Umum
Aug 3, 2010, 11:30am

Anda orang melayu suka penganut agama lain menggunakan nama Allah sesuka hati?


assalamualaikum,
1. Ada yang menyatakan Allah sebagai general name God atau tuhan. Bagi saya,kita tidak boleh menyamakan penggunaan Allah di kalangan masyarakat arab dengan rantau ini. di rantau ini, nama Allah begitu asing sedangkan masyarakat Quraish bersumpah dengan nama Allah, berjanji dengan nama Allah. Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah, mereka membantah menulis Bismillahirahmanirahim tetapi tidak Bismillah.Ini kerana kefahaman sifat ArRahman dan ArRahim Allah tidak mereka rasai pada masa itu. namun mereka menerima Allah sebagai Tuhan, yakni kata umum kaum arab tetapi ianya tidak di kalangan rantau ini.
Di sini belum ada tuhan jesus sama dengan tuhan siva atau tuhan gautama budha atau tuhan Gu Yin. Justeru itu adalah tidak wajar tuhan jesus disamakan dengan Allah yang kemudian akan merebak tuhan siva disamakan dengan Allah dan sebagainya.
2. isu ini bukan isu biasa. mengapa?
a) kehakiman sengaja melantik hakim bukan Islam. persoalannya dengan restu siapa high profile case dibiarkan sedemikian?
b) Kalau kes kes sensitif yang lain,kerajaan masuk campur mengapa tidak kes ini? Apakah hakim tersebut tidak merjuk pada higher authorities(sepatutnya tidak tapi di Malaysia ia sebegini)?
– bagi saya, ada udang disebalik batu, serampang 2 mata. mengapa ia dibenarkan sedemikian dibincang, dipaparkan, dibenarkan berdemonstrasi(menghina keputusan mahkamah) dan membantah?
Ia bertujuan untuk membangkitkan sesitiviti orang melayu agar bersatu, duduk bawah 1 payung dengan kumpulan atau parti tertentu sebagai champion nanti. ini pernah berlaku 5-7 tahun yang lalu apabila dibangkitkan isu air dengan singapore yang membuat rakyat bersatu dan menanglah dia dalam PRU11 dengan gayanya. sedangkan kalau diteliti, siapakah yang membenarkan perjanjian tersebut? -saya bertanya…apakah ada pakatan sulit u rub my shoulder and i rub yours? ia memberi kesan positif pada pemerintah singapore n pemerintah malaysia kerana semangat ‘patriotism’.
3. Jika kita mengimbau sejarah negara, andaikata isu sensitf dikeluarkan secara tersusun, maka ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku, satu perancangan besar. mula mula media perdana sengaja mendedahkan perihal kehilangan enjin jet adalah sesuuatu yang luarbiasa kerana jika ini berlaku di negara lain, menteri yang berkenaan pada waktu itu akan diminta letak jawatan, begitu juga dengan jeneral jeneral masa itu kerana bak kata perpatah “apa yang berlaku bawah selimut sendiri pun tak tahu”. Sekarang ini penggunaan Allah merujuk pada tuhan dibenarkan oleh mahkamah yang dibawah kawalan kerajaan tetapi kali ini seolah olah kerajaan tidak ada campur tangan. wallahu ‘alam.
Ada yang mungkin bertanya, teruk sangat ke Iman kita sampai tak dapat membedakan dan ini tidak mungkin. Bagai saya, mereka yang melontarkan pandangan sedemikian hanya melihat kemelut ini dari jauh dan tidak terjun dalam menneliti kemelut masyarakat Melayu serta kancah perjuangan menghadapi masalah murtad.
Bagi saya, bab penggunaan nama Allah ini memang wajib kita bantah agar umat Islam terutama yang kecil, yang pendidikan agama dalam keluarga cetek serta tidak beramal dengan syariat agar tidak keliru, tetapi dalam waktu yang sama jangan kita melatah sehingga menjadi bidak dalam permainan pihak tertentu atas tujuan tertentu.
wallahu ‘alam.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: