Umum
Jul 5, 2012, 2:39pm

Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu


Semalam PH terima panggilan telefon daripada kawan PH pada jam 11.38pm tuan empunya Laptop Lenove Z470 masuk air motherboard rosak. Time tu sebenarnya sudah terlelap, oleh kerana PH ni kalau dengar bunyi handphone mudah angkat. Haa, kiranya kalau kecemasan insyaAllah kalau handphone tak vibrate memang akan angkat. Kalau vibrate Sorry Sorry Chupke Chupke nak angkat.

Child Islam

Pasti ramai rakan PH yang tahu 15 June 2012 yang lalu, PH dilanda musibah yang kiranya amat berat bagi PH. Hampir-hampir mahu putus asa akibat kawan punya Laptop Lenove Z470 masuk air. Sudahlah masa tu ada lagi 4 paper final exam. Hanya Allah saja yang tahu. Tapi oleh kerana ramai rakan-rakan di twitter, facebook, pembaca blog PH sendiri dan juga rakan-rakan terdekat dan yang penting my mom sendiri beri semangat pada PH rasa lega sedikit. Terima Kasih Kalian.

Doa Aku dan Kamu Sentiasa Allah Dengar

Korang tahu kenapa kawan PH call lelewat macam itu? Tak kan? Sebenarnya dia cakap kat PH bahawa Laptop Lenove z470 dia sudah pulih sepenuhnya cuma dengan harga RM300. Ya RM300 tukar motherboard rosak dalam masa 3 hari. Cepat kan? Masa itu PH tak percaya dan tanya banyak kali pada kawan PH,

PH : eh betul ke weh? Ko jangan main-main.
Kawan PH : betul la. Buat apa aku nak tipu? aku sekarang tengah online pakai laptop aku la ni.
PH : Ya Allah, Alhamdullilah, Alhamdullilah. Segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian Alam.
Kawan PH : Nanti aku pulangkan semula duit ko yang lebih tu ye.
PH : Baik-baik terima kasih banyak-banyak tau dan minta maaf.

Sujud Syukur

Arghhhh. Serius, selepas saja matikan telefon PH terus sujud syukur pada Allah dan menangis teresak-esak. Ternyata Allah Mendengar Doa Aku. Allah Mendengar Rintihan Aku, Allah dekat Dengan Aku. Allah Duga Aku Tanda Allah Sayang Aku. Bukannya Allah mahu bebankan aku, tetapi Allah rindu pada aku. Dia mahu, aku sentiasa dekat padaNya. Jalankan kewajipan aku sebagai mukmin. 🙁

Ternyata aku terlupa, aku lalai bila waktu susah baru aku ingat Allah. Bila aku dilanda musibah baru aku bangun solat malam, baru berjanji itu ini bernazar pada Allah. Betapa hinanya diri ini kan 🙁 Rakan-rakan Ingatlah Allah Sentiasa Mendengar Rintihan Hamba-HambaNya. Dan sentiasalah Bersangka Baik Dengan Dugaan Allah. Janganlah bila musibah lenyap doapun hilang.

ProfHariz : Muhasabah diri, terus bergantung harap walau diuji musibah atau dibelai nikmat. Ingatlah Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: