Motivasi
May 25, 2013, 3:47pm

Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !


Keyakinan merupakan tunggak utama dalam diri untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kebenaran. Ada juga yang berkata keyakinan suatu pengetahuan di dalam hati, jauh tak terjangkau oleh bukti. Tidak mengapa, Asalkan kita YAKIN. Terkadang saya berfikir, dimana kita letak YAKIN kita. Pada diri, manusia mahupun ALLAH ?

Aku Yakin Aku Berjaya !

“Aku Usaha, Aku Yakin Aku Berjaya !” Bagus keyakinan itu perlu tetapi kita lupa “Yakin Boleh, Terlalu Yakin itu adalah salah” Ramai diluar sana yang berusaha meraih impian dengan beragam usaha, bahkan ada yang tidak kisah adakah usaha aku ini benar atau salah, halal atau haram dari kaedah yang ditempuh.

Banyak manusia bila mahu mencapai impian dan kejayaan. Mereka usaha tetapi mereka lupa untuk berdoa dan tawakkal. “Aku Usaha, Aku Yakin Aku Berjaya” tetapi Yakin kita tidak bersandarkan kepada Allah. Bagi orang berilmu kejayaan mesti diraih dengan usaha yang gigih. Bagi orang beriman pula, kejayaan mesti diraih dengan usaha yang gigih dan DOA. Jadi dimana kita? Mahu BERILMU atau BERILMU DAN BERIMAN ?

Usaha Doa Dan Berdoa

Orang bijak berkata “Usaha tanpa doa adalah sombong, doa tanpa usaha adalah mimpi yang kosong” Ya, usaha tanpa doa seolah-olah kita sendiri yang menentukan hasil dari usahanya, padahal banyak manusia yang tidak berjaya ketika menghadapi masalah di akhir usahanya. Inilah kesombongan dan keangkuhan ditengah kelemahan manusia USAHA TANPA DOA !.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Ayuh sahabat kembali Dan berpegang teguhlah kepada tali Allah (agama Islam).

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: