Umum
Sep 7, 2014, 9:13pm

Alami Gangguan Peperiksaan Online SPA? Buat Aduan dan Duduki Peperiksaan Semula !


Ya.

Saya tahu ramai yang menghadapi masalah ketika peperiksaan online penguasa kastam gred w41 pada 6 September 2014 semalam.

Gangguan Peperiksaan Online SPA

Masalah yang saya terima daripada list profhariz adalah seperti berikut :

  1. Tidak dapat login
  2. Soalan tak dapat save walaupun sudah habis dijawab
  3. Exam bermula lewat 20 minit
  4. Sudah jawab tetapi masih merah (sepatutunya warna hijau
  5. Dan sebagainya

Saya juga berpengalaman dan menghadapi masalah seperti anda dalam peperiksaan online penguasa kastam gred w27 yang lepas. Sila rujuk dan membaca artikel emosi saya di Portal Rasmi SPA ZALIM Kepada Calon Peperiksaan Online. Sebab itu awal-awal saya sudah sediakan artikel Checklist Peperiksaan Online Online SPA supaya anda bersedia dan tidak menggelabah.

Team Jaga Peperiksaan Online SPA

Saya tahu bukan mudah untuk kita mengawal peperiksaan online SPA dan saya faham mereka sudah buat sehabis baik tetapi lebih eloklah pihak SPA mengkaji semula peperiksaan online ini kerana calon yang menduduki peperiksaan itu bukan sahaja dari malaysia tetapi seluruh dunia. 

Kerja keras SPA wajar diberi kredit. Peperiksaan online ini buka lebih banyak peluang kepada calon  untuk hadir menduduki peperiksaan berbanding exam offline sebelum ini.

Calon peperiksaan Online SPA Penguasa Kastam di benarkan menduduki peperiksaan semula pada 10 September 2014

SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA memohon maaf berikutan gangguan pada server atau pelayannya sehingga menyebabkan sebahagian daripada 84,000 calon tidak mendapat menduduki peperiksaan dalam talian bagi jawatan Penguasa Kastam, Gred W41 semalam.

Pada masa yang sama Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, meminta calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu supaya menghantar aduan kepada SPA.

Justeru itu, calon yang menghadapi masalah boleh menghantar aduan kepada SPA menerusi http://aduan.spa.gov.my/AduanExam

SPA kata beliau, akan memohon untuk membenarkan calon menduduki peperiksaan itu untuk kali kedua yang dijadual pada Rabu depan. 

Sumber : Berita Terkini TV3

Siapa Yang Perlu Buat Aduan Dan Retest ?

Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang perlu buat aduan dan perlu retest peperiksaan online ini ialah mereka yang menghadapi masalah. Masalah seperti yang saya nyatakan pada awal artikel ini. Jika anda fikir anda tiada masalah maka tak perlu duduki semula.

Begitu juga peluang retest ini hanya kepada calon yang menghadapi masalah dan buat aduan. Jika anda hadapi masalah dan tidak buat aduan maka anda tidak layak.

Cara Buat Aduan Peperiksaan Online SPA ?

Sila ikut kaedah dibawah untuk melayakkan anda menduduki peperiksaan kali kedua:

1. Laman Aduan SPA di http://aduan.spa.gov.my/AduanExam

Aduan Exam

Jika sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian urusetia bahagian peperiksaan

  • 03-8880 6468
  • 03-8880 6405
  • 03-8885 6347
  • 03-8885 6303
  • 03-8885 6344

Selesai aduan? Nantikan email untuk retest semula exam anda. InshaAllah biasanya dalam masa 12 – 24jam sebelum exam bermula. InshaAllah sebagai langkah dan keutamaan saya untuk membantu calon peperiksaan online penguasa kastam. Maka jualan Nota Rujukan Penuh dibuka selama 1 hari. Sila beli di Nota Rujukan Penuh Penguasa Kastam Gred W41.

ProfHariz : InshaAllah teruskan panjangkan artikel ini dengan menekan butang share supaya mesej ini sampai kepada semua calon yang hadapi gangguan. 

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: