Review
Jun 27, 2018, 10:19am

Apa Itu Hibah dan Kelebihannya Pada Ahli Keluarga


  •  
  •  
  •  
  •  
Hibah dan kelebihannya

Kita seringkali mendengar perkataan hibah dibincangkan di media sosial mahupun di perbualan harian. Namun ramai yang tidak mengerti apa yang dimaksudkan hibah ini. Mari baca artikel ini lebih lanjut untuk mengetahui perihal hibah.

Apa itu Hibah?

apa maksud hibah

Hibah  membawa maksud Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat,  imbalan atau balasan. Barangkali, perkataan ‘Hibah’ ini jarang-jarang kita dengar dan ketahui. Namun, hakikatnya ia mempunyai banyak keistimewaan, kelebihan, hikmah dan manfaatnya kepada kita,  jika kita mampu melaksanakannya. Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalamnya tidak ada hak-hak orang lain yang diambil misalnya, seperti hak insan-insan yang dizalimi atau  dianiayai.

Waktu Pemberian Hibah

waktu hibah

Pemberian hibah ini cuma dilakukan ketika seseorang itu masih hidup dan sihat sahaja. Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah itu cuma sekadar berhasrat dan berura-ura sahaja, tetapi kemudiannya dengan takdir Allah SWT pula, si pemberi  telah meninggal dunia tanpa diduga.  Maka dengan itu hibah ini tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.

Harus difahami sebaiknya, agar kita tidak terkeliru dengan istilah ini. Hibah hanya akan berlaku ketika seseorang pemberi dan juga penerima hibah itu masih hidup,  ketika  proses perlaksanaan pemberian dijalankan. Begitulah halnya yang perlu kita fahami dan ketahui.

Kesimpulannya

tentang hibah

Secara ringkasnya Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah, pembahagian hibah ini  secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Mengikut hukum faraid harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang ditetapkan. Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan banyak mana yang dia akan terima. Semuanya adalah terpulang kepada anda.

Hibah Dan Kelebihannya Kepada Ahli Keluarga

kepentingan hibah

Salah satu kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang. Oleh itu, anda boleh membahagikan harta pusaka kepada ahli keluarga dengan adil agar tidak menimbulkan perbalahan apabila anda sudah tiada kelak.

Hibah amat digalakkan di dalam islam kerana ia merupakan amalan sunat yang harus dilakukan.  Terutamanya untuk kaum keluarga yang terdekat kerana ia dapat membantu sekiranya ahli keluarga berada di dalam kesusahan dan kekurangan.

#1 – Mengeratkan Silaturahim

hibah silaturrahim

Pemberian hibah dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara keluarga, rakan, taulan dan juga sesama  insan di samping kita dapat menggembirakan hati pihak lain khususnya mereka yang kita sayangi.

#2 – Membantu Yang Memerlukan

hibah membantu

Selain itu, dengan pemberian hibah juga kita dapat membantu masyarakat dan golongan-golongan yang amat memerlukan bantuan serta pertolongan. Oleh itu, kita seharusnya jadikan pemberian hibah itu sebagai  satu amalan yang murni dan baik apabila kita berkemampuan untuk  melakukannya.

#3 – Menggembirakan Hati Keluarga

hibah gembira

Hibah dapat menggembirakan hati orang lain dan dengan ini mereka akan selalu mendoakan untuk kita kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan  di akhirat. Melalui hiibah juga mendidik diri kita agar tidak bersikap tamak, bakhil dan kedekut. Ini dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita dari terus bermaharajalela.

Bagaimana untuk Melaksanakan Hibah

Hibah perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup. Kalau tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Melalui faraid, harta pusaka akan dibahagikan seperti berikut.

pelaksanaan hibah

Sekiranya anda mahu harta pusaka dibahagikan dengan sama rata atau diberikan kepada yang lebih berhak, anda seharusnya melaksanakan hibah.

Kelebihan Hibah Takaful Setelah Ketiadaan Anda

hibah takaful

Melalui takaful hibah anda boleh memastikan wang insurans anda diberikan kepada individu yang anda kehendaki selepas anda meninggal dunia. Selain itu, dengan adanya hibah takaful, ini boleh membantu waris anda untuk

  • Pelupusan Hutang
  • Haji
  • Harta Pusaka
  • Nafkah Keluarga
  • Pelaburan
  • Pendidikan Anak
  • Wakaf & Sedeka

Setiap Yang Hidup Akan Merasai Mati

hadiah hibah untuk keluarga

Tidak salah sekiranya kita membuat sedikit persiapan demi keluarga tersayang. Dengan hanya RM2 sehari atau RM80 sebulan anda boleh menjamin masa depan keluarga sewaktu ketiadaan anda. Selain itu, takaful ini juga membenarkan anda mengeluarkan nilai tunai yang anda laburkan bila-bila masa sahaja.

Testimoni Penerima Manfaat Hibah Takaful

Takaful hibah merupakan satu pilihan bijak dan bukan scam. Mari kita lihat antara waris yang menerima wang pampasan apabila kematian ahli keluarga tersayang.

testimoni hibah takaful testimoni hibah takaful testimoni hibah takaful

Sertai Takaful Hibah Untuk Manfaat Keluarga Anda Apabila Anda Sudah Tiada. Hubungi Ejen Zuhdi Untuk Info!

Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi agent hibah takaful En Mohd Zuhdi Bin Zakaria melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut tentang jumlah caruman yang diperlukan setiap bulan.

takaful hibah mohd zuhdi

TAKAFUL HIBAH | PERANCANGAN KEWANGAN KELUARGA TERBAIK En. Zuhdi: Tekan untuk telefon (013-3241247) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Zuhdi Zakaria Instagram: @zuhdi_ikhlas