Islam
Apr 18, 2018, 2:14pm

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat


  •  
  •  
  •  
  •  

Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan amalan orang – orang yang beriman dan beramal soleh. Sesiapa yang mengerjakan solat, nescaya hidupnya akan menjadi lebih tenang dan juga sejahtera di dunia dan di akhirat, dengan izin Allah SWT. Malahan, solat adalah perkara pertama yang dihisab selepas anda dibangunkan dari kubur. Jadi, sebagai seorang umat Islam, anda perlu menjaga solat anda dengan baik terutamanya solat fardhu yang diwajibkan ke atas penganut agama Islam yang dilakukan 5 kali sehari.

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat

Ketika anda melaksanakan solat fardhu, anda perlu membaca doa iftitah. Doa iftitah merupakan salah satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah SWT. Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum surah Al – Fatihah merupakan tuntutan Nabi Muhammad SAW. Jika anda mahukan solat yang lebih sempurna, anda perlu menjadikan doa iftitah sebagai salah satu amalan anda kerana ia memuji kebesaran Allah SWT.

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab

Hukum Doa Iftitah

Doa iftitah merupakan salah satu perkara sunat dan tidak batal solat sekiranya tidak dibaca tetapi ia amat dituntut oleh Nabi Muhammad SAW. Jika anda mahu mempraktikkan sunnah Nabi Muhammad SAW seperti sabdanya “Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat” maka anda perlu membaca doa iftitah ketika anda mengerjakan solat.

Bacaan Doa Iftitah Antara dalil yang menunjukkan doa iftitah merupakan doa yang boleh menyempurnakan ibadah solat anda adalah; Bacaan doa iftitah dan terjemahan

Maksud: Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah ‘Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya (dihafalnya)

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya

Bacaan doa iftitah juga ada beberapa versi. Namun, doa iftitah yang sering dibaca sewaktu solat termasuklah;

Doa Iftitah 1

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya

Maksud: Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.

Fadhilat Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab

Namun begitu, doa iftitah di atas tidak mempunyai hadis yang sahih bahawa ia datang dari Nabi Muhammad SAW tetapi yang wujud hanyalah hadis – hadis yang seakan – akan sama dengan cara pembacaan di atas tetapi diambil sedikit sahaja. Antara hadis – hadis tersebut adalah;

Hadis Pertama

Dari Ibn ‘Umar, dia berkata: “Sedang kami bersolat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, salah seorang dari kami mengucapkan:

Maksud: “Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang.”

Bersabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam: “Siapa yang telah mengucapkan kalimat begini dan begini?”

Salah seorang dari kami menjawab: “Saya, wahai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.”

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat

Baginda berkata: “Ianya (ucapan tersebut) telah membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-pintu syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan itu.”

Ibn ‘Umar berkata: “Aku tidak pernah meninggalkan ucapan tersebut semenjak mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata begitu.”

Hadis Kedua

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, dia berkata: “Bila Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berdiri hendak mengerjakan solat, diucapkannya takbir kemudian dibacanya:

antara doa iftitah yang diamalkan oleh sahabat

Maksud: “Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah dan aku tergolong dari golongan Islam.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, aku telah membuat aniaya terhadap diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah dosaku kesemuanya, dan tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosaku itu melainkan Engkau.”

Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada yang akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu kecuali Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak yang jelek, tak ada yang dapat menjauhkan aku dari akhlak yang jelek itu melainkan engkau.

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi perintah-Mu. Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam Tangan-Mu sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan untuk menghampirkan diri kepada-Mu. Aku milik-Mu, kepada-Mu-lah yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.”

Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat Kedua – dua hadis ini merupakan gabungan kepada doa iftitah yang dibaca oleh kita pada zaman ini. Selain dari doa iftitah yang boleh dibaca di atas, terdapat beberapa lagi doa iftitah yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW. Doa – doa iftitah tersebut adalah seperti berikut;

Doa Iftitah Kedua

Berkata Abu Hurairah: “Biasanya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan (al-Fatihah).” Aku berkata: “Dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan, apakah yang engkau ucapkan?” Baginda bersabda: “Aku mengucapkan:

doa iftitah kedua yang boleh diamalkan

Maksud: “Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat.

Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda. Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji dan air embun.” Bacaan Doa Iftitah Dalam Bahasa Arab Dan Terjemahannya Serta Fadhilat

Doa Iftitah Ketiga

Dari Abdurrahman bin ‘Auf katanya: “Saya bertanya kepada ‘Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi Allah shalallahu ‘alaihi wasallam sebagai pembukaan solat bila dia melakukannya di waktu malam.” Jawab beliau: “Sebagai pembukaan bagi solatnya di waktu malam Nabi membaca:

doa iftitah ketiga Maksud:

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Tafsir Serta Fadhilatnya

Doa Iftitah Keempat

Dari Ibnu Abbas, katanya: “Bila Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia membaca:

doa iftitah keempat yang diriwayatkan

Maksud: “Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Raja seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemilik seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, dan Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam itu benar dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu aku beriman dan kepada-Mu aku bertawakal. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku mengadu, dan kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang, yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan kecuali Engkau (atau selain Engkau) dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya dengan pertolongan-Mu.)”

antara fadhilat membaca doa iftitah

Antara kelebihan terbesar doa Iftitah adalah pintu – pintu langit terbuka apabila kalimat – kalimat di dalam doa iftitah tersebut dilafazkan oleh pengamalnya. Jadi, apabila pintu langit terbuka, anda akan mendapat pelbagai manfaat – manfaat dan juga kelebihan sewaktu anda mengerjakan solat dengan izin Allah SWT. Antara kelebihan tersebut adalah;

1. Doa mudah dimakbulkan 2. Pintu rezeki terbuka luas 3. Menerima hidayah dari Allah SWT 4. Hidup terasa lebih tenang dan sentiasa berlapang dada 5. Urusan dunia dipermudahkan khasiat dan cara membaca doa iftitah Anda boleh mengamalkan doa iftitah ketika anda mengerjakan solat jika anda mahu menyempurnakan ibadah anda. Malah, anda juga boleh mendapat pelbagai fadhilat dengan membaca doa iftitah setiap kali anda mengerjakan solat. Selamat beramal.
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!