Umum
Dec 3, 2010, 2:44pm

Apakah Suaminya Lelaki Dayus ?


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share
Assalamualaikum

Dan Salam jumaat.. Harap anda semua sihat-sihat senantiasa..Sepatutnya pada hari ini saya bekerja untuk shif pagi tetapi oleh kerana rakan saya meminta tolong gantikan beliau kerana ingin pulang ke seremban ada kenduri kahwin, Maka saya pun tiada apa-apa aktiviti saya tukar dengannya kepada shif petang.. Begitu juga esok (sabtu) Shif petang Ahad Shif pagi..

Dayus

Apakah Suaminya Seorang Lelaki Bergelar Dayus ? Apakah anda tahu apa itu Dayus? Merujuk kamu dewan Dayus ialah hina dan keji (sifat atau perbuatan)Hanya lelaki dayus sahaja yang membenarkan isterinya mencari wanh dengan janlan tidak halal” Jom kita merungkai Apakah Suaminya Lelaki Dayus. Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ¬†( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud

Lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Apakah Suaminya Lelaki Dayus?

Lelaki DayusIsteri yang sedang mengandung bersama anak kecil

DayusMenunggu untuk meminta sedekah berumpankan anak dan perut yang bunting

Mangsa DayusAnak kecil sudah menangis mungkin cuaca yang panas dan lapar

Situasi di atas berlaku di sebuah stesen minyak.. Seorang wanita yang sedang mengandung dan bersama anak kecil yang datang untuk meminta sedekah daripada orang yang mengisi minyak.. Wanita dan si anak ini datang bersama suaminya menaiki sebuah motor dan ditinggalkan disini.. Apa yang saya tahu si suami tersebut seorang penagih dadah dan masih muda, kuat, gagah untuk bekerja.. Mungkin dipengaruhi oleh sikap malas untuk bekerja.

Apakah Suaminya Lelaki Dayus? Menghantar Isteri untuk meminta sedekah sedangkan beliau memerhatikan isterinya dari jauh bersama anak lelakinya lingkungan umur 8 tahun.. Sedangkan si suaminya berumur 20an seorang penagih dadah.. Menurut sumber masyarakat kampung.