Umum
Oct 18, 2010, 11:15pm

SI A “Aku Betul !” Si B “Aku Yang Betul ! ! !”


  •  
  •  
  •  
  •  

Siapa yang betul? Siapa yang tak betul? Biar betul-betul ! ! Sekarang kita pun tak tahu siapa yang betul.. Mari kita sama-sama betulkan siapa yang tak betul.. Tapi kadang-kadang apa yang diorang gaduhkan itu dua-dua betul dan kadang-kadang dua-dua tak betul. Hampeh!!!!!!!

Aku teringat peristiwa cousin aku yang bergaduh antara kakak dan adik.. Gara-gara nama tempat.. Yang Si Adik kata “Mama beli barang itu di Bukit Mertajam”.. Manakala yang Si Kakak pula kata “Barang itu di beli di BM”.. Maka tercetuslah perang saudara antara 2 beradik itu.

Masing-masing menegakkan kebenaran.. Walhal dua-dua betul.. Bukit Mertajam itu nama penuh tempat. BM itu pula nama singkatan tempat. Pernahkah korang berada pada situasi ini?

Kadang-kadang ada juga yang dua-dua salah.. Bertengkar sampai putus urat mareh dan tertelan biji halkum.. Walhal Si A Salah Si B Pun Salah.. Aku yang dengar pun ketawa guling-guling siap buat pusing 380 darjah lagi.. Manusia-manusia macam-macam hampa nie nohhhh..

ProfHariz : Korang pasti ada pengalaman macam ni kan? Sila ooooo Sila mai kongsi sama-sama…