Islam
Nov 17, 2010, 11:17am

AidilAdha Hanya Sekadar Korban ?


Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika. Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Acap kali laungan memuji Allah pada setiap kali tibanya musim haji iaitu pada bulan zulhijjah. 10 Zulhijjah merupakan Hari Raya AidilAdha yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. AidilAdha atau Hari Raya Korban merupakan satu peristiwa yang patut difahami, diamati malah perlu dihayati supaya dapat menyingkap Apakah Maksud AidilAdha..

Aidiladha

Bila disebut AidilAdha pasti semua tahu bahawa Hari Raya Korban dan akan ada ibadah korban binatang al-an’am seperti lembu unta dan sebagainya.. Hanya itu yang mereka faham.. Apakah Makna AidilAdha yang sebenar bagi anda?

AidilAdha Hanya Sekadar Korban binatang? Wang ringgit? Semuanya hanya dari segi material ? Apakah erti pengorbanan yang sebenar pernah anda lakukan? Adakah seperti Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s? Cuba kita muhasabah diri dimanakah lambang ketaatan kita? Kami Bukan Nabi Dan Rasul.. Ya.. Memang benar.. Bukan Nabi apatah lagi Rasul, Salahkah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa mereka?

AidilAdha

Sejauh mana taatnya kita pada perintah Allah ? Adakah kita sudah berjaya menggalas tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah Dimuka bumi ini? Jika Ya mengapa masih ada Anak Muda Kerana KLCC? Kemudian Dara Demi Cinta? Malah ada yang sanggup korban aqidah “Cinta Ditolak, Bomoh Bertindak” ?

Wahai umat manusia semua, saya menyeru serta mengingati diri saya sendiri jom kita bermuhasabah diri sempena hari yang mulia ini.. Mohon keampunan.. Gunakanlah kesempatan 3 hari yang dibenarkan bertakbir ini sebaik-baiknya.. Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar hari raya korban ini.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya

ProfHariz : Pengorbanan tak semestinya dari segi material, wang ringgit tetapi usaha, keringat, akal serta doa juga merupakan satu pengorbanan. Salam AidilAdha 1431H

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: