Umum
Nov 17, 2010, 9:08pm

AidilAdha: Saya korban


  •  
  •  
  •  
  •  
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

Salam AidilAdha 1431H kepada semua umat islam, Kita menyambut Hari Raya Korban pada 17 Nov 2010.. Pada Hari ini.. Saya telah korban! ..Ya Saya Korban, Ehh.. Hariz kau masuk korban ke? Ehhh… Tak! Tak! saya bukan masuk Ibadah Korban, Korban lembu korban kerbau mahupun unta.

AidilAdha Korban

AidilAdha 2010 dengan bangganya saya mengisytiharkan bahawa Ridhauddin Hariz sudah berkorban.. Ehem-ehem… Pada AidilAdha 2010 ini saya telah berkorban iaitu korban kerja.. Uwaaa.. Sangat-sangat sedih.. Inilah kali pertama dalam sejarah diari hidup saya tidak menunaikan solat sunat raya haji yang hanya setahun sekali.. Pada 2007 saya bekerja juga pada Hari Raya Korban.. Tapi masa tu kena shif petang.. Maka selamatlah, Pada tahun 2010 ini, Saya kerja untuk tempat ini kena shif pagi..

Tapi apa-apapun ini boleh dikatakan korban kan? AidilAdha bukan hanya sekadar ibadah korban.. Bekerja pun boleh dinamakan KORBAN.. Tidak begitu?

ProfHariz: AidilAdha 2010 Saya Korban kerja.. Anda Berkorban apa?