Umum
Mar 19, 2011, 12:05pm

Aku Anak Kuat


Benar kata mereka, Hanya diperlukan seminit bagi menafsir seseorang, sejam bagi menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi percayalah! percayalah untuk melupakan seseseorang itu memerlukan waktu seumur hidup.

Aku Anak Kuat

Bila perasaan cinta itu muncul maka kita impikan segala kebahagiaan dan menaruh harapan. Tapi apakah dia tahu betapa dalamnya cinta kita pada dia. Cinta pada yang tak sudi dan memang tiada hati terlalu amat sangat sakit dan pedih. Aku anak kuat

Mereka kata, cinta tidak boleh dipaksa pada yang tidak sudi.. Tapi bukankah cinta boleh dipupuk? Jika cinta boleh dipupuk tapi bagaimana jika dia langsung tidak membuka ruang pada kita.. Aku anak kuat tapi bila cinta dalam aku muncul aku jadi lemah.. Aku lemah pada cinta yang muncul tanpa aku pinta..

Sungguh! Dulu aku tidak pernah kenal apakah itu erti cinta, erti sayang, erti rindu.. Tapi kini, aku kenal segala rasa itu.. Ia sangat kuat hingga tidur aku bangun aku hanya memikirkan dia! Dia insan yang membuatkan aku terbang tinggi! Buat aku menaruh harapan segala tinggi nya langit..

Apakah ini cinta dalam ataupun cinta gila? Percayalah! Bahawa cinta ini buatkan aku sanggup merenang lautan berapi. Buatkan aku merendahkan segala ego. Membuatkan aku puja ia segala dan membuatkan aku menjunjung tinggi dia dan tidak dibiarkan satu benda yang mengusik..

Bila cinta itu muncul, Tidur malam aku terjaga! Aku menadah telapak tangan mendoakan harapan semoga tuhan buka pintu hatinya untuk menerima aku.. Setiap sujud aku, aku tangis merayu “Tuhan aku cinta dia! Aku Sayang Dia! Apakah ia tidak tahu ya Allah? “

Aku Anak Kuat! Cinta Aku Amat Dalam! Tapi kalau orang tak sudi, Apakah perlu kita tunggu? Fida Aishah cakap ; Kita harus melangkah pergi. Kita tak boleh memaksa hati.. Apakah ini waktunya untuk aku melangkah dan menyambut angin dingin yang baru? Lupakan pada sidia yang memang tiada hati pada aku! ! !

ProfHariz : Dia Cinta Kuat Aku! Cinta yang tak mungkin dapat aku lupakan dalam kisah hidupku

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: