Review
Apr 29, 2019, 7:15pm

Baiki Laptop Murah di Selangor , Windows dan OS Macbook


Shares515

Komputer atau laptop merupakan satu alat yang penting pada masa kini. Sama seperti peralatan lain, laptop juga memerlukan penjagaan yang baik. Tambahan pula dengan penggunaan internet, tempat atau datangnya punca masalah bagi laptop. Jadi apakah langkah terbaik bagi menjaga laptop? Di sini saya sediakan beberapa langkah asas terbaik bagi menjaga komputer anda supaya ia tahan lama dan mengekalkannya pada prestasi yang terbaik.

Baiki Laptop Murah di Selangor (5)

Kalau Tak Nak Laptop Cepat Rosak Tolong Beri Perhatian Pada 6 Perkara ini :

  1. Pasang Antivirus

Baiki Laptop Murah di Selangor (4)

Ini adalah salah satu punca utama komputer cepat rosak dan merupakan perisian pertama yang anda perlu ada pada computer anda. Virus, malware atau adware selalunya datang dari internet atau dari pemacu denyar (flashdrive). Virus yang agresif boleh menyebabkan sistem operasi dan juga perkakasan komputer anda rosak. Biasanya virus, malware dan adware datang dari laman sesawang lucah, fail dimuat turun dari laman sesawang torrent ataupun dari perisian muat turun P2P. Cara terbaik mengelakkan virus adalah dengan mengelakkan dari memuat turun fail dari sumber yang tidak dikenali.

  1. Kemas Kini Sistem Operasi Window

Baiki Laptop Murah di Selangor (1)

Kadang kala perisian terbaru memerlukan kemas kini dari Window bagi membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan sempurna. Kemas kini juga membaiki masalah lain yang terdapat pada Window. Dengan kemas kini, komputer anda akan bebas dari masalah dan prestasi komputer juga akan bertambah. Fungsi ini terdapat pada Windows Update.

  1. Lakukan Penyelenggaraan

Baiki Laptop Murah di Selangor Macbook (3)

Lakukan penyelenggaraan seperti DiskDefragmenter setiap bulan. Ini bagi mengurangkan tahap tekanan cakera keras anda. Disk Defragmenter akan menyusun data-data yang anda selalu guna bagi membolehkan data diambil dengan cepat dengan tekanan yang rendah. Saya cadangkan anda menggunakan perisian AVG PC TuneUp di mana perisian ini akan menjalankan segala kerja penyelenggaraan secara automatik atau berjadual. Pemacu Keadaan Pepejal (Solid State Drive – SSD) tidak memerlukan penyelenggaraan dari Disk Defragmenter.

  1. Elakkan Panas

Baiki Laptop Murah di Selangor Windows (4)

Elakkan meletakkan komputer anda di tempat yang panas atau tempat yang terdedah secara terus kepada matahari. Panas merupakan musuh utama komputer. Komputer yang terlalu panas akan menyebabkan perkakasan di dalam komputer rosak atau tidak tahan lama. Masalah panas juga boleh disebabkan oleh lubang penyejuk yang tersumbat dengan habuk, kipas yang tidak berfungsi atau lubang udara yang tertutup – apabila anda menggunakan komputer di atas tilam atau bantal misalnya.

  1. Jaga Kebersihan Laptop

Baiki Laptop Murah di Selangor Untuk Pelbagai OS (4)

Bersihkan habuk yang terdapat di dalam komputer anda paling kurang setiap enam bulan sekali. Habuk bukan sahaja menghasilkan caj statik, malah ia juga boleh menghalang laluan angin dan menyebabkan perkakasan komputer menjadi cepat panas. Tempat utama yang penting adalah adalah pada kipas dan besi penyerap haba.

  1. Gunakan Pelindung Lonjakan

Baiki Laptop Murah di Selangor Untuk Pelbagai OS (3)

Lonjakan (spike) merupakan pembunuh utama komputer. Ia datang sama ada dari kilat ataupun dari sistem pendawaian yang tidak sempurna. Biasanya kabel palam berkualiti tinggi pada komputer mempunyai fius dan hanya sesuai menangkis lonjakan kecil. Anda memerlukan pelindung lonjakan yang paling kurang mampu menangkis lonjakan dari kilat.

Macam Mana Nak Tahu Laptop Dalam Keadaan Baik?

Baiki Laptop Murah di Selangor Macbook (2)

Komputer atau laptop yang baik adalah laptop yang mempunyai masa boot yang paling pantas dan boleh berfungsi dengan lancar tanpa hang. Kebanyakan orang hanya tahu menggunakan laptop tanpa tahu menjaganya. Bagi memastikan komputer anda berjalan lancar, kerja-kerja penyelangaraan komputer paling mustahak di lakukan terutama yang melibatkan penyelengaraan HD dan aplikasinya.

Tahukah Anda, Laptop Anda Pun Perlu Di Servis?

Baiki Laptop Murah di Selangor Windows (1)

Laptop juga seperti kereta perlu servis bila sampai masanya kerana:

  • Mengelak kerosakkan motherboard (Laptop tak dapat hidup), jika berlaku kos untuk perbaiki amat tinggi. Mari elak sebelum terjadi.
  • Overheat (cepat panas / Autoshutdown tiba-tiba) yang menganggu kerja anda.
  • Laptop perlu di servis seelok-eloknya setiap 6 bulan bagi memastikan laptop sentiasa berada dalam keadaan baik. (Setahun 2 kali)
  • Servis laptop bermaksud membersihkan habuk tebal pada kipas laptop, motherboard dan menggantikan thermal paste baru

Atau Anda Ada masalah perlu REPAIR seperti:

Baiki Laptop Murah di Selangor Untuk Pelbagai OS (6)

  • Masalah motherboard / Tak boleh ON
  • Tak ada display
  • Keyboard tak berfungsi
  • Screen LCD crack
  • Fan berbunyi
  • Windows not active (not Genuine)
  • Nak upgrade RAM (gambar 4) / Windows / GPU / HDD / SSD
  • Mencari Data (file / gambar / dokumen) lama / hilang

MR FIX Kedai Baiki Laptop Murah Di Selangor  

Baiki Laptop Murah di Selangor Windows (2)

Bagi anda yang mengalami masalah dengan komputer (PC / laptop) yang amat slow, hang, kena virus dan sebagainya. Apa kata hantar repair ke Mr Fix Bangi. Mr Fix Bangi menyediakan perkhidmatan format atau baik pulih komputer anda dengan harga yang MURAH!

Perkhidmatan Repair Laptop Mr Fix Bangi Dijamin Puas Hati

Baiki Laptop Murah di Selangor Windows (3)

Mr Fix sedia membantu dalam memberi perkhidamtan baiki (repair), servis, format dan apa jua masalah laptop atau Macbook anda. Tenaga kerja mereka sangat mahir dalam membetulkan apa jua masalah laptop termasuk laptop window OS Macbook.

Harga Repair Laptop/Macbook Mr Fix Terendah Yang Sukar Didapati Di Tempat Lain

Baiki Laptop Murah di Selangor Untuk Pelbagai OS (2)

Inilah salah satu sebab mengapa kedai Mr Fix Bangi sentiasa dipenuhi pelanggan. Bila bercakap mengenai harga rata-rata pelanggan inginkan harga repair yang murah tapi hasil kerja yang berkualiti. Disebabkan itulah Mr Fix Bangi sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan yang nak repair laptop/Macbook. Harga yang ditawarkan oleh Mr Fix Bangi sangat murah berbanding harga repair di kedai lain.

4 Sebab Utama Kenapa Anda Kena Repair Laptop/Macbook Di Mr Fix Bangi

Anda perlu menggunakan perkhidmatan Mr Fix Bangi kerana mereka mempunyai pelbagai kelebihan dan dapat memberikan anda pelbagai servis yang amat memuaskan hati. Antara kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda menggunakan servis Mr Fix Bangi adalah :

  1. Menawarkan Servis Repair Macbook Dan iMac

Baiki Laptop Murah di Selangor Untuk Pelbagai OS (1)

Rata-rata pengguna iMac dan Macbook menghadapi kesukaran untuk membaiki kerosakan peranti mereka kerana tak banyak kedai yang menawarkan servis untuk model tersebut. Pilihan yang ada hanya authorized servis center di mana harga yang dikenakan adalah sangat tinggi berbandng harga yang mereka tawarkan. Jadi, anda boleh repair Macbook dan iMac anda dengan harga yang murah di Mr Fix Bangi

  1. Harga Yang Murah Dan Berpatutan

Baiki Laptop Murah di Selangor Macbook (1)

Setiap perkhidmatan repair yang dilakukan mempunyai harga yang jauh lebih murah daripada kedai – kedai repair laptop yang lain. Malah, ada perkhidmatan yang diberikan secara percuma tanpa cas tersembunyi. Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda tidak mahu membaiki laptop anda selepas mereka troubleshoot laptop anda kerana mereka tidak mengenakan sebarang cancellation fee.

  1. Servis Yang Berkualiti

Baiki Laptop Murah di Selangor (3)

Servis yang diberikan juga dijamin berkualiti dan tidak akan mengecewakan anda. Mr Fix Bangi mempunyai technician yang professional dan juga berpengalaman dalam membaiki laptop. Anda juga akan mengetahui masalah laptop anda sebelum ia dibaiki agar anda boleh membuat keputusan untuk membaiki laptop anda ataupun tidak.

  1. Alat Ganti Original

Baiki Laptop Murah di Selangor (6)

Alat ganti yang digunakan adalah dijamin original meskipun harga yang ditawarkan adalah rendah. Hal ini kerana Mr Fix Bangi kepuasan hati pelanggan dan juga mahu memberikan perkhidmatan bertaraf lima bintang kepada pelanggan – pelanggan mereka. Laptop anda juga tidak akan mudah rosak setelah dibaiki di Mr Fix Bangi

Ramai berpuas hati dengan servis dari Mr Fix Bangi, Lihat testimoni:

Baiki Laptop Murah di Selangor Untuk Pelbagai OS (5)

Baiki Laptop Murah di Selangor Macbook (4)

Baiki Laptop Murah di Selangor (2)

Nak Dapatkan Servis Baiki Laptop Terbaik Terus Ke Mr Fix Bangi Sekarang!

Mr Fix Bangi | Servis Baiki Laptop Terbaik
Hotline : Tekan Untuk Call (019-9100531) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : MRFIX Bangi – Smartphone & Macbook Repair Specialist

Alamat :
Jalan 7/7a, Seksyen 7, Bangi, Selangor 43650

Jom dapatkan servis baiki laptop SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom dapatkan servis baiki laptop SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan servis baiki laptop SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: