Review
Mar 30, 2018, 9:54am

Amalkan Gaya Hidup Sihat dengan Essens Health


  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai umat manusia yang hidup di muka bumi ini, amalan gaya hidup sihat amatlah perlu dalam menjalani kehidupan seharian. Ia bukan sahaja merangkumi aspek kesihatan tubuh badan malah termasuk juga aspek kesihatan emosi. Maka, tersangatlah penting untuk memastikan diri sentiasa berada dalam persekitaran yang baik dan juga menggembirakan.

Selain Gaya Hidup Sihat

Umumnya manusia berusaha untuk kekalkan kesihatan tubuh badan melalui aktiviti senaman atau bersukan. Terdapat sesetengah individu lain yang juga menggunakan pendekatan melalui diet pemakanan. Namun, perasan atau tidak bahawa di dalam aspek kehidupan seharian terdapat dua cabang yang mengoptimumkan kelangsungan tubuh badan.

Dua cabang berkenaan ialah kesihatan dan juga gaya hidup sihat. Nah! Sekarang mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kaitan antara keduanya dan mungkin juga ada yang merasakan kedua-dua perkara tersebut adalah dari aspek yang sama.

Antara Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat

Antara Gaya Hidup Sihat

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan itu ditakrifkan sebagai kesempurnaan dari segi fizikal, mental dan sosial yang bukan hanya tertakluk kepada bebasnya tubuh badan daripada sebarang penyakit semata-mata.

Bagi struktur organisma, kesihatan itu adalah satu imbangan di mana tenaga dan jisim yang keluar masuk berada dalam keadaan keseimbangan untuk membolehkan pertumbuhan. Dalam erti kata lain, kesihatan juga bermaksud kemampuan untuk meneruskan hidup. Kitaran ini berlaku secara semulajadi dalam ketentuan yang telah ditetapkan oleh yang Maha Mencipta.

Gaya Hidup Sihat

Untuk manusia pula, definisi kesihatan sebenarnya lebih daripada itu. Ini kerana manusia diciptakan dengan akal yang berkemampuan untuk melakukan analisa dan merancang aktiviti kesihatan seharian. Bermakna kesihatan bagi manusia adalah sesuatu pemahaman yang subjektif.

Untuk merasai nikmat sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan memastikan tiada sebarang risiko yang mengganggu kesihatan sistem tubuh badan. Di sinilah wujudnya amalan gaya hidup sihat. Apabila seseorang itu memahami pemaknaan kesihatan, maka segala aktiviti yang bersesuaian pasti terhasil.

Amalan Gaya Hidup Sihat

Terdapat Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat merupakan siri aktiviti atau program yang dirancang secara konsisten untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang optimum. Aktiviti-aktiviti yang dirangka itu pula tidak semestinya bersifat formal dan merumitkan.

Siri aktiviti itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bergantung kepada target dan matlamat yang telah dirancang. Secara umumnya terdapat lima amalan yang diklasifikasikan sebagai gaya hidup sihat.

Pengambilan Makanan Yang Seimbang

Sebenarnya pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan diet pemakanan yang betul adalah kunci utama kepada kesihatan. Amalan pemakanan yang tidak sihat menjadi faktor seseorang itu mudah mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis dan seumpamanya.

Antara cara Gaya Hidup Sihat

Tubuh badan manusia sangat memerlukan kepada zat serta vitamin yang mencukupi termasuklah amalan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Aktiviti Senaman

Aktiviti senaman yang konsisten juga merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Melalui senaman, ia akan membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh dan memastikan jantung menjalankan fungsinya dengan baik. Selain itu, dengan senaman juga, seseorang individu akan mudah berpeluh. Peluh yang keluar adalah salah satu cara bagaimana tubuh badan manusia menyingkirkan sisa toksik dalam badan melalui kulit.

Selain cara Gaya Hidup Sihat

Ramai yang beranggapan bahawa bersenam adalah aktiviti sangat sukar dilakukan. Walhal, aktiviti senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja samada di dalam rumah, di taman-taman rekreasi dan juga di kawasan-kawasan lapang selain gymnasium. Untuk mendapatkan kesan yang optimum, lakukanlah aktiviti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa kira-kira 20 minit.

Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Mari Gaya Hidup Sihat

Menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakkan individu dimana mereka hanya cenderung untuk berjumpa doktor setelah mendapati mereka menghidapi sesuatu penyakit. Sebenarnya pemeriksaan kesihatan tidak terhad kepada itu sahaja.

Setiap individu disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memastikan sebarang masalah dikesan dengan lebih awal. Tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria.

Menjaga Kebersihan

Cara Gaya Hidup Sihat

Tempat tinggal termasuklah kawasan persekitaran perlu dipastikan bersih dan terhindar dari segala kekotoran yang terhasil daripada sampah-sarap. Persekitaran yang bersih juga mengelakkan daripada kehadiran serangga-serangga yang mengganggu kehidupan seperti lalat, nyamuk atau lipas.

Jagalah kebersihan kawasan sekitar dengan melakukan aktiviti gotong-royong sekali-sekala dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Amalan ini merupakan amalan yang sangat mulia dan wajar diterapkan kepada anak-anak seawal usia.

Mempunyai Rehat Yang Mencukupi

Jadi Gaya Hidup Sihat

Tidak dinafikan lagi bahawa rehat yang cukup sangat membantu dalam menjalani gaya hidup sihat. Setelah berhempas pulas dalam melaksanakan tugasan harian, mengamalkan diet yang seimbang dan juga aktiviti senaman yang terjadual sudah pasti banyak tenaga yang sudah habis digunakan.

Maka, mempunyai rehat yang cukup bukan lagi idea kosong bahkan menjadi suatu keperluan yang penting untuk melengkapi kesemua aspek amalan kesihatan. Tidur merupakan elemen penting bagi menentukan tahap kerehatan seseorang. Ini kerana ketika tidur sahaja, otak manusia akan dipulihkan kembali di samping berlakunya mekanisme pembaikan dalam tubuh.

Kenali Essens Health

logo essence health cara hidup sihat

Essens Health merupakan salah satu jenama yang terkemuka dan berkualiti tinggi dalam penghasilan supplements kesihatan. Pihak Essens Health sangat komited untuk mempelbagaikan produk supplements bagi memenuhi keperluan pengguna.

Mengambil kira faktor ekonomi semasa dan kenaikan harga ubat-ubatan di pasaran sekarang, tidak hairanlah sekiranya Essens Health mampu bersaing menjadi produk yang berkesan, selamat untuk digunakan dan berkualiti tinggi dengan harga yang mampu dimiliki. 

5 Falsafah Utama Essens Health

Terapat cara Gaya Hidup Sihat

Dengan berteraskan kepada 5 falsafah utama, Essens Health menjamin bahawa produk supplements keluaran mereka adalah selamat untuk digunakan. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan semulajadi yang juga mengambil kira jumlah penggunaan gula yang sangat rendah.

Essens Health sangat menjaga kualiti produk supplements yang dihasilkan sehingga mencapai ketetapan yang terdapat di dalam ISO untuk menjamin standard sebagai pengeluar produk kesihatan. Yang paling penting, produk supplements keluaran Essens Health telah mendapat pengesahan Halal dari pihak JAKIM dan kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dapat Gaya Hidup Sihat

Maka, tidak perlu ragu-ragu lagi berkenaan ketulinan produk Essens Health kerana pihak mereka hanya menfokuskan kepada 5 falsafah berikut:

  • 100% bahan semulajadi
  • Keberkesanan dijamin
  • Kesan yang cepat
  • Tiada penggunaan sebarang bahan kimia terlarang
  • Tidak mengandungi bahan-bahan berasaskan haiwan atau tidak dilakukan eksperimentasi dan ujikaji ke atas mana-mana haiwan

Amalkan Gaya Hidup Sihat dengan Essens Health – Asli dan High Grade

Gaya Hidup Sihat

Secara umumnya, terdapat empat kategori produk yang disediakan oleh Essens Health dalam membantu seseorang melengkapi amalan gaya hidup sihat iaitu kategori kesihatan umum, kategori protein dan juga kategori skin care. Jom kita kenali setiap kategori produk Essens Health.

Produk Kesihatan Umum

Di bawah kategori kesihatan umum, terdapat 4 produk yang penting iaitu Alkalising Green Plus, Essens Virgin Coconut Oil, Green Coffee with Svetol dan juga Victus Tribulus Plus.

  • Alkalising Green Plus – penawar penyakit gastrik
Cari Gaya Hidup Sihat

Salah satu fahaman umum berkenaan gastrik ialah melalui pengambilan ubat tahan sakit sudah cukup untuk mengurangkan rasa sakit gastrik tersebut. Tetapi ramai yang masih tidak sedar bahawa sesetangah ubat tahan sakit mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh mengurangkan penghasilan prostaglandin, seterusnya menyebabkan lapisan perut mudah terhakis oleh asid gastrik.

  • Essens Virgin Coconut Oil – solusi untuk membantu kurangkan berat badan
Mnecari Gaya Hidup Sihat

Satu di antara makanan pembakar lemak yang paling berkesan adalah lemak dari kelapa atau lebih dikenali sebagai minyak kelapa dara (VCO), dimana ia mampu membantu mengekalkan kadar kandungan gula dalam darah sepanjang hari dan juga menaikkan kadar metabolisma tubuh badan. Tahukah bahawa salah satu cara terbaik untuk menghalang tubuh dari mengumpul lemak dan menjadi gemuk ialah dengan cara makan lebih banyak lemak.

  • Green Coffee with Svetol – pembakar lemak yang dijamin berkesan
Gaya Hidup Sihat

Percaya atau tidak, produk ini dikatakan boleh mengurangkan berat badan dengan lebih efektif dan selamat digunakan. Ekstrak Green Coffee Bean yang terbaik ialah daripada hasil pengeluaran biji kopi yang belum dipanggang. Kesan daripada pemanggangan biji kopi akan mengakibatkan jumlah CGA ataupun chlorogenic asid berkurang.

Maka, biji kopi ini mengandungi konsentrasi CGA yang lebih tinggi berbanding dengan biji kopi biasa. Melalui kajian, chlorogenic asid dikatakan mampu mengelakkan diabetes, sakit jantung dan juga dapat mengurangkan berat badan.

  • Victus Tribulus Plus – sumber tenaga khusus bagi lelaki
Gaya Hidup Sihat

Victus Tribulus Plus, mengabungkan kebaikan tiga ekstrak herba yang terbaik. Ia mengandungi ekstrak tongkat ali yang diekstrasikan oleh Institut Bio-Product Development dari UTM. Manakala ekstrak tribulus terrestris dan ginkgo biloba yang telah dipiawai dengan teliti.tribulus dan juga Gingko Biloba.

Produk ini sangat berkesan untuk mereka yang aktif bersukan, para penggiat gym, untuk mengatasi masalah badan sentiasa letih dan tidak bertenaga, sering melakukan kerja-kerja berat dan juga kesihatan seksual para suami.

Produk Protein

Gaya Hidup Sihat yang betul

Di bawah produk protein pula, ia dikenali sebagai W.O. Protein atau Work Out Protein. Terdapat dua perasa iaitu coklat dan vanilla. Produk ini dirumus khas untuk para bina badan atau penggiat gym yang inginkan bentuk badan idaman. Produk protein ini merupakan produk protein pertama yang mendapat pengiktirafan JAKIM.

Protein sebenarnya sangat penting untuk membentuk otot-otot badan dan memperbaiki semula tisu-tisu yang mungkin rosak atau koyak kesan daripada rutin” work out” di gym. W.O. Protein mengandungi bahan Asli. Tidak mempunyai pewarna tirua, rendah kandungan gula/lactose, tidak mempunyai kandungan hormon dan selamat digunakan bagi lelaki dan perempuan.

Produk Skin Care

Gaya Hidup Sihat dengan betul

Serum Oryzalac adalah gabungan nutrien padi dan bakteria baik yang bertindak untuk menyeimbangkan keadaan kulit supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Serum ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. Ramuan utamanya, Oryza Sativa pula adalah sumber nutrien dan antioksida yang bertindak menghapuskan masalah kulit kronik.

Gabungan teknologi probiotik dan 100% organik di dalam Oryzalac mampu meningkatkan lagi kepantasan dan menjamin hasil mujarab yang diperolehi selepas penggunaan. Proses rawatan yang bakal berlaku adalah bermula dari lapisan paling dalam pada tekstur kulit yang akan menunjukkan perubahan ketara seawal 3 hari sahaja.

Testimoni Essens Health

Gaya Hidup Sihat Selain cara untuk Gaya Hidup Sihat Gaya Hidup Sihat

Segera Dapatkan Produk Essens Health Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat Sekarang!

Rangkaian produk Essens Health daripada herba terbaik dunia sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Sebagai seorang yang mementingkan gaya hidup yang lebih sihat, amalkan produk Essens Health untuk menjaga kesihatan kita. Jom order sekarang tau! Selain ada cara Gaya Hidup Sihat

ESSENS HEALTH | PEMAKANAN MEMBENTUK CARA HIDUP SIHAT Hubungi: Tekan untuk telefon (6013-3815817) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Essens HQ Website: www.essenshealth.com Email: info@essenshealth.com