Umum
May 7, 2012, 7:21am

ATM CARD MAYBANK VERSI MANCHESTER UNITED


  •  
  •  
  •  
  •  

ATM CARD MAYBANK rosak memang buat PH Fobia. Cucuk masuk dalam mesin ATM keluar paparan “Kad anda tidak disahkan” naik mengelabah dibuatnya. Cuba 2 3 kali tak boleh juga. Lari dan Lari pergi ke mesin ATM Maybank yang lain pula di Melaka Sentral tempoh hari pun tak boleh. Alamak ! Parah bak ang.

Sudahlah kejar masa nak balik penang pada 29 April yang lalu. Cash money ada RM20 je. Nak beli tiket RM45. Macam mana ni ? Lalu PH cuba istighfar dan fikir secara tenang. Ok, my mom dulu pernah juga CARD ATM MAYBANK rosak nak cucuk kat stesen minyak petronas tak boleh dan my mom cucuk di mesin atm yang berlainan jenis iaitu CIMB. PH pun cubalah MESIN ATM CIMB di Melaka Sentral dan ternyata Alhamdullilah boleh.

Bila sampai je Penang. PH ambil keputusan untuk Tukar CARD ATM BARU di Maybank – Seberang Jaya Branch. Bila sampai sahaja di sana, Customer Servise itu tanya. Berikut perbualan PH dengan Customer Servise Maybank

Customer Service : Ada apa masalah ?PH : ATM CARD MAYBANK SAYA ROSAKCustomer Service : Bak mai tengok card.PH : Nah *smbl hulur ATM CARD MAYBANKCustomer Service : Ini kad lama adik. Kalau nak tukar kena bayar.PH : Aikk ? Nak tukar pun kena bayar? Rosak kot! Berapa bayarannya ?Customer Service : Nak tukar kad baru RM12 dapat Visa Debit sekali.PH : Okey.

Nak tukar pun kena bayar? ATM CARD MAYBANK Rosak kot. Sudah ditukar hasilnya adalah card seperti di bawah !

ATM CARD MAYBANK VERSI MENYU ? What the fluuuuuuuuuuu!!!!

PH tanpa segan silu tegur abiang yang handle pertukaran ATM CARD ni. Abiang CARD jenis lain tak ada ka? Saya tak minat bola! Maaf adik sekarang kami cuma keluarkan ATM CARD MAYBANK VERSI MANCHESTER UNITED. Nak tak nak memang kena layanlah kan. Ramai rakan PH yang tahu PH adalah Fans Manchester City dan sangat tidak minat dengan Manchester United. Arghhhhh, tekanan ! ! !

ProfHariz : Kepada fans Menyu silalah Tukar ATM CARD MAYBANK VERSI Manchester United anda !