Islam
Apr 18, 2018, 5:40pm

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh, Hukum Fekah Dan Fadhilatnya


Solat merupakan tiang agama kepada setiap umat. Al – Quran dan Hadis juga telah menjelaskan bahawa solat adalah wajib ditunaikan dan ia merupakan perkara pertama yang akan dihisab sebaik sahaja bangunnya anda daripada kubur di hari pembalasan. Malah, dengan menjaga solat, hidup anda akan menjadi lebih tenang dan juga tidak lagi tertekan dengan masalah dunia.Jadi, tiada alasan bagi umat Islam untuk tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu yang telahpun diwajibkan ke atas setiap orang Muslim.

Di dalam solat fardhu tersebut, terdapat satu jenis solat yang boleh membuka pintu rezeki kepada sesiapa yang mengamalkannya, iaitu solat subuh. Solat subuh mempunyai pelbagai fadhilat terutamanya kepada sesiapa yang mahu membuka pintu rezeki dengan luas. Ia juga merupakan solat yang istimewa kerana rakaatnya yang pendek dan salah satu doa yang hanya dibaca pada waktu subuh sahaja, iaitu Doa Qunut. Anda boleh mendapatkan bacaan Doa Qunut, hukum fekah dan juga fadhilatnya seperti yang akan dikongsikan di bawah.

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh (Bahasa Arab

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh (Rumi)

Allah hummah dinii fiiman hadait.
Wa’aa finii fiiman ‘aafait.
Watawallanii fiiman tawal-laiit.
Wabaariklii fiimaa a’thait.
Waqinii syarramaa qadhait.
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik.
Wainnahu laayadzilu man walait.
Walaa ya’izzu man ‘aadait.
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait.
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait.
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Maksud Doa Qunut Solat Subuh

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hukum Fekah Doa Qunut

Hukum fekah Doa Qunut terbahagi kepada dua pendapat yang berbeza. Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum Doa Qunut subuh yang bukan Qunut Nazilah. Pendapat yang pertama adalah;

• Disunatkan Qunut Subuh

Pendapat pertama mengatakan bahawa Doa Qunut adalah disunatkan. Ini merupakan pendapat daripada Mazhab Syafie dan Maliki. Ini juga merupakan pendapat daripada Abu Bakar As – Siddiq, Umar bin Khattab, Usman, Ali , Ibnu Abbas dan Barra bin Azib, mazhab Ibnu Abi LAila, Hasan bin Soleh dan Daud az-zahiri. (dinukil dari kitab majmuk oleh Imam Nawawi).
Imam khatib as-syarbini (syafie) berkata dalam kitab muhnil muhtaj:

“Dan disunatkan qunut pada iktidal yang kedua pada subuh.”

Imam al-Khorsyi (maliki) berkata:

“Dan disunatkan qunut mengikut pendapat yg masyhur. Disunatkan juga secara perlahan dan pada waktu subuh.”

Terdapat juga dalil – dalil yang mengatakan bahawa Doa Qunut subuh adalah sunat. Dalil tersebut adalah;

• Dalil Pertama


“Nabi saw berqunut selama sebulan mendoakan kehancuran terhadap pembunuh2 peristiwa bi’r mau’unah kemudian Nabi saw meninggalkan qunut kecuali pada subuh yang mana meneruskannya sehinggalah wafat.”

Imam Nawawi, Ibnu solah, alhakim, alhafiz Muhammad bin Ali albalkhi menghukum hadis ini sahih.

• Dalil Kedua

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat
Awwam bin Hamzah berkata:

 Aku bertanya Abu usman tentang qunut subuh. Beliau menjawab “ Selepas ruku’” Aku bertanya “ Dari siapa?” beliau menjawab “ Abu Bakr , Umar dan Usman ra.
Imam Baihaqi berkata ini hadis hasan.

• Dalil Ketiga

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat


“Anas ra ditanya adakah Nabi saw qunut waktu subuh?” Anas menjawab “ Ya” Ditanya lagi “ Adakah qunut sebelum ruku?” Anas ra menjawab “ Sejurus selepas ruku’”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Anda boleh menggunakan kedua – dua pendapat tersebut asalkan ia tidak melanggar hukum syarak. Janganlah berbalah akan perkara ini sehingga boleh memutuskan silaturrahim. Hormatilah pandangan orang lain.

• Tidak Disunatkan Qunut Subuh

Ada juga yang mengatakan bahawa Doa Qunut subuh adalah tidak disunatkan. Pendapat ini datang daripada Ibnu Mas’ud, Abu Hanifah dan anak muridnya, Sufyan Athuri dan Ahmad Bin Hambal.
Dalil – dalil yang menyokong pendapat ini adalah;

• Dalil Pertama


“Nabi saw berdoa qunut sebulan untuk kehancuran beberapa kabilah arab kemudian meninggalkannya.”
Hadis sahih bukhari dan Muslim.
Imam nawawi berkata:
Maksud hadis ini ialah meninggalkan doa laknat kepada orang kafir sahaja bukan meninggalkan semua qunut. Ataupun maksudnya meninggalkan qunut selain subuh.”

• Memberikan Petunjuk

Doa Qunut mempunyai manfaat kepada sesiapa yang mahu mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT. Terdapat kalimat yang berbunyi “Allahummahdinii fii man hadaiit”. Ia boleh dikatakan sebagai kalimat tawasul di mana ia boleh mendapat hidayah daripada Allah SWT sepertimana Allah SWT memberikan hidayahnya kepada umat yang lain. Petunjuk yang diberikan boleh berupa seperti ilmu pengetahuan yang bermanfaat ataupun amal soleh seseorang. Jadi, sentiasa amalkan Doa Qunut ketika anda solat subuh.

 

• Menghidarkan Diri Daripada Pelbagai Penyakit

Anda juga boleh menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit apabila anda mengamalkan Doa Qunut sewaktu anda solat subuh. Kalimat “wa’aafini fii man hadaiit” boleh memberikan anda perlindungan daripada pelbagai ancaman keselamatan dan juga penyakit. Ia berupaya untuk menghindarkan anda dari penyakit – penyakit seperti penyakit hati ataupun penyakit yang menyerang tubuh badan manusia. Malah, ia juga boleh membantu untuk menyimpang anda daripada sesat dengan hawa nafsu sama ada dari segi takhta mahupun harta.

• Mendapatkan Perlindungan Daripada Allah SWT

“ Wa’aafinii fii man ‘afaiit” merupakan kalimah yang bermaksud berilah hamba keselamatan seperti hamba Mu yang lain telah diberi keselamatan. Ini bermaksud anda sedang meminta perlindungan dari Allah SWT agar diberi perlindungan daripada segala marabahaya kerana Allah adalah Maha Pengasih dan juga Maha Penyayang. Kalimat tersebut juga bermaksud Allah SWT memberi perlindungan kepada umatnya dengan memberikan keselamatan seperti yang diminta. Malah, perlindungan tersebut juga memberikan keselamatan di akhirat.

Doa Qunut mempunyai pelbagai fadhilat yang boleh menjamin ketenangan anda di dunia dan juga di akhirat. Jadi, tidak salah rasanya sekiranya anda menjadikan Doa Qunut sebagai salah satu doa yang diwajibkan setiap kali anda solat Subuh. Selamat beramal.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: