Umum
Jun 24, 2012, 6:30am

Allah Duga Tanda Allah Sayang


16 june 2012 merupakan ulang tahun kelahiran kembar blogger. Percayalah ini adalah kali pertama PH sambut ulang tahun kelahiran dengan seorang diri. Jika sebelum ini PH akan sambut birthday bersama kembar tersayang dan akan mendapat pelukan dan kucupan di pipi dan doa yang indah dari mama buat anaknya. Macam kelakar kan bunyi, dah besar pun masih nak dekat dengan keluarga. Ya ! Kini aku dah belajar untuk menyambut birthday secara seorang diri di bumi melaka. Jauh dari family.

Allah Duga Tanda Sayang

Selalunya bila ulangtahun Kelahiran pasti semuanya akan indah-indah sahaja kan? Tidak pada PH. Mengapa ? Dalam sibuk mengira 3 Minggu Lagi Di Bumi Melaka dan memang buat persiapan untuk final exam ada pula bala yang menimpa pada 15 June 2012 iaitu pada hari yang mulia penghulu segala hari Hariz terpaksa menerima kenyataan bahawa Laptop Lenovo kawan PH masuk air. Masa itu hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan PH. Terkedu, terkesima. Hanya mampu beristighfar.

Kenapa Allah Duga Aku ?

Pada hari rabu PH ada pinjam Laptop Lenove Z470 dari kawan kononnya nak guna transfer barang sebab PC dalam bilik asrama kena format. Sudah pinjam tak reti nak pulangkan maka sampailah hari jumaat. Jumaat pagi PH letak botol air dalam locker dan PH tengok pada pagi tu memang ada laptop. Roomate PH letakkan sebab locker PH memang sentiasa kunci, Oleh kerana PH ni seorang yang agak berjaga-jaga. Kalau kita leka sikit mulalah ada yang tangan panjang kan. Em bila tengahari roomate PH pun keluarkan laptop nak guna untuk melayari internet.

Masa tu PH sibuk mengadap PC, bila roomate buka dan baru saja nak masuk facebook terus laptop terpadam. Bila laptop terpadam roomate PH cuba tengok pada keyboard. Eh, basah bila tengok pada bahagian belakang pun basah. Nah…….. habis dah, Roomate PH pun buka locker PH dan check eh air tumpah.

Din, laptop Mun masuk air. Time tu apalagi. Biar betul weh ? Lalu terus meninggalkan PC dan terus check pada Laptop mun tu. Ya Allah, Laptop masuk air, cuba goncang-goncangkan laptop. Umangaiii keluar air dari DVD Drive, keluar air dari keyboard. Terus cabut semua bateri, buka ram, buka hdd dan cuba untuk keringkan. Selesai buka terus bergegas solat jumaat sebab waktu itu sudah pukul 1. Kembalinya dari masjid dan hati mula tak sedap call semua kawan-kawan yang pandai dalam bab-bab laptop. Mereka cakap kalau macam itu memang susah nak selamatkan lagi.

Allah Takdirkan Dugaan Untuk Menyedarkan 

Sebenarnya PH ada pegang satu ayat ni

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286

Bila terima musibah ni terus cakap. Allah duga aku ini sebab aku mampu. Padahal masa itu hanya Allah saja yang tahu, Bayangkan lah paper ada lagi 4. Musibah macam ni pulak mai. Sudahlah tak ada duit, Hampir dah putus asa pada 16 June malam ahad. Sebab nak study tak masuk. Tapi percayalah bila kita banyak istighfar dekat diri pada Allah. Kita tidak akan melakukan perkara diluar jangkaan.

Bersangka Baik Dengan Dugaan Allah

Sesungguhnya Allah menciptakan cinta dan Dialah juga yang menghamparkan bahagia. Dia yang mengutuskan duga dan Dialah juga yang mengirimkan hampa. Namun hakikatnya itu semua adalah bukti kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya dan juga sebagai kayu ukur menguji keimanan kita kepadaNya.

Bukannya Dia tidak tahu betapa sedihnya hatimu dan sengsaranya jiwamu. Apabila bahagia yang dipinta namun penderitaan yang tiba. Bukannya Dia ingin menzalimi hamba-hambaNya sedangkan kita semua diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Namun yang sebenarnya, semua itu ditakdirkan sebegitu kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hati yang pernah di’ratah’ dengan kesedihan, jiwa yang di’baham’ dengan penderitaan, akan tiba satu masa pasti mencari tempat pergantungan dan ketika disitulah seorang hamba yang benar-benar beriman akan kembali kepadaNya dalam kehidupan. Dia mengetahui hati dan jiwa sebegini akan lebih dekat dan akrab denganNya dengan merintih dan memohon kepadaNya.

Kekadang Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya. Adakalanya musibah itu terjadi untuk menyedarkan jiwa dan hati di atas perbuatan yang telah kita lakukan.

Usahlah berdukacita dengan kesusahan

Betapa hebatnya perancangan dan ketentuan Allah Ta’ala, tidak mengira tempat dan juga masa, setiap detik yang Dia ciptakan pasti ada rahmat dan hikmah yang terkandung disebaliknya. Namun hanya orang terbuka hatinya yang mampu mencari hikmat tersebut. Oleh itu, sucikanlah hati dan bersihkan jiwa agar hati kita sentiasa terbuka dengan hidayahNya.

Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan kerana di sebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan kerana tidak mustahil di sebaliknya sedang menanti di akhirnya penderitaan dan kesengsaraan.

Ingatlah, kita tidak mampu untuk menafsir apa yang bakal berlaku pada masa depan hatta sesaat pun kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku. Setiap sesuatu dalam hidup ini bukanlah satu kepastian di masa depan sebagaimana dalam sangkaan kita. Everything happens for a reason… Wallahu’alam. Sumber : Halaqah.net

Sekarang Laptop Lenove Z470 PH hantar pada OK Computer Solution Doa semoga mereka dapat baiki motherboard bayar RM350. Daripada beli Motherboard baru RM8xx – RM1xxx. Semoga Aku tabah menghadapi Ujian Allah.

ProfHariz : Sebenarnya entri ini ditaip pada 17 June 2012. Baru pagi ini ada feel untuk sambung semula dan publish.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: