda Miliki


Lambakan variasi baju di pasaran kini membuktikan bahawa permintaan fesyen dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Namun , untuk mendapatkan pakaian mengikut corak klasik secara siap yang ringkas dan selesa mungkin agak sukar. Justeru itu , kemunculan pakaian yang memenuhi permintaan ramai menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh setiap penggemar fesyen dan pakaian. Tidak kira corak dan jenis fabrik yang ditampilkan , apa sahaja yang menarik pasti akan menjadi buruan peminat fesyen.

batik canting

Misalnya koleksi batik yang telah diberi nafas baharu. Koleksi ini sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan kemas dan berbeza ketika menghadiri apa jua majlis dan aktiviti santai. Batik mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan semakin menjadi perhatian orang ramai apabila fabrik tersebut sering dikomersialkan dengan meluas di media sosial dan televisyen.

Kerajaan juga turut serta dalam mengkomersialkan batik kerana batik adalah warisan unik rakyat Malaysia yang semakin pudar di kalangan remaja kerana proses pembuatan yang rumit dan memerlukan teknik yang tinggi. Disebabkan perkembangan fesyen tempatan yang pantas dan semakin terkenal , sesetengah jenama mula mengambil peluang untuk memperkenalkan lagi rekaan busana ataupun aksesori yang mengetengahkan batik sebagai tema terutamanya batik canting.

Apakah Beza Batik Canting Dengan Yang Lain?

batik canting malaysia

Terdapat beberapa jenis batik yang wujud di dunia seperti batik canting , batik blok , batik skrin dan batik pewarnaan asli. Batik blok dan batik pewarnaan asli berbeza dengan batik canting kerana kaedah pembuatannya yang berbeza. Batik canting menggunakan canting yang merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki.

proses batik canting

Manakala batik blok dan batik pewarnaan asli pula menggunakan kaedah lain yang menggunakan sistem yang hampir serupa dengan mesin mencetak yang mana corak yang sama dapat dihasilkan berulang kali dengan sedikit perbezaan cara. Batik canting lebih unik daripada yang lain kerana batik canting dilukis dengan tangan dan tiada yang sama dapat dihasilkan di dunia . Ia sama seperti potret terkenal Mona Lisa di mana walaupun banyak versi dihasilkan selepas kemunculan potret original , tiada yang dapat menyamakan seperti yang asal sepenuhnya. Batik canting juga boleh dilukis mengikut kehendak pelanggan tanpa masalah tidak seperti batik yang lain.

Guzel Couture Enterprise Menampilkan Baju Readymade Bercorak Batik Canting

Demi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat kepada baju yang bertema batik , Guzel Couture Enterprise menampilkan corak batik yang eksklusif dan menyediakan pelbagai pilihan buat golongan wanita , lelaki mahupun kanak-kanak yang gemar menggayakan batik dengan pelbagai gaya pada harga mampu milik. Guzel Couture Enterprise juga unik kerana mereka menggunakan batik canting untuk koleksi pakaian mereka.

corak batik canting
Guzel Couture Enterprise adalah syarikat perusahaan batik yang sudah beroperasi melebihi 5 tahun di mana pada mulanya hanyalah sebuah perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan secara rumah ke rumah , laman sesawang dan juga di pejabat . Akan tetapi , dengan usaha gigih dan galakan dari rakan-rakan serta pelanggan tetap mereka , Guzel Couture Enterprise berjaya menempatkan diri di kalangan perusaha-perusaha besar batik di Malaysia pada hari ini.

Setiap helaian batik hasil Guzel Couture Enterprise mempunyai kepelbagaian warna dan corak yang berbeza bagi memenuhi dan memastikan kepuasan pelanggan . Kualiti batik yang dihasilkan oleh Guzel Couture Enterprise hanyalah yang terbaik daripada yang terbaik. Disebabkan itulah , Guzel Couture Enterprise berjaya menembusi pasaran negara dan terus menerima permintaan ramai sehingga ke hari ini.

Apakah Yang Membuatkan Guzel Couture Enterprise Istimewa?

contoh batik canting

Guzel Couture Enterprise sentiasa berimpian untuk memberi peluang kepada golongan lelaki dan wanita memiliki batik yang telah menjadi identiti rakyat Malaysia. Mereka juga menyasarkan penjualan batik dengan harga mampu milik serta terjamin dari segi kualiti mahupun bahan yang digunakan dalam penghasilan produk batik yang dijual. Selain itu , Guzel Couture Enterprise juga berharapan bahawa mereka dapat membantu menaik taraf ekonomi negara dengan menjual batik yang bermutu tinggi .

Dengan semangat yang sebegini , sudah pastilah kualiti pakaian yang anda beli daripada Guzel Couture Enterprise terjamin. Bagaimana Guzel Couture Enterprise sentiasa mengekalkan mutu corak mereka? sudah pastilah dengan kajian dan risikan mengenai corak yang menjadi ‘trend’ terkini pada setiap masa oleh sekumpulan pakar fesyen yang professional dan berpengalaman. Dengan usaha yang diletakkan oleh Guzel Couture Enterprise , batik yang dihasilkan mereka sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak mengira usia dan jantina.

canting batik elektrik

Selain itu , Guzel Couture Enterprise adalah syarikat perusahaan batik yang terkenal di negara ini. Ramai yang membeli daripada mereka sama ada miskin , kaya , tua ataupun muda. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa produk yang dihasilkan Guzel Couture Enterprise luar dari kebiasaan yang menyebabkan mereka lebih terkenal daripada jenama yang lain. Jika tidak , mana mungkin masyarakat Malaysia akan memberi pengiktirafan kepada mereka. Malahan ,

Guzel Couture Enterprise juga mendapat perhatian daripada pihak akhbar dan disebut di dalam artikel akhbar Metro pada awal Jun bahawa Guzel Couture Enterprise sememangnya sentiasa memenuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan pakaian batik menggunakan bahan yang bermutu tinggi dan sering memberikan nafas segar dalam industri corak batik.

Apa yang paling penting mengenai Guzel Couture Enterprise adalah mereka menggunakan batik canting sebagai keistimewaan mereka. Seperti yang disebut saya di atas , batik canting adalah unik dan lebih rumit daripada batik yang lain. Jadi , sudah tentulah hasilnya akan menjadi lebih baik dan unik daripada batik yang lain. Dengan usaha gigih pihak Guzel Couture Enterprise , walaupun proses pembuatan batik mereka lebih rumit dan kompleks daripada jenama lain , Guzel Couture Enterprise sentiasa dapat memenuhi citarasa dan permintaan pelanggan mereka.

batik canting terengganu

Guzel Couture Menawarkan Baju Readymade Bercorak Batik Canting

Guzel Couture Enterprise hanya menyediakan yang terbaik dan tidak kurang dari itu. Biasanya , batik yang dijual oleh Guzel Couture Enterprise terdiri daripada bahan kain pasang serta baju ‘readymade’ yang menyasarkan golongan lelaki , wanita dan kanak-kanak. Bagi memastikan mutu yang tinggi , Guzel Couture Enterprise mengupah pereka batik yang amat professional dalam memastikan corak batik yang dihasilkan oleh mereka sentiasa segar dan memukau setiap mata yang memandang. Setiap helaian batik yang dihasilkan mempunyai kepelbagaian warna serta corak yang berbeza untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan yang maksima.

batik canting hartati

batik canting indonesia

batik canting tool

Walaupun Guzel Couture Enterprise menyediakan baju ‘readymade’ , anda tidak perlu risau tidak menjumpai corak yang sesuai yang sesuai dengan anda kerana Guzel Couture Enterprise mempunyai ratusan corak berbeza pada saiz yang berbeza untuk memenuhi permintaan pelanggan. Anda fikir Guzel Couture Enterprise  sama sahaja dengan jenama yang lain? jadi mari saya mengingatkan anda bahawa Guzel Couture Enterprise  menggunakan batik canting yang dihasilkan menggunakan tangan dan unik daripada batik yang lain.Jadi , kewujudan Guzel Couture Enterprise sememangnya unik dan lain daripada yang lain daripada jenama lain. Boleh dikatakan bahawa corak yang anda lihat di Guzel Couture Enterprise hanya ada di situ sahaja dan tidak ada di tempat lain.

batik tjanting tool

Selain menyediakan pakaian ‘readymade’ dan menjual pakaian batik kepada individu , Guzel Couture Enterprise juga ada menyediakan khidmat perundingan bagi mana-mana organisasi yang mahukan corak tersendiri kerana Guzel Couture Enterprise mempunyai pereka fesyen batik yang professional.

Dapatkan Baju Readymade Bercorak Batik Canting SEKARANG !

Beli batik buatan Guzel Couture Enterprise dan miliki corak batik kegemaran anda pada harga yang berpatutan dan pada kualiti yang setanding dengan jenama antarabangsa. Mengikut saranan kerajaan yang sentiasa mempromosikan batik buatan tempatan , rakyat Malaysia seharusnya memiliki sekurang-kurangnya sehelai batik untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghidupkan kembali legasi pembuatan batik di Malaysia.

pengenalan batik canting

Lagipun , batik sesuai dipakai di mana-mana acara atau majlis dan selesa untuk dipakai tidak kira masa. Malah , ada yang lebih gemar menjadikan pakaian batik sebagai pakaian harian kerana keselesaan tersebut dan corak yang cantik dipandang. Jadi , perbelanjaan anda untuk membeli batik tersebut sangat berbaloi.

batik canting kelantan

Kepada yang ingin membeli batik buatan Guzel Couture Enterprise , anda boleh membeli secara atas talian ataupun berhubung terus dengan pihak Guzel Couture Enterprise untuk pembelian. Ataupun lebih baik anda mengunjungi sendiri kedai yang dimiliki Guzel Couture Enterprise untuk melihat dan menilai sendiri corak batik yang anda ingini. Boleh dikatakan bahawa kunjungan anda tidak akan disudahi dengan penyesalan kerana Guzel Couture Enterprise sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan dan citarasa anda.

Batik buatan Guzel Couture Enterprise  adalah antara pakaian batik harus milik untuk setiap penggemar batik di Malaysia. Jadi , jangan lepaskan peluang ini dan segera membeli batik Guzel Couture Enterprise  kerana batik buatan mereka adalah unik dan anda pasti akan menyesal sekiranya batik yang menarik di mata anda dibeli orang lain. Untuk menghubungi Guzel Couture Enterprise, anda boleh menggunakan maklumat yang dibekalkan di bawah . Sekian dan selamat memiliki batik impian anda.

 

Jom tempah baju kurung batik SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom tempah baju kurung batik SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom tempah baju kurung batik SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: