Umum
Nov 26, 2010, 8:10am

Aku Penat


  •  
  •  
  •  
  •  
Setelah hampir 2 minggu berkerja tanpa cuti.. Pelbagai masalah hadapi dan pelbagai-bagai yang aku fikir.. Kini aku mahu menjerit! Bahawa Aku Penat.. Sekarang Aku Penat dengan diri aku sendiri.. Dengan keadaan yang aku hadapi.. Perasaan rindu aku padaNya pun semakin menjauh.. Apa mau jadi dengan diri Aku?

Penat

Aku Penat itulah yang aku boleh cakap.. Tiada siapa yang akan faham situasi aku sekarang.. Apa yang aku fikir dan apa yang aku alami.. Tidak semua perkara boleh diceritakan pada teman rapat kita dan keluarga kita.. Maka dengan ini Aku perlukan rehat yang secukupnya.. Tapi rehat dimanakah? Pada masa manakah?
“Sesungguhnya, kematian itu kerehatan bagi orang mukmin”. Semoga kita berpenat-penat di dunia ini, untuk mendapat kerehatan di akhirat, jangan terlalu berehat di dunia hingga tidak dapat berehat di akhirat.
Tapi sudah cukupkah bekalan kita di dunia? Sudah cukupkah kita untuk mengejarkan akhirat kelak? Ya Rob 🙁 Berikanlah Hidayahmu Padaku.. Permudahkanlah Segala Urusanku.. Aku Mahu Penat Untuk Mengejarkan Akhirat! Bukan Penat Kejar Dunia.. ProfHariz : Aku Penat! Aku Penat! Aku Penat Ya Robb..