Insurans
Apr 6, 2018, 11:12am

Allianz Malaysia Berkerjasama Dengan PolicyStreet


Allianz Malaysia berkerjasama dengan PolicyStreet

Kuala Lumpur, 5 April 2018 – Allianz Malaysia Berhad berkerjasama dengan PolicyStreet untuk memberikan rakyat Malaysia dengan akses perkhidmatan dalam talian yang lebih baik untuk produk insurans.

PolicyStreet merupakan syarikat teknologi insurans yang menawarkan perkhidmatan dalam talian bertujuan untuk memberikan penyelesaian insurans mudah dan mampu milik yang menepati citarasa keperluan pelanggan. Melalui kerjasama baru ini, PolicyStreet akan menawarkan empat produk digital Allianz, termasuk Enhanced Road Warrior, Smart Home Cover, Allianz Travel Care, dan Allianz Flight Care.

“Dalam memperbaharui cara perniagaan kami – menerapkan penggunaan teknologi digital dan mengutamakan perkhidmatan – Allianz melabur dalam strategi digital dan memberikan penyelesaian yang selari dengan cabaran dalam industri dan mengambil kesempatan atas peluang-peluang untuk memperbaiki dan membentuk semula perniagaan insurans. Ini juga termasuk menawarkan saluran-saluran yang berdaya usaha dimana pelanggan-pelanggan boleh mempunyai akses berterusan untuk produk-produk kami. PolicyStreet melengkapkan kerjasama ini, dengan menawarkan sebuah platform dimana Allianz boleh mengembangkan capaian dalam ruang digitial di samping menggunakan platform tersendiri kami iaitu Allianz Online,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkenalkan portfolio insurans lengkap untuk pelanggan-pelanggan dalam talian. Enhanced Road Warrior ialah perlindungan kemalangan peribadi yang juga menawarkan perkhidmatan dan pertolongan 24-jam di pinggir jalan secara menyeluruh.

Allianz Travel Care juga memberikan pengembara ketenangan minda dengan menawarkan perlindungan kemalangan peribadi, perbelanjaan perubatan dan kesulitan perjalanan, sementara Allianz Flight Care memberi pampasan untuk pelanggan yang mengalami penangguhan penerbangan domestik yang melebihi 30 minit.

Lee Yen Ming, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet berkata: “Kami teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan peneraju syarikat insurans di Malaysia, Dengan kerjasama dengan Allianz, kami kini boleh menawarkan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan-pelanggan kami untuk mendapatkan produk Allianz dalam talian. Sebagai permulaan untuk kerjasama ini, PolicyStreet menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk semua produk perlidungan Allianz yang dibeli melalui www.policystreet.com sehingga 30 April 2018.”

Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan oleh Allianz, layari lawan sesawang Allianz di Allianz.com.my. Anda juga boleh memperolehi maklumat lanjut berkenaan produk yang disenaraikan yang boleh dibeli melalui PolicyStreet di www.policystreet.com.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: