Umum
Jan 2, 2013, 2:37pm

AkmaOmar, profhariz memohon maaf untuk iPhone 5 Gadget Impian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bismillahirohmanirohim Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Jutaan kemaafan secara terbuka untuk akmaomar didalam contest iPhone 5 Gadget Impian. Sebenarnya saya telah melakukan kesilapan yang agak besar tanpa saya sedari dan telah membuatkan akmaomar menjadi marah. Tidak terniat di hati saya sedikit pun untuk menjejaskan kedudukan SERP akmaomar di carian google.com yang telah didakwa oleh akmaomar dan rakan-rakan lain seperti Usahawanita Maz, Puan Gojes dan beberapa orang lagi di facebook group Denaihati Network.

3

Setelah saya membaca komen akmaomar seperti lampiran di atas baru saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan di halaman forum “Harus iPhone 5 Gadget Impian“. Sebenarnya didalam dunia SEO saya juga masih baru dan masih belajar selok belok untuk kedudukan terbaik di Google.com. Untuk pengetahuan akmaomar dan rakan-rakan saya tidak melakukan full duplicate entri¬†penyertaan akmaomar secara penuh tetapi cuma hanya di perenggan pertama entri tersebut yang didakwa oleh akmaomar.

4

Sebenarnya di halaman forum indonesia tersebut saya copy dan paste perenggan pertama ayat “Harus iPhone 5 Gadget Impian menjadi impian kita semua sudah tahu bahawa Apple telahpun melancarkan produk terbaru mereka iaitu iPhone 5 secara meluas. Ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan iPhone 5 gadget impian mereka sejak ia dipasarkan. Ada yang sanggup menunggu dan beratur panjang untuk mendapatkannya.” cuma ingin mengambil sedikit idea daripada artikel akmaomar kerana saya lihat kedudukan akmaomar lebih baik.

Ternyata didalam contest iPhone 5 Gadget Impian ini boleh membuatkan saya mengambil pengajaran terutama mengambil sedikit ayat akmaomar yang telah dimaklumkan itu boleh membuat rakan yang lain marah dan melanggar etika seorang blogger walaupun ia bukan didalam entri sendiri tetapi di forum luar.

Sekali lagi saya profhariz memohon maaf kepada akmaomar untuk contest iPhone 5 Gadget Impian ini. Wassalam

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: