Motivasi
Apr 23, 2014, 8:34am

Aku Usaha Kenapa Perlu Doa Untuk Kurus?


Doa Tanpa Usaha

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Azza Wajalla, La haula wa la quwwata illa billah. (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata). Saya mendapat tentang hebat dengan mengepost status seperti di atas.

Prof Hariz : (6.15am) ?#?JomKurusPH? Nak kurus tapi jangan lupa berdoa dan usaha

Ridhauddin Hariz : (7.25am) Alahhhhh, aku dah usaha. Tak berdoa pun mesti boleh kurus kan? See : 17kg dalam masa 2bulan https://profhariz.com/berjaya-menurunkan-berat-badan-17kg-dalam-2-bulan/

Saya bersyukur kepada Allah Azza Wajalla, kerana ramai yang menentang saya habis-habisan dan mengatakan itu dan ini dengan kenyataan saya bahawa Aku Usaha Kenapa Perlu Doa Untuk Kurus?. Kenapa perlu doa? Sedangkan usaha tangga kejayaan kan?

Sabar abang, adik, kakak, makcik pakcik semua. Status itu adalah saya mahu membawa anda semua berfikir. Ramai orang dalam hidup ini berusaha habis-habisan dalam kehidupan tetapi berapa ramai yang usaha dengan berdoa dan tawakkal kepada Allah? Bila diet lambat turun melenting. Bila buat itu ini melenting. Hehehe. Dah perbetulkan niat? Nak kurus sebab nak buktikan pada pakwe? makwe? makcik jiran sebelah? Itu tidak matang. Dalam isu #JomKurusPH saya lihat begitu ramai yang diet, sanggup tak makan apa semua. Ada yang sanggup berpuasa hanya untuk kurus. Tetapi bab solat? doa? Ada nak pinta? Nak mohon?

Banyak manusia bila mahu mencapai impian dan kejayaan. Mereka usaha tetapi mereka lupa untuk berdoa dan tawakkal. “Aku Usaha, Aku Yakin Aku Berjaya” tetapi Yakin kita tidak bersandarkan kepada Allah. Bagi orang berilmu kejayaan mesti diraih dengan usaha yang gigih. Bagi orang beriman pula, kejayaan mesti diraih dengan usaha yang gigih dan DOA. Jadi dimana kita? Mahu BERILMU atau BERILMU DAN BERIMAN ?

Saya memohon maaf kerana sengaja buat status seperti itu kerana ingin membawa dan menarik perhatian anda untuk sama-sama audit diri.

Jangan hanya berdiet untuk kurus tanpa kita berdoa.
Jangan hanya workout sampai ke isyak dan tinggal solat.
Jangan bila dah berjaya sampai berat ideal, Terus lupa sunnah dan mendedahkan aurat
.

Sila audit diri sebelum mengurangkan berat badan. Biarlah kita kurus kerana Allah Azza Wajalla dan bukan kerana mahu penampilan cantik sahaja. #NoteToMySelf Allah. Allah. Allah :'(

Jika artikel ini bermanfaat silakan tekan Like dan Share dengan rakan-rakan anda. Semoga kebaikan dipanjangkan.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: