Umum
Dec 8, 2013, 11:24am

Anak Perantau di Kuala Lumpur Bandar Metropolitan


Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat ilahi dengan izinNya. Kini sudah sebulan lebih saya berada di Kuala Lumpur Bandar Metropolitan yang penuh dengan warna warni. Menangis? Ketawa? Sedih? Gembira? dan 1001 rasa lagi yang berada dalam jiwa dan diri ini. Kehidupan sangat berubah bila jauh daripada keluarga, kembar dan juga kawan-kawan. Segala-galanya disini hanya seorang diri. Sangat unik dan asing !

Apa tujuan datang ke kuala lumpur?

Ramai yang menyangka saya datang ke sini adalah untuk bekerja dan telah tamat belajar. Sebenarnya tujuan saya datang di Kuala Lumpur ini adalah untuk Latihan Industri selama 6 bulan bagi mendapatkan Segulung Diploma Sistem Komputer.

Alhamdulillah saya bertuah dan bernasib baik dapat sebuah syarikat yang benar-benar dalam bidang yang saya minat iaitu Network Security dan position saya di syarikat ini adalah System Engineer dan bertanggungjawab untuk belajar dan improve skill dalam Security. Bunyi pasti kelakar, budak diploma boleh bekerja dan belajar sebagai position Engineer. Tapi inilah realitinya rezeki daripada Allah.

Semoga saya dapat terus bekerja di syarikat ini selepas tamat latihan industri. Dan semoga boleh ubah kehidupan saya dan keluarga bagi masa-masa mendatang. Allahuma Ameen.

Ramai yang tanya kos hidup tak tinggi ke di kuala lumpur?

Tipu kalau saya cakap kos hidup di Kuala Lumpur ini tidak tinggi. Tambahan pula saya adalah pelajar praktikal. Berapa ratus sangat elaun yang saya dapat?

Saya perlu menyediakan duit hampir RM500 untuk sewa bilik dan saya perlukan RM500 lagi untuk makan dengan ala-ala kadar. Itu belum lagi keluar makan angin berjimba sana sini. Beli baju dan barang keperluan harian ?

Ini sangat sukar ! Saya bukan keluarga yang senang. Tetapi alhamdulillah Allah masih beri saya kekuatan dan rezeki untuk jalani kehidupan disini.

 Bagaimana hidup seorang diri disana?

Secara jujurnya, kehidupan saya disini adalah semata-mata untuk belajar dan bekerja. Waktu untuk berseronok, berkawan adalah sangat terbatas. Lagipun saya mana ada kawan disini. Hidup saya weekdays adalah sibuk dengan kerja 9pagi – 7petang. Bila travel saya pernah bekerja 9pagi-7pagi iaitu troubleshoot network.

Syarikat saya sebuah syarikat yang kecil tetapi mempunyai projek yang sangat besar. Maka terlalu banyak perkara yang perlu saya belajar dan buat. Kemudian boleh dikatakan setiap minggu saya akan pergi ke customer site dan juga travel untuk meeting project, customer problem, new project dan yang paling best adalah training dan events. Kira-kira hanya seminggu cuma sekali saya masuk office atau terkadang 1minggu sekali pun tak masuk.

Serious talk, saya bekerja hanya berkawan dengan director dan customer. Engineer yang lain sangat susah nak jumpa. Semua sibuk dengan kerja masing-masing. Manakala dirumah saya cuma berkawan dengan laptop dan smartphone.

Teman berbual? Hanya family di kampung. Mama dan maksu dan kembar perlu tadah telinga setiap hari untuk mendengar masalah, masalah, masalah Anak Perantau di Kuala Lumpur Bandar Metropolitan ini. Saya bersyukur masih ada mereka semoga Allah pelihara mereka. Allahumma Ameen.

Hari minggu saya cuba dan pastikan dalam sehari akan keluar jenjalan di bandar Kuala Lumpur, join apa-apa event blogger untuk release tension supaya saya tidak diserang penyakit Over Hypertension. Kerja system engineer ini bukan mudah, setiap hari ada saja problem-problem yang perlu diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. Ini selalu buat saya sangat stress. Sehinggakan sebaik saja saya sampai dirumah letak kepala atas bantal terus terlelap sehingga subuh tanpa mandi dan solat. Astaghfirullah Al-Azim.

Tips untuk merantau dan menjadi anak perantau?

Saya tak pandai nak bagi tips tetapi apa yang selalu mama saya berpesan apabila berada di tempat orang adalah seperti berikut.

  1. Jaga solat
  2. Jaga hubungan dengan Allah
  3. Jaga adab sesama manusia
  4. Jangan buat masalah dan susahkan orang.
  5. Ingat asal usul dan fikir apa niat untuk berada disana

Berikut pula adalah apa yang saya lakukan disini.

  1. Senantiasa bertegur orang dikawasan rumah. (Pengawal keselamatan, makcik cleaner, masyarakat setempat)
  2. Telefon keluarga di rumah sekurang-kurangnya seminggu 3 kali
  3. Pergi bersenam, gym, swimming pool
  4. Selalu pergi event atau kenduri atau perkara yang boleh mengeratkan silaturrahim.
  5. Pastikan 1 minggu sekali untuk anda “release tension” buat perkara yang menggembirakan.

Mungkin rakan-rakan ada tips atau pengalaman merantau yang lebih hebat untuk dikongsikan bersama? Sila tinggalkan kisah pengalaman anda diruangan komen di bawah untuk tatapan ramai. Doa saya semoga semua anak perantau dipermudahkan dan dipelihara oleh Allah Azza Wajalla. Dan semoga mengecapi kejayaan ! Amin Amin Ya Allah.

Ini adalah artikel yang ditulis untuk menyertai pertandingan hadiah akhir tahun anjuran Blog Denaihati.com.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: