Review
Dec 3, 2017, 8:17pm

Bagaimana Stokin Vken Berfungsi Untuk Mengurangkan Sakit Gout


  •  
  •  
  •  
  •  

Pernah dengar tentang gout?  Tahu tak bahawa gout adalah sejenis artritis, iaitu sejenis penyakit sendi?  Tahu tak gout bukan penyakit orang tua, malahan boleh menyerang orang muda juga?  

sakit-gout

Gout juga bukan penyakit orang kaya, ia boleh menyerang pelbagai golongan manusia.  Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun tetapi jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Gout adalah antara penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Punca Sakit Gout Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit Gout berpunca dari kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan.  Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan manusia semasa proses penghadaman (pemecahan) sejenis protein yang dipanggil purin.  Purin terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan. Badan kita membuang asid urik melalui air kencing. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

asid-urik-punca-gout

Asid urik biasanya tidak berbahaya kepada kesihatan tetapi parasnya yang tinggi dalam tubuh manusia oleh menyebabkan beberapa penyakit, antaranya ialah gout, batu karang dan buah pinggang gagal berfungsi.  Apabila paras asid urik dalam darah terlalu tinggi, anda akan berasa sakit pada beberapa bahagian sendi tubuh, antaranya lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari.

sakit-gout-kaki

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki dan menyebabkannya bengkak, merah, panas dan berasa sangat sakit.  Serangan biasanya berlaku secara tiba-tiba dan berlarutan berhari-hari, malah boleh menjangkau tempoh 1 hingga 2 minggu sekiranya tidak dirawat.  Setelah dirawat dengan ubat atau suntikan, gout masih boleh menyerang kembali.

Pengidap gout biasanya turut mengalami masalah kesihatan yang lain seperti kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan hiperlipidemia.

Cegah Sakit Gout Anda Sebelum Parah

cara-mencegah-gout

Oleh kerana gout disebabkan oleh paras asid urik yang tinggi, ia boleh dicegah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi purin.  Di antara makanan yang tinggi dengan kandungan purin adalah:

  • Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, ginjal, otak
  • Ikan bilis, kembung dan sardine
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (contoh – Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti udang, ketam dan kerang

Selain dari mengetahui dan mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purin, penyakit gout juga boleh dicegah dengan cara:

penjagaan-kesihatan-elak-gout
  • Jaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan tubuh badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Elak minuman beralkohol
  • Amal cara hidup yang sihat untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan gout seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi
  • Minum air secukupnya, 2-3 liter sehari bergantung kepada berat badan.  Lebih berat badan anda, lebih banyak air yang perlu diminum
  • Bersenam.  Lakukan senaman secara konsisten, sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari.

Rawat Penyakit Gout Secara Semulajadi Tanpa Sebarang Kos

Tak dinafikan cara paling cepat untuk menghilangkan kesakitan dan kesan penyakit gout adalah dengan mengambil suntikan dan ubat-ubatan.  Tetapi banyak juga bahan semula jadi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan kesan penyakit gout.  Jom baca lagi untuk mengetahui bagaimana bahan semula jadi dapat membantu merawat penyakit gout.

penawar-gout-semulajadi

1. Halia –  mempunyai sifat anti radang yang boleh mengurangkan sakit dan keradangan yang disebabkan oleh gout.

2. Cuka epal cider – penawar yang biasa bagi kebanyakan penyakit seperti perut berasid dan pening.  Diambil dengan mencampurkan beberapa titik dalam segelas air.

3. Soda penaik – membantu mengurangkan asid urik dalam badan dan menyingkirkan kesan gout.  Namun tidak sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit darah tinggi.

4. Jus lemon – vitamin C dalam lemon dapat mengurangkan asid urik dalam badan.

5. Ceri – mengandungi bahan antioksida yang boleh melawan keradangan dan kesakitan yang diakibatkan oleh gout.

6. Garam Epsom – kaya dengan sumber magnesium yang boleh menghalang tekanan darah tinggi. Antioksida yang terkandung dalam garam Epsom boleh merawat keradangan dan mengurankan kesakitan yang disebabkan oleh gout.

7. Pisang – potasium dalam pisang membantu menukar asid urik kepada bentuk cecair yang akhirnya dikumuhkan melalui air kencing.  Vitamin C dalam pisang menghalang keradangan dan rasa sakit.

8. Epal – asid malik dalam epal meneutralkan asid urik dalam darah dan membantu menghalang keradangan dan sakit.

9. Arang teraktif – menyerap asid urik dalam darah.

10. Air sejuk – membantu merawat sakit dan keradangan pada kulit akibat gout.

11. Serbuk halia, halba dan kunyit – campurkan 1 sudu teh setiap bahan ini ke dalam 200 ml air panas dan minum 2 kali sehari  untuk mengurangkan gout, kesannya boleh dilihat selepas lebih kurang seminggu

12. Nanas – mengandungi bromelain yang bersifat antikanser dan merawat keradangan.

13. Jus bit – ambil segelas jus ubi bit setiap hari untuk mengurangkan sakit akibat gout.

14. Biji saderi – kaya dengan bahan antioksida yang membantu mengurangkan sakit gout.

15. Anggur – menguatkan sistem imunisasi dan mengandungi alkali yang boleh mengurangkan asid urik dalam darah

16. Timun – hirisan timun diletakkan di atas kulit yang terkena gout selama 15 minit membantu mengurangkan kesakitan

17. Strawberi – kaya dengan vitamin C dan antioksida yang boleh merawat keradangan

18. Serbuk biji sawi – dicampurkan dengan tepung gandum dan air untuk menghasilkan pes dan lekatkan pada sendi yang sakit.

19. Jus kacang buncis – minum setiap hari selama sebulan untuk melegakan sakit gout.

20. Bijirin kecil – couscous, amaranth dan millet adalah bijirin kecil yang beralkali dan membantu dalam penyingkiran asid urik.  Bijirin-bijirin ini boleh didapati di kedai makanan kesihatan dan dimasak seperti beras sebagai alternative kepada beras dan pasta.

21. Alfalfa – tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.

22. Black cohosh – mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik untuk ia lebih mudah dihapuskan.

23. Billberry – tinggi kandungan flavonoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti oksida.

24. Teh Buchu – membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi, buah pinggang serta aliran darah.  Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan.

25. Devil’s Claw – ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah.

26. Produk tenusu – susu, keju dan yogurt yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan dan seterusnya mengurangkan risiko kena gout.

27. Kekacang – kaya dengan protein dan boleh menggantikan protein dari haiwan untuk menurunkan paras asid urik.  Kacang soya, kacang kuda, kacang dal, dan makanan berasaskan soya seperti tauhu, dan tempe adalah makanan yang sesuai untuk membekalkan protein bagi menggantikan protein dari daging dan makanan laut yang tinggi kandungan purinnya.

Hah, menarik kan bagaimana bahan-bahan yang sedia ada dalam rumah boleh membantu merawat, menyembuh dan menghilangkan gout?

Rawat gout dengan stokin Vken

rawat-gout-stokin-vkenSebenarnya ada satu lagi cara untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh penyakit gout.  Cara ini lebih mudah dan tak memerlukan kita bersusah payah menyediakan bahan-bahan.

Stokin Ultimate Energy Vken dirumus khas untuk membantu masalah kesihatan pemakainya.  Ia merawat sel darah merah agar lebih sihat dan lebih cergas tanpa ubatan.  Stokin VKen menenangkan, membaiki dan memulihkan melalui peningkatan peredaran mikro darah.  Proses ini membolehkan lebih banyak oksigen dan nutrien diangkut ke tisu-tisu dan sel-sel yang rosak atau kurang sihat. Penyembuhan dan pembaikan akan berlaku secara semulajadi melalui kesan daripada sinaran Far Infra Red dan ion-ion negatif yang terkandung dalam stokin VKen.

Anda hanya perlu menyarung Stokin Vken, penyelesaian kepada masalah sakit gout!

Manfaat Stokin Vken Kepada Pesakit Gout Dan Kebas-kebas

stokin-vken-2

  • Membantu melancarkan peredaran darah mikro
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Menguatkan anggota serta merawat seluruh tubuh badan
  • Membantu mengurangkan sakit gout, kebas kaki, kencing manis dan penyakit kronik lain

Kenapa Anda Perlu Pilih Stoking Vken Untuk Merawat Sakit Gout

stoking-vken-gout

Sarung saja pada bila-bila masa untuk Stokin VKen membuat rawatan

  • Kos murah kerana jangka hayat produk sangat panjang, iaitu 5 – 7 tahun (lebih kurang RM3 sebulan)
  • Boleh dikongsi sesama ahli keluarga kerana Stokin VKen mengandungi anti bakteria
  • Sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung untuk kecergasan diri dan bayi
  • Tiada had umur penggunaan, bayi seawal usia 2 hari hingga warga emas boleh memakai Stokin VKen
  • Bukan hanya dipakai di kaki, tapi boleh diletakkan pada bahagian tubuh yang lain seperti perut dan leher
  • Sesuai untuk penghidap penyakit kencing manis, strok, gout, darah tinggi, sakit jantung, sakit pinggang, kebas anggota tubuh, asma, senggugut, sakit lutut, fibroid, lemah tenaga batin dan pelbagai penyakit lain

5 Sebab Kenapa Stokin Vken Bagus Untuk Sakit Gout

kelebihan-stokin-vken

1. Diperbuat daripada bahan semulajadi

3 bahan semulajadi utama yang digunakan dalam pembuatan stokin VKen ialah lahar gunung berapi, titanium dan arang batu putih.  Lahar gunung berapi berfungsi untuk mencairkan darah, membakar kolestrol dan membekal oksigen kepada darah.  Titanium pula mengaktifkan sel-sel lemah yang disebabkan oleh radiasi yang tak patut ada dalam badan.  Arang batu putih bertindak sebagai ejen anti pereputan dan menyahbau kaki.

2. Tiada penggunaan dadah

Stokin VKen langsung tidak mengandungi elemen dadah dan bahan kimia.  Ia boleh digunakan dengan selamat.

3. Tiada kesan sampingan

Oleh kerana tiada elemen dadah dan bahan kimia, kesan sampingan penggunaan stokin VKen boleh dikatakan tiada langsung.

4. Tiada gangguan

Penggunaan stokin VKen tidak langsung mengganggu sistem badan.  Inilah satu cara rawatan dan penyembuhan penyakit tanpa pembedahan.

5. Mampu milik

Stokin VKen mampu dimiliki.  Harganya murah berbanding dengan kelebihan yang diberikan.  Ia tahan lama dan jika dijaga dengan elok boleh digunakan selama 5 – 7 tahun.

Testimoni Pengguna Stokin VKEN Selain Sakit Gout

testimoni-stokin-vken-stokin-kesihatan (1)

testimoni-stokin-vken-stokin-kesihatan (2)

testimoni-stokin-vken-stokin-kesihatan (3)

Tak syak lagi stokin VKen layak digelar stokin ajaib.  Ia mudah digunakan, mampu milik, tahan lama dan yang paling penting telah terbukti berkesan untuk merawat pelbagai penyakit antaranya gout, tekanan darah tinggi, kencing manis, asma, kolestrol, dan sering kebas-kebas.

Apa lagi, jom cuba stoking VKen.  Walaupun anda tak menghidap penyakit gout, tak salah memakai stoking VKen.  Ia akan membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan anda.

Berminat untuk mendapatkan sepasang stokin VKen?  Boleh hubungi Norpizah seperti berikut:

PUAN NORPIZAH | STOKIN KESIHATAN VKEN

Hubungi: Tekan untuk telefon (019-3666456) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Norpizah Hj Jemain Instagram: @norpizah6226

 

Ingat stokin ajaib, ingat VKen!

Nak dapatkan Stokin VKEN?

Sila telefon ke +60193666456 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak dapatkan Stokin VKEN?

Sila telefon ke +60193666456 atau WhatsApp SEKARANG!