Review
May 24, 2017, 1:28pm

Ayam Halal No 1 Di Malaysia Hanya Dengan Ayam Bismi


  •  
  •  
  •  
  •  

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal.  Ia seharusnya membekalkan tenaga untuk membantu pembentukan badan dan mencegah penyakit. Makanan seimbang sebaik-baiknya mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Karbohidrat boleh diperolehi dari nasi, roti dan kentang manakala satu sumber protein yang baik ialah ayam.

pembekal ayam halal

Ayam ialah sejenis haiwan yang pastinya dikenali oleh semua golongan manusia dari anak kecil hingga orang tua.  Boleh dikatakan semua golongan meminati daging ayam.  Dan tidak salah jika dikatakan daging ayam merupakan daging yang menjadi makanan utama di seluruh dunia.

Ayam Halal Pelbagai Manfaat Untuk Tubuh Manusia

Daging ayam mudah dimasak dan boleh dimasak dalam pelbagai cara. Goreng, panggang, dibuat gulai, dibuat sup dan dijadikan sate, semuanya boleh.  Daging ayam juga boleh dipelbagaikan penggunaannya dalam masakan.  Tidak semestinya ia menjadi hidangan utama tapi boleh digunakan sebagai rencah mi goreng, inti karipap, sandwic, burger, nugget dan bermacam-macam menu lagi.

Daging ayam mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat kepada tubuh manusia.  Ia merupakan sumber protein dari daging putih.  Dari segi kesihatan, kita digalakkan mengambil lebih banyak daging putih berbanding daging merah.

Makanan Ayam Halal Dalam Al-Quran

akibat makanan haram

Bagi orang Islam, daging ayam yang dimakan mestilah daging ayam yang halal.  Halal bererti yang dibenarkan dan tidak dilarang oleh Allah.  Memakan makanan yang halal adalah satu tuntutan Allah, seperti yang dinyatakan dalam Al Quran:

Wahai sekalian manusia!  Makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.”

(Surah Al Baqarah, ayat 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Alah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.”

(Surau Al Maidah, ayat 88)

Memandangkan mencari sumber makanan yang halal adalah satu kewajipan untuk setiap orang Islam, Bismi Cergas Sdn Bhd mengorak langkah untuk menjadi pengeluar dan pembekal ayam halal bagi memenuhi keperluan pengguna Islam.

Adakah Ayam Selamat Untuk Dimakan?

cari-ayam-halal

Penternakan ayam secara besar-besaran adalah satu industri yang sudah lama bertapak di Malaysia. Ayam diternak untuk daging dan telurnya.  Untuk memenuhi permintaan pengguna, ladang-ladang penternakan ayam diketahui menyuntik ayam ternakan mereka dengan vaksin, antiobiotik atau enzim sama ada untuk mencegah penyakit atau mempercepatkan tumbesaran ayam tersebut.

Persoalannya, adakah ayam yang disuntik itu selamat?  Ya, selamat selagi ia disuntik dengan kuantiti yang ditetapkan. Tetapi jika suntikan hormon dan antiobiotik adalah berlebihan, ia boleh memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia.  Ayam yang disuntik dengan hormon estrogen boleh menyebabkan masalah gynaecomastia, terutamanya kepada golongan lelaki. Gynaecomastia adalah masalah buah dada membesar dan berisiko menghidap barah payudara, lebih dahsyat daripada wanita.

Ayam Bismi – Halal, Segar, Suci dan Selamat

ayam halal bismi

Ayam Bismi adalah jenama yang digunakan untuk semua produk berkaitan ayam yang dijamin 100% HALAL. Ayam Bismi adalah ayam segar dari lading yang diternak, disembelih dan diedarkan dengan cara yang diyakini HALAL, sesuai dengan motto ‘Halal, Segar, Suci’. Konsep ‘halal, segar, suci’ telah menjadi batu loncatan untuk Ayam Bismi dikenali ramai dalam tempoh yang singkat terutamanya di kalangan pelanggan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Walaupun jenama Ayam Bismi masih baru dalam pasaran, penglibatan Bismi Cergas Sdn Bhd dalam industri ternakan ayam sebenarnya telah bermula sejak kira-kira 28 tahun yang lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bismi Cergas Sdn Bhd, Mazlina Kamaruddin, sebelum ini syarikatnya merupakan pembekal ayam hidup kepada Ayamas Food Corporation Berhad sejak 12 tahun yang lalu.

ayam halal frozen

Semenjak tahun lepas mereka mula mengorak langkah untuk menjual ayam proses kepada orang ramai setelah timbul kesedaran untuk membekalkan ayam yang betul-betul halal kepada pengguna Islam.  Di samping itu keinginan untuk membantu orang Islam mendapatkan daging ayam yang betul-betul dijamin halal juga dicetuskan oleh kesedaran bahawa industri menternak dan memproses ayam dikuasai oleh syarikat yang dimiliki oleh golongan bukan Islam.

Pengalaman dan Kelebihan Untuk Mengasas Ayam Halal

Pengalaman adalah guru terbaik bagi Jaffri Ahmad, Pengasas Ayam Bismi. Selok belok industri ternakan ayam dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah pendorong kepadanya dalam memajukan perniagaan ternakan dan pengeluaran ayam halal.  Selepas 10 tahun Jaffri telah meluaskan perniagaannya sehingga mampu memiliki ladang ayam sendiri.  Kini, Jaffri memiliki sebuah kilang memproses ayam merangkap pusat jualan di Simpang Empat, 15 ladang ternakan ayam dan lima cawangan Ayam Bismi di Mergong, Gurun, Kangar, Sungai Petani Utara dan Sungai Petani Selatan.

yakin-ayam-halal

Memiliki ladang menternak dan kilang memproses ayam sendiri adalah satu kelebihan yang membolehkan Bismi Cergas memberi jaminan bahawa Ayam Bismi adalah produk yang 100% halal. Ini dibuktikan dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

anak-ayam

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bismi Cergas, Mohd Gary Gan Abdullah satu lagi kelebihan Ayam Bismi adalah dari aspek penjagaan ayam. Lebih daripada 100 orang pekerja di bahagian teknikal, elektrikal dan doktor memberi 100% komitmen untuk memastikan anak ayam dari usia seawal satu hari dijaga dengan baik 24 jam sehari sehingga cukup usia. Antara faktor penjagaan sempurna untuk membolehkan anak ayam membesar dengan baik adalah suhu kepanasan reban yang sesuai, suplemen yang mencukupi dan ubat-ubatan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Penjagaan ayam yang baik membolehkan Ayam Bismi mengeluarkan 700,000 ekor ayam halal setiap bulan. Sasaran Ayam Bismi adalah meningkatkan pengeluaran ayam halal kepada 1 juta ekor setiap bulan dan 15,000 sembelihan setiap hari.

peneraju ayam halal malaysia

Makanan yang diberikan kepada ayam dan kebersihan juga merupakan kelebihan Ayam Bismi.  Ayam ternakan diberi makanan yang disahkan bebas dari sumber khinzir, tidak diberikan suntikan hormon dan antibiotik berbahaya yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan.  Dari segi kebersihan pula, lapan tan ais digunakan untuk membersihkan 10,000 ekor ayam setiap hari. Penggunaan ais dapat mengurangkan pembiakan bakteria dan menjamin kesegaran apabila ayam sampai ke tangan pelanggan.

Ayam Bismi Ayam Halal No 1 Di Malaysia 100% Muslim

ayam halal no 1 di malaysia

Penggemar daging ayam tidak perlu ragu-ragu dengan Ayam Bismi kerana bagi Bismi Cergas konsep halal 100% merangkumi seluruh proses ternakan, sembelihan dan edaran.  Ini berbeza dengan amalam kebanyakan pengeluar ayam halal yang lain di mana fokus halal hanyalah kepada proses sembelihan sahaja.  Kelebihan daya saing Ayam Bismi terletak pada keprihatinan yang sangat tinggi untuk memastikan ternakan, sembelihan dan edaran yang dilakukan adalah patuh syariah.

Faktor Kenapa Ayam Bismi Ayam Halal No 1 Di Malaysia

Faktor-faktor berikut mengukuhkan sasaran Ayam Bismi untuk menjadi peneraju penyelesaian ayam halal untuk ummah:

  • Memiliki 29 tahun pengalaman dalam menternak, memproses dan menjual ayam
  • Mendapat sijil halal dari JAKIM
  • Mendapat pensijilan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Tanpa suntikan
  • Tanpa hormon
  • Bebas dari antibiotik berbahaya yang diharamkan oleh KKM.
  • Makanan ayam disahkan bebas dari sisa khinzir
  • Doktor haiwan (veterinar) dalaman dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memantau kesihatan ayam ternakan
  • Memiliki pasukan teknikal ladang yang mahir dan berpengalaman
  • Menggunakan khidmat doktor haiwan pelawat yang berpengalaman sebagai Consultant
  • Memproses ayam dari ladang ternakan
  • Kilang penyembelihan yang telus
  • Pemilik dan pekerjanya 100% adalah muslim.
  • Pemotongan ayam secara percuma.
  • Penghantaran percuma (tertakluk kepada terma & syarat)
  • Segar, halal, berkualiti dan selamat dimakan.

Makan Ayam Halal Bismi Tanpa Ragu-ragu

Jenama Ayam Halal Bismi

Dapatkan Ayam Halal Bismi Sekarang !

Anda tidak perlu khuatir dengan Ayam Bismi.  Ia selamat, halal, segar dan suci.  Ayam potong Bismi yang dijual di pasaran boleh dimasak terus selepas dinyahbekukan.  Dapatkan Ayam Bismi anda sekarang dan sertai Program Cabutan Bertuah yang akan diadakan pada 31 Ogos 2017 sempena Hari Kemerdekaan ke 60.  Pembelian yang dilakukan dari 1 April 2017 hingga 31 Ogos 2017 layak mengambil bahagian dalam Program Cabutan Bertuah. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian hotline yang tertera di bawah:

Artikel Ini Untuk Sewa Review Hubungi Profhariz.com Sekarang!

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!