Adakah anda sentiasa mengalami kegatalan pada muka, tekak atau mata? Adakah anda alah dengan habuk dan kotoran? Adakah anda juga mudah untuk bersin ketika waktu pagi walaupun di dalam keadaan yang sihat? Untuk pengetahuan anda, segala pertanyaan tersebut merupakan tanda – tanda bahawa anda merupakan penghidap resdung samada resdung yang kronik atau tidak. Resdung menggambarkan pelbagai penyakit yang yang berkait dengan hidung di mana ia berpunca daripada jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.
Terdapat pelbagai tanda yang memberikan isyarat yang anda menghidapi resdung. Antara tanda – tanda yang biasa dialami adalah mengalami kegatalan hidung, hidung berhingus, hidung tersumbat, sakit kepala terutama di bahagian pipi dan dahi, kegatalan pada mata serta masalah kelemumur yang berterusan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis syampu dan perapi. Resdung ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana sekiranya ia tidak diubati, resdung ini boleh menjadi resdung yang kronik. Jom ketahui antara punca – punca yang boleh menyebabkan resdung.
Air kosong begitu penting bagi pelancaran sistem badan seseorang. Malah kekurangan air juga boleh merisikokan anda untuk terkena resdung kerana dengan air yang cukup, kelembapan semulajadi dalam rongga hidung dan sinus ini dapat dikawal.
Kebersihan udara di sekeliling juga mempengaruhi jangkitan bakteria pada rongga hidung yang boleh menyebabkan resdung. Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah orang alah dengan bauan minyak wangi yang disebabkan kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam minyak wangi tersebut.
Seringkali kita dengar, ada yang pantang untuk memakan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang. Jenis – jenis makanan laut ini boleh menyebabkan penghidap resdung mengalami kegatalan hidung, tekak dan juga mata.
Apabila anda mengalami selsema bagi satu tempoh yang lama, besar kemungkinan anda terkena jangkitan bakteria dan kulat di mana ia boleh memberi risiko untuk terkena resdung yang kronik. Ini bukan sahaja merisikokan untuk terkena resdung, malah anda juga berisiko untuk terkena jangkitan sinus.
Air klorin yang terdapat di dalam kolam renang boleh mengganggu lapisan hidung dan dinding sinus. Tambahan lagi anda menyelam, tekanan air yang tinggi membolehkan air masuk ke dalam rongga – rongga hidung. Ini boleh mengakibatkan keradangan pada tisu – tisu dinding sinus.
Asmak Herbs merupakan satu jalan penyelesaian untuk mereka yang menghidap resdung. Dengan diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, Asmak Herbs ini selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga anda termasuklah kanak – kanak seawal usia 3 tahun. Untuk pengetahuan anda, Asmak Herbs selamat diamalkan kerana produk ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) serta diyakini selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Anda boleh ikhtiar merawat resdung dengan kos yang murah dengan pembelian Asmak Herbs berbanding kos rawatan lain yang lebih tinggi.
Asmak Herbs kini lebih mudah dan selamat diamalkan kerana dibuat di dalam bentul kapsul halagel. Dengan mengamalkan kapsul Asmak Herbs dengan konsisten dan teratur anda boleh melegakan resdung seawal 3 hingga 14 hari bergantung pada tahap resdung yang anda alami. Apa yang menariknya, pengamalan Asmak Herbs ini perlu diamalkan ketika perlu sahaja. Anda boleh hentikan penggunaan setelah resdung anda semakin sembuh. Ini sangat menjimatkan kerana anda tidak perlu membeli kuantiti yang banyak dengan kos harga yang lebih tinggi.
Cara pengambilan kapsul Asmak Herbs :
Asmak Herbs bukan sahaja berkesan untuk mereka yang mengalami resdung malah Asmak Herbs juga bagus untuk simpton – simpton penyakit yang lain. Resdung dan asma sangat berkait rapat antara satu sama lain kerana keduanya mempunyai hubung kait dengan saluran pernafasan. Mereka yang menghidapi asma dan lelah juga boleh mengamalkan Asmak Herbs ini.
Antara herba semulajadi yang digunakan di dalam Asmak Herbs ini adalah akar mengkunyit, akar serapat dan lada sulah. Ketiga – tiga ini mempunyai nilai dan kepentingan yang tinggi di dalam perubatan tradisional melayu. Gabungan herba terpilih ini mempunyai kelebihan dan manfaat yang bagus bagi merawat dan melegakan masalah resdung anda.
Masalah resdung anda pasti akan menjadi semakin kronik sekiranya dibiarkan terlalu lama. Jangkitan bakteria akan menjadi lebih parah hinggakan merisikokan anda untuk mendapat penyakit yang kronik pula. Anda harus ikhtiar dengan segera dengan mendapatkan produk gabungan herba tradisi melayu Asmak Herbs sekarang. Harga RM 35 sebotol Asmak Herbs ini sangat menjimatkan dan mampu merawat serta melegakan resdung anda dengan berkesan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah.
KAPSUL ASMAK HERBS | MERAWAT DAN MELEGAKAN RESDUNG
Hubungi: Tekan untuk telefon (012-5586734) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Asmak Herbs Bangi – Kajang
Blog: http://asmakherbs.blogspot.com
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang