Insurans
May 21, 2018, 9:53am

Bahaya Tentang Sakit Perut Sebelah Kiri


Sakit pada bahagian bawah kiri perut merupakan sakit yang dihadapi oleh ramai orang pada hari ini. Rasa sakit pada bahagian perut seringkali menyebabkan banyak rutin harian terganggu.

Sakit Perut Sebelah Kiri Inflamasi

Meskipun kebanyakan rasa sakit pada perut biasanya adalah rasa sakit biasa,namun rasa sakit di perut juga boleh menjadi salah satu gejala penyakit yang serius, terutamanya rasa sakit perut sebelah kiri. Perkara ini tidak seharusnya di anggap remeh kerana ia mungkin menjadi tanda atau simptom awal bagi penyakit yang berbahaya. Oleh itu mari kita lihat penyebab sakit perut sebelah kiri agar anda lebih peka terhadap kesihatan anda,

Sembelit

Sakit Perut Sebelah Kiri Najis

Sering kali disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi memudahkan pergerakan usus dalam sistem penghadaman dan membantu dalam membuang air besar.

“Bowel Obstruction”/Usus Tersumbat

Sakit Perut Sebelah Kiri Usus

Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak menyebabkan isi usus anda terhalang dan anda tidak dapat membuang air besar. Selain sakit perut sebelah kiri atau sakit perut di bahagian lain, anda juga akan mengalami rasa mual, muntah dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman akibat halangan di usus anda. Antara perkara yang boleh menyebabkan ini berlaku ialah pembedahan pada masa lalu dan angin pasang. Perkara ini adalah kecemasan yang perlu dirawat oleh pakar pembedahan. Pemeriksaan seperti X-ray digunakan untuk mendapat diagnosis ini.

Batu Karang

Sakit Perut Sebelah Kiri Batu Karang

Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing. Sakit ini juga berdenyut-denyut. Air kencing anda juga mungkin mempunyai kesan darah. Cara mengatasi sakit perut ini adalah dengan ubat yang mengendurkan saluran di buah pinggang. Jika batu karang tersebut kecil, ia boleh terkeluar dengan sendirinya melalui saluran kencing. Jika batu karang tersebut besar, anda mungkin perlu menjalani pembedahan kecil untuk memudahkan batu karang tersebut keluar.

Jangkitan Buah Pinggang/Jangkitan Air Kencing

Sakit Perut Sebelah Kiri Buah Pinggang

Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan tersebut akan membuat anda rasa penat, demam dan menggigil. Anda juga mungkin lebih kerap ke bilik air atau rsa sakit semasa kencing. Air kencing juga mungkin berbuih dan mungkin mempunyai kesan pendarahan. Anda memerlukan ubat demam dan antibiotik bagi membunuh jangkitan. Jangkitan air kencing boleh dikesan dengan memeriksa air kencing anda.

Sakit Otot

Sakit Perut Sebelah Kiri Appendiks

Perut dan pinggang mengandungi banyak jenis otot. Otot-otot tersebut kemungkinan sakit selepas bersenam atau mengangkat berat yang diluar kebiasaan anda. Sakit otot boleh diuji dengan cara memicit otot yang sakit tersebut. Sakit otot boleh dilegakan dengan ubat tahan sakit dan menyapu minyak angin di kawasan tersebut. Rehat juga penting dalam proses pemulihan.

Barah/Kanser Buah Pinggang

Sakit Perut Sebelah Kiri Ginjal

Selain sakit perut sebelah kiri, seorang yang menghidapi kanser buah pinggang juga akan mengalami pendarahan air kencing, turun berat badan secara mendadak. Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mempunyai kanser, anda akan dirujukkan kepada doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan seperti imbasan CT, ultrasound dan lain-lain. Rawatan kanser berbeza mengikut tahap kanser tersebut. Antara rawatan kanser adalah pembedahan, terapi radio, kemoterapi dan rawatan melegakan sakit.

Jangkitan Selepas Pembedahan

Sakit Perut Sebelah Kiri Hospital

Antara risiko pembedahan adalah jangkitan kuman di bahagian pembedahan. Anda akan demam dan sakit di bahagian jangkitan tersebut. Jika jangkitan ini berlaku, anda akan diberi antibiotik untuk membunuh kuman. Jika terdapat nanah di bahagian jangkitan, jangkitan tersebut mungkin perlu dibuang dengan cara menyedut jangkitan atau pembedahan.

Angin Pasang

Sakit Perut Sebelah Kiri Sakit Belakang

Angin pasang atau “hernia” adalah keadaan di mana organ dalaman terkeluar dari kandungan di dalam perut. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah pembedahan kerana ia melemahkan lapisan dalam perut yang mengandungi organ-organ tersebut. Kaum lelaki juga menghadapi risiko lebih tinggi berbanding dengan kaum perempuan. Mengangkat berat yang keterlaluan juga membawa kepada peratusan yang tinggi untuk menghidap angin pasang.

Sakit Tulang Rusuk

Sakit Perut Sebelah Kiri Sakit Otot

Anda mempunyai 12 pasangan tulang rusuk dan tulang rusuk kesebelas dan kedua belas berada di dalam kawasan abdomen(perut). Sakit yang berpunca dari tulang rusuk boleh menyebabkan anda rasa sakit perut sebelah kiri atau kanan. Tulang ini boleh mengalami kesakitan jika mempunyai retakan atau terlanggar. Ubat tahan sakit boleh melegakan rasa sakit tersebut. Jika sakit tidak reda walaupun sudah mengambil ubat, pemeriksaan lebih teliti oleh doktor diperlukan.

“Diverticulitis”

Simptom Sakit Perut Sebelah Kiri

Usus besar di dalam perut berbentuk paip di mana dindingnya adalah sejenis otot. Kadang-kala, dinding usus ini akan membentuk saku atau kantung yang dipanggil “diverticula”. Apabila saku ini menghadapi jangkitan, anda akan rasa sakit perut dan mungkin juga demam. Cara mengatasi sakit perut ini adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cukup minum air.

Punca Sakit Perut Sebelah Kiri Bagi Wanita

Bagi pihak wanita, soalan yang sering ditanya berkenaan dengan hamil. Contoh soalan adalah adakah sakit perut sebelah kiri bawah tanda hamil atau adakah sakit perut sebelah kiri atasa pada wanita membimbangkan. Terdapat dua kondisi bagi wanita yang perlu diketahui:

Kandungan Di Luar Rahim

Sakit Perut Sebelah Kiri Mengandung

Jawapan kepada soalan yang sering juga ditanya adalah adakah sakit perut sebelah kiri bawah tanda hamil ialah ini adalah satu kemungkinan dan satu kecemasan yang bahaya adalah kandungan di luar rahim juga dikenali sebagai “ectopic pregnancy”, anda akan merasa sakit apabila zigot tertanam di luar rahim seperti di bahagian perut lain, ovari atau tiub Falopian .

Jika anda hamil, haid anda akan terhenti. Kadungan di luar rahim boleh menyebabkan anda merasa sakit perut sebelah kiri atas pada wanita atau bawah atau juga di sebelah kanan. Anda juga mungkin mengalami pendarahan, sakit bahu. Perkara ini merupakan kecemasan kerana boleh menyebabkan pendarahan yang kritikal. Malangnya, apabila kandungan di luar rahim terjadi, kandungan anda tidak boleh diselamatkan. Anda mungkin diberi ubat atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan kandungan tersebut.

Penyakit Radang Pelvis

Sakit Perut Sebelah Kiri Organ

Penyakit ini merupakan jangkitan organ wanita seperti rahim, ovari dan tiub Falopian. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria termasuk jangkitan secara seksual seperti gonorrhae dan chlamydia. Antara tanda-tanda penyakit ini adalah sakit perut, demam, sakit apabila membuang air kecil, keputihan dan berasa penat. Jika anda bimbang anda menghidapi penyakit ini, anda perlu berjumpa doktor untuk melalui pemeriksaan. Antibiotik boleh diberi untuk menangani jangkitan ini.

Sekiranya anda menghidapi salah satu daripada penyakit-penyakit di atas, sydah semestinya kos rawatan memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, anda seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa peka dengan simptom awal penyakit.

Namun, kadangkala malang tidak berbau dan anda seharusnya menyediakan payung sebelum hujan.

Takut Dengan Kos Rawatan Yang Mahal? Anda Tak Perlu Risau Lagi.

Sakit Perut Sebelah Kiri Wang

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Sakit Perut Sebelah Kiri Kad Medikal

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: