Umum
Jul 5, 2011, 9:36pm

Aku Seorang Blogger


Aku Seorang Blogger. Fuhhh, Kini aku kembali untuk sertai Contest SEO yang dianjurkan oleh 2dayblogger. Err.. Aku cukup berkenan kalau bab-bab SEO (Search Engine Optimization) ni. Apabila aku sertai Contest SEO, disitu aku akan dapat belajar bagaimana untuk memantapkan lagi ilmu SEO aku.. Kan Aku Seorang Blogger. Tambahan pula, situasi sekarang ini Aku Semakin Bingung Dan Hilang Arah Tujuan.

Contest Aku Seorang Blogger

Amacam ? Gaya Aku Seorang Blogger di atas? Teheee.. Itu adalah pemilik blog.profhariz. Bermulalah Al-Kisah Aku Seorang Blogger. Sebelum itu, adakah anda faham Apa itu Blogger ? Blogger secara ringkas ialah Penulis blog

Blogger ialah perkhidmatan penerbitan blog yang membenarkan blog peribadi atau pelbagai pengguna blog dengan memasukan entri. Ia diwujudkan oleh Pyra Labs, yang telah dibeli oleh Google pada tahun 2003.

AKU SEORANG BLOGGER

Nak Tahu Siapa Hariz. Dan Siapa ProfHariz ? Disana menceritakan tentang pemilik blog.profhariz. Pada mulanya aku mula terjebak dalam dunia Seorang Blogger pada 29 MAY 2010 dengan entri Cerita Tentang Aku. Macam biasa kebanyakkan blogger mesti mula dengan platform blogspot. Begitu juga aku. Bila tengok semula sangat lucu entri yang pertama aku tulis. Tunggang-langgang dan carca marba! Hahaha. Disitu aku ada menceritakan apakah tujuan asal Aku Seorang Blogger.

Sy membuka blog awalnya mahu meluahkan rasa dan menyebar cerita.

Setelah 3 bulan berblog aku buat keputusan Hariz Berhenti Berblog? iaitu dengan Prof-Hariz Sudah Berpindah Ke profhariz.com. Alhamdullilah. Ini semua gara-gara nak berblog ala-ala professional lah sangat. Tapi tidak mengapa dalam syok-syok guna wordpress self-hosted. Dapat lah plak Header Baru untuk profhariz.com . Bertambah semangatlah aku untuk menjadi Seorang Blogger.

Apabila sebulan bersama WordPress aku merasakan arghhhh.. Indahnya Aku Seorang Blogger kerana disitu aku dah boleh jadi blogger hebat seperti kak yanmie hahahha. Evolusi Perjalanan blog.profhariz pun bermula dengan baik, perkongsian demi perkongsian.. Apa yang dikongsi pun aku tak tahu. Dan bertambah manis apabila OTAI SEO AzuanRazi memajukkan aku setapak Apabila Blog Profhariz.com Dikritik.

Bagi pencapaian Aku Seorang Blogger yang terbaik yang pernah aku kecapi adalah Pencapaian ProfHariz.com Disember 2010 dan Target 2011.. Tapi malangnya, itu semua hanya sekejap apabila Kehidupan Seorang Pelajar Di ILP bermula. Kalau aku ada laptop dengan broadband aku yakin aku masih mampu menjadi Seorang Blogger Tegar. Tapi itu semua aku takde yang ada cuma W995. W995 itulah yang aku punya untuk berfacebook dan layan twitter. Terima Kasih W995.

Tapi rezeki tetap ada untuk Aku Seorang Blogger apabila Google memberikan blog.profhariz PAGERANK 2.. Alhamdullilah, walaupun aku tak pernah mengharapkan PAGERANK daripada google sebab dah lama sangat aku tunggu #KecewaDiSini . Tapi google tetap pandang aku. Bukan mudah untuk menjadi Seorang Blogger Berjaya. Kerana Aku Seorang Blogger hanyalah sekadar meluahkan rasa dan menyebar cerita.

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen, DenaiHati, k-worlds, hairulazni, ummihanie, dinsblog“.

ProfHariz : Tuan Ayam nampak di kaki. Tuah blog.profhariz nampak di Contest SEO:Aku Seorang Blogger

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: