Umum
Sep 30, 2012, 5:03pm

BAJET 2013 : Faedah Kepada Pelajar Dan Belia


  •  
  •  
  •  
  •  

BAJET 2013 Рpasti ramai yang sudah maklum dengan intipati BAJET 2013. Sebenarnya dalam banyak-banyak tahun ini merupakan tahun pertama PH menonton perbentangan BAJET 2013 sehingga tamat. Walaupun ramai sahabat cakap menonton BAJET 2013 adalah buang sama dan itu semua adalah politik semata-mata. Sebenarnya mereka silap. Dalam setiap BAJET, pasti ada kepentingan dan faedah untuk semua lapisan rakyat malaysia.

BAJET 2013

Berkenaan BAJET 2013 yang menarik untuk dipetik adalah “Orang berjaya sentiasa berfikiran positif dan melihat BAJET 2013 sebagai peluang manakala orang tidak berjaya akan terus mencari kesalahan. Orang politik pembangkang pastilah akan terus membangkang dan politik menyokong akan terus menyokong. Kita pula mesti pandai mencari peluang” Jadi disini PH sebagai seorang pelajar dan belia ingin mengulas faedah dan keburukan Bajet 2013 kepada pelajar dan belia.

MATLAMAT INTIPATI BAJET 2013

BAJET 2013 menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 Bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada KESEJAHTERAAN RAKYAT dan pembangunan negara. Agak-agak berapa Bilion Ringgit peruntukan kepada Pelajar dan Belia ?

Sebelum itu BAJET 2013 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Apakah intipati BAJET 2013 dapat capai matlamatnya ? iaitu MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT : SEBUAH JANJI DITEPATI. Jawapan itu ada ditangan anda.

FAEDAH BAJET 2013 KEPADA PELAJAR

PINJAMAN PTPTN – Diskaun Pinjaman PTPTN sebanyak 20% bagi penyelesaian sekali gus bagi 30 September 2012 sehingga 30 September 2013. Manakala Diskaun Pinjaman PTPTN sebanyak 10% setahun bagi bayaran pinjaman secara konsisten.

BAJET 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN – Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 5.

BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA – Nilai Baucar Buku 1 Malaysia ditambah dari RM200 kepada RM250. Baucar buku disediakan kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingakatan 6.

BAJET 2013

SKIM INSURAN PELAJAR SEKOLAH – Perlindungan Insuran pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

BAJET 2013

FAEDAH BAJET 2013 KEPADA BELIA

REBAT ONE-OFF RM200 PEMBELIAN TELEFON PINTAR – Rebat sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan kepada golongan BELIA yang berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan kurang RM3000.

BAJET 2013

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2) – Bantuan TUNAI RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 dan kebawah.

BAJET 2013

PH sebagai seorang pelajar dan belia amat setuju dengan faedah bajet 2013 dan rasa kurang bersetuju dengan faedah yang diberikan antaranya adalah REBAT ONE-OFF RM200 PEMBELIAN TELEFON PINTAR dan DISKAUN PINJAMAN PTPTN. Apakah faedahnya ? Sejumlah RM300 juta diberikan kepada belia hanya semata-mata untuk menggalakan penggunaan telefon pintar dan ekonomi dapat berkembang ? Daripada Bagi Duit Beli Phone, Lagi Baik Bagi Duit Beli Rumah !

Bagi diskaun pinjaman PTPTN pula PH tidak bersetuju kerana diskaun cuma diberikan kepada pinjaman PTPTN. Bagaimana pula dengan kami pelajar kemahiran yang menggunakan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ? Kami juga mahu diskaun !

ProfHariz : Bagi yang kurang jelas dengan Intipati BAJET 2013 anda boleh muat turun Teks Ucapan Bajet 2013 dengan penuh. Dan melihat apakah faedah kepada diri anda !