Insurans
May 3, 2018, 4:29pm

Apakah Cara Untuk Merawat Sakit Lutut Dengan Berkesan


  •  
  •  
  •  
  •  

Sakit lutut merupakan salah satu masalah yang mengganggu kebanyakan individu. Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti trauma pada lutut, proses penuaan dan beberapa perkara lagi. Selain itu, ia merupakan salah satu rungutan yang selalu didengar terutamanya dari golongan yang sudah berusia. Akan tetapi ia juga boleh berlaku pada mereka yang masih muda disebabkan kecederaan seperti ligamen dan tisu rawan yang koyak.

Sebab sakit lutut

Sakit lutut ialah sakit yang biasa berlaku disebabkan oleh sendi lutut yang haus dan lusuh. Sakit lutut boleh jadi sakit setempat atau di seluruh kawasan lutut. Terdapat banyak cara untuk merawat sakit lutut.

Punca-punca Anda Mengalami sakit lutut

Antara punca sakit lutut yang dapat dikenal pasti ialah;

Umur Semakin Meningkat

Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan faktor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. Antara Simptom-simptom pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.

Antara sakit lutut

Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yang sihat seperti perbanyakan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin C.

Berat badan yang berlebihan atau Obesiti

Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoarthritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung.

Antara sebab sakit lutut

Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkan berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut. Penyakit-penyakit lain ini termasuk rheumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejas sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).

Baka atau Keturunan

Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut. Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini.

Faktor sakit lutut

Genetik yang ada pada ibub apa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak. Namun, daripada 5 adik beradik besar kemungkinan hanya 2 orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicit juga mendapat penyakit yang sama. Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius, Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.

Jantina ( wanita lebih berpotensi )

Wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.

Boleh sakit lutut

Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki disebabkan hormon, peningkatan kadar kolesterol, faktor pemakanan dan selepas putus haid.

Tekanan Sendi Berpanjangan

Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.  Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.

Kurangkan sakit lutut

Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan factor utama sakit sendi ini terjadi. Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana  tekanan berterusan kepada sendi.

Cedera / Trauma

Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi. Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.

Selain sakit lutut yang kamu tahu

Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. Ini kerana mereka tidak memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

16 Tips Merawat Sakit Lutut Secara Berkesan

Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut tersebut. Rawatan sakit lutut termasuklah rawatan semula jadi yang boleh dilakukan di rumah seperti, rawatan perubatan seperti penggunaan ubatan dadah dan juga melibatkan pembedahan.

1. Halia

Antaranya sakit lutut

Sama ada sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot atau kecederaan, halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat antiradang di dalamnya.

2. Cuka Epal Cider

Selain Ada sakit lutut

Disebabkan sifat alkali, cuka epal cider boleh membantu untuk melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut. Ia juga memulihkan pelincir untuk mengurangkan sakit dan menggalakkan pergerakan.

3. Kunyit

Terdapat sakit lutut

Kunyit mengandungi kur kumin yang mempunyai sifat antiradang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit. Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis rheumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.

4. Lemon

Antara sebab boleh sakit lutut

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga punca kepada beberapa jenis artritis.

5. Minyak Biji Sawi

Boleh sakit lutut teruk

Urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan, membaiki peredaran darah dan mengurangkan sakit.

6. Garam Epsom

Terdapat penyakit sakit lutut

Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh memberi kelegaan sakit lutut.

7. Minyak Kayu Putih

Ubat sakit lutut

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut. Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis.

8. Senaman

Senaman yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit, meningkatkan pergerakan, mengurangkan keletihan dan boleh membantu anda kelihatan lebih baik. Dapatkan nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami artritis, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi menjadi kejang.

Susah bila sakit lutut

Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk. Senaman yang bagus bagi mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang. Pastikan anda melakukan pemanasan badan sebelum senaman dan menyejukkan badan selepas senaman. Elakkan senaman berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit lutut.

9. Mengekalkan Berat Badan

Cara Ubati sakit lutut

Kekalkan berat yang sihat dan hilangkan berat jika perlu kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, menghilangkan 5 % daripada berat badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.

10. Berehat dan Bersantai

Ubat yang bagus untuk sakit lutut

Aktiviti fizikal adalah penting, tetapi berehat dan bersantai juga penting untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan kesakitan. Capailah keseimbangan dalam hidup dengan mempelajari teknik melegakan stres seperti pernafasan dalam dan meditasi.

11. Cukup Tidur

sakit lutut yang teruk

Tidur yang cukup diperlukan untuk kesihatan menyeluruh. Jika anda mengalami masalah tidur, berjumpalah dengan doktor anda. Pengurusan sakit yang betul boleh membantu anda untuk tidur dengan nyenyak.

12. Terapi Panas atau Sejuk

sakit lutut anda

Menggunakan pelapik panas untuk merehatkan lutut anda apabila berbaring boleh membantu untuk membuatkan sendi menjadi kendur. Pek panas membantu untuk menenangkan otot dan meningkatkan peredaran. Terapi pek sejuk pula mengurangkan sakit dan bengkak. Caranya ialah membalut pek gel yang sejuk di sekeliling lutut.

13. Akupunktur

Cara mengubati sakit lutut

Akupunktur ialah satu cara rawatan dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada tempat tertentu pada badan anda. Kajian menunjukkan bahawa akupunktur boleh membantu melegakan sakit lutut yang disebabkan oleh osteoarthritis.

14. Ubatan Dadah

cari ubat sakit lutut

Rawatan perubatan yang menggunakan ubat makan adalah biasa digunakan untuk merawat simptom osteoarthritis. Pilihan pertama biasanya ubatan dadah yang boleh didapati di hospital ataupun farmasi seperti acetaminophen. Pastikan anda mendapatkan nasihat doctor sebelum menggunakan ubatan tersebut.

15. Suntikan

Penyakit artritis yang berterusan mungkin memerlukan suntikan. Pilihan yang boleh didapati ialah corticosteroid yang boleh digunakan sehingga 2 atau 3 kali setahun untuk melegakan sakit yang teruk.

Mencari ubat sakit lutut

Asid hyaluronik pula boleh membantu untuk menambahkan bahan pelinciran dalam lutut. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor tentang manfaat dan risiko rawatan suntikan bagi sakit lutut. Asid hyaluronik digunakan untuk melegakan sakit lutut secara sementara. Anestetik mungkin disuntik dengan ubat corticosteroid antiradang (biasanya kortison) untuk membuat lutut rasa kebas dan menghindari sakit.

16. Pembedahan

Mungkin ini ialah jalan terakhir bagi mereka yang menghidap osteoarthritis yang teruk.

Ciri-ciri sakit lutut yang teruk

Jika simptom osteoarthritis mengganggu kehidupan harian anda dan tidak boleh bertindak balas dengan rawatan yang biasa, pembedahan adalah diperlukan. Prosedur arthroscopic atau penggantian lutut mungkin akan dilakukan.

Beringat Sebelum Kena, Policy Street Ada Jalannya

Ramai di antara kita mengambil mudah tentang masalah sakit lutut dan akhir sekali terpaksa melakukan pembedahan dengan kos rawatan yang sangat tinggi. Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda.

selain ubat sakit lutut

Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Mencari ubat sakit lutut

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.