Islam
Jul 20, 2012, 4:42pm

Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti


Ramadhan

Ada Apa Pada Ramadhan

Ya Allah, Kau datangkan lagi Ramadhan padaku, ketika aku masih lagi tidak sempat mensyukuri ramadhanMu yang lalu, melalui hari-harimu kadangkala penuh rasa takbur dan tanpa rasa syukur, kadang aku lupa Kaulah maha penentu, ketika merasakan kebenaran itu hanya milikku. Dan dengan datangnya bulan suciMu, bulan yang penuh rahmatMu, aku bermohon,aku bersujud padaMu, memohon seribu keampunan dariMu.

Ramadhan Yang Ku Nanti

Ramadhan
Singgahmu disini sempurna,
Kebenaran janji Illahi
Silalah masuk kehalaman hati
Silalah duduk dianjung budi
Silalah sudikan apa yang ku saji
Sacangkir air sedulang hidangan
doa, zikir, solat, sedekah
puasa dan bacaan Al Quran.

Aku ikhlas memohon maaf atas segala
yang kurang dan yang tiada
terima kasih
Sudi kau memberkati
Hadirmu mewangi kasturi
Semoga dosa ku terampun
Diriku suci kembali
Syukur
Ramadhan Yang Dikasih Kini Kembali

Sumber : Rohaty Majzub

Ramai yang menanti bulan Ramadhan tapi tahukah anda Apa yang ada pada bulan Ramadhan ? Sehinggakan di dalam sebuah hadith, walaupun statusnya lemah tapi boleh dipakai untuk tujuan Fadha’il Amal.

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

10 Perkara Yang Ada Pada Ramadhan

1. Puasa
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharap-harapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Hadith Riwayat al-Bukhari )

2. Gandaan Pahala
Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan

3. Berita gembira
Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga)

4. Amaran
Hilangnya pahala puasa
Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad)

5. Zakat Fitrah
Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga.

6. Solat Tarawih
Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya

7. Lailatul Qadar
Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan.

8. Al-Quran
Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini.

9. Keredhaan
Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan.
Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita.

10. Aidilfitri
Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini.

Dengan 10 perkara mengenai Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti ini, Semoga kita lebih berilmu dan bersemangat untuk mencapai Redha Allah. Salam Ramadhan buat rakan blogger, pembaca blog hariz dan seluruh umat islam.

Sesungguhnya, Ramadhan boleh menyebabkan kita dirahmati, Ramadhan juga boleh menyebabkan kita dilaknat

Semoga rahmat Allah yang sentiasa berada di sisi hidup kita, dan semoga Ramadhan kali ini terbaik pernah kita lalui

Ya Allah mudahan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik kepada kami dengan segala amal ibadah. Jika ini adalah Ramadhan terakhir maka Engkau anugerahkan kepada kami keampunan dan kerahmatan sehingga ke hari pertemuan dengan Mu. Ameen

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: