Umum
Sep 7, 2010, 9:15am

Awas Kepada Facebook Tegar!


Salam geng..
Ampa semua pengguna facebook kan? Jangan nak tipu… Ngaku jelah.. Kalau bukan pengguna facebook kenapa ampa nak baca? Sebenarnya ceq nak cerita kat ampa semua tentang permasalahan dan persoalan tentang laman sosial facebook yang ampa semua dok pakai tuh… Serius weh! Facebook sekarang bahaya.. Kenapa aku mengeluarkan statement yang mengatakan facebook bahaya? ampa takkan tak tahu banyak agenda facebook yang kuar berita, surat khabar dan media elektronik..

Baru-baru ini ada berita yang mengemparkan Katy Lim Li Lian hina Allah dan Agama Islam di Facebook dan ada juga budak yang mempersoalkan bulan puasa Salleh Gregor Samsa Persoal Tentang Puasa tentang mohd safuan hilmi dan tidak lupa ada seorang budak yang kutuk dengan kematian Arwah din beramboi Rafiqin Darwisy dan pelbagai lagi agenda Fitnah, Menghina Individu dan Agama…

Malah baru-baru ini pun ada seorang blogger terkenal juga iaitu kes Penyamar Darkbatman Di Facebook… Di sini apa yang boleh ceq nak bagitau terlalu banyak boleh berlaku di facebook… Antaranya Kes menyamar! dah menyamar sudah..  Nie siap tulis buruk-buruk untuk menimbulkan perbalahan antara diri kita dengan kawan-kawan kita, tambah yang lebih teruk sampai menyamar hina sultan johor… Ya.. ceq mengaku, ceq pun ada facebook dan amat risau dengan kejadian yang berlaku sekarang ini… Tidak mustahil ampa pun kena akan fitnah …

Beringat Sebelum Terkena!

Jangan masukkan maklumat peribadi ampa dekat facebook.. Contoh, No Telefon. Alamat Rumah. Kesihatan ampa. Akaun Bank dan perkara peribadi yang sensetif. Cukuplah hanya masukkan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan ampa. Itu pun kawan-kawan ampa leh kenai dah.

Jangan letak gambar-gambar peribadi ampa banyak2.. Khususnya Bagi kaum Marka.. Nak letak tuh boleh… Tiada masalah… Tapi ingat! Nak letak gambar tuh Letak Watermark.. Contohnya macam gambar di bawah nie…

Bukan apa.. Bila kita letak watermark itu menunjukkan hak peribadi kita..Orang lain tidak mudah untuk menggunakan gambar kita InsyaAllah… Ingat! internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja.. Malah gambar yang kita letak itu pun siapa-siapa sahaja boleh muat turun dalam pc mereka… Selain Itu.. Tolonglah amalkan sikap hormati-menghormati sesama manusia.. Elak sensitiviti kaum… Ampa tak kesian kerajaan ka? Macam-macam punya dok berkempen untuk elakkan berlakunya isu perkauman…

ProfHariz : Jadi apalagi jom bertindak… Letak Watermark pada gambar-gambar ampa…

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: