Review
Jan 22, 2018, 9:18am

9 Pilihan Masakan Tradisional Cina yang Wajib Anda Cuba


  • 19
  •  
  •  
  •  
    19
    Shares

Keunikan Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang pelbagai kaum.  Kaum melayu, cina dan india merupakan tiga kaum utama di negara Malaysia dan kaum yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya.  Selain melihat suasana sambutan perayaan, makanan tradisional setiap kaum tersebut juga sangat menarik hati para pelancong justeru para pelancong turut dapat merasai makanan tradisional semua kaum di Malaysia.  

masakan tradisional cina 20

Kebanyakan makanan adalah halal dan kaum muslim juga tidak ragu-ragu untuk menjadikan makanan yang mempunyai sejarah dan simbolnya seperti makanan tradisional cina sebagai santapan mereka.  

10 Pilihan Masakan Tradisional Cina yang Wajib Anda Cuba

masakan tradisional cina 22

Banyak masakan tradisional cina yang anda wajib cuba seperti Yee Sang, Chang Shou Mian, Dumpling, Kuih Bulan, Kuih Bakul, Char Koay Teow, Bak Chang,  dan dim sum. Masakan tradisional cina ini diamalkan dan diwarisi secara turun temurun dan tidak pernah pupus ditelan zaman.

Yee Sang Atau Yusheng

Yee Sang atau Yusheng adalah makanan beraneka salad dan ikan yang menjadikan teksturnya berwarna-warni.  Makanan yang selalu dihidangkan sempena sambutan perayaan tahun baru ini juga melambangkan kemakmuran, kemewahan dan kekayaan.  Masyarakat cina menganggap ikan adalah sebagai pembawa rezeki dan yee sang tercetus sejak Dinasti Song lagi sebagai masakan yang dihidangkan sempena upacara keagamaan. 

masakan tradisional cina 21

Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar, lobak merah, lobak putih, halia, kacang tanah, cili, kaffir lime leaves, parsli cina, biji bijian bakar, udang kering goreng dan kuahnya atau penambah rasanya diperbuat daripada sos plum.  Pada sambutan tahun baru cina, masyarakat cina akan memasak makanan tradisional ini dan untuk memakannya, mereka akan melambung-lambungkan yee sang beramai-ramai dan melaungkan ‘Lo Hei’.  Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.

Chang Shou Mian

masakan tradisional cina 24

Mee yang sangat panjang ini diperbuat daripada tepung gandum.  Mee yang berwarna kuning dan paling nipis ini mengambil masa selama dua minit untuk mendidih didalam air rebusan. Masakan tradisional cina ini melambangkan umur panjang seseorang.  Semasa makan, mereka digalakkan untuk tidak mematahkan mee ini kerana mereka menganggap sekiranya memakan mee ini tanpa mematahkannya, ia menandakan mereka akan mempunyai umur yang panjang.  Oleh itu, chang shou mian ini selalu dimakan pada sambutan hari lahir atau tahun baru.  Masakan tradisional cina ini dihias dengan sayur-sayuran seperti sawi, cili dan cendawan.  

Dumpling atau Jiaozi

Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum sebagai kulitnya dan berintikan isi yang pelbagai jenis seperti daging, udang segar dan juga sayur-sayuran seperti halia, cili, pecai dan herba-herba.  Jiaozi adalah masakan tradisional cina yang penuh dengan zat kerana ia dimasak seraca rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain.  Selain direbus, ia boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus.   masakan tradisional cina 23

Makanan tradisional cina ini membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao.  Pada zaman dahulu, Jiaozi menjadi seperti ubat dimana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi Jiaozi dan kesannya menyembuhkan mereka kerana intinya mengandungi herba-herba

Kuih Bulan

Kuih bulan boleh didapati pada perayaan pertengahan musim luruh atau tahun baru cina. Kuih berbentuk bulat atau empat segi ini diperbuat daripada kuning telur iaitu telur itik masin. Kuih bulan ini sangat sedap dimakan begitu sahaja. Pelbagai inti telah dilengkapi pada masakan tradisional cina ini seperti inti pes biji teratai dan pes kacang merah. Tak cukup dengan itu, pes taro serta lima isi rong digunakan.  Lima isirong adalah 5 kekacang dan benih seperti walnut, bijan, badam, benih labu dan benih tembikai. Seiring dengan arus permodenan, pada zaman sekarang, anda akan menemui kuih bulan yang berperisa keladi, durian, pandai dan sebagainya. 

masakan tradisional cina 26

Terdapat kisah dan sejarah yang terlindung di sebalik kuih bulan dan perayaan pesta bulan. Namun, kebanyakan daripada kisah itu merupakan mitos dongeng dan terdapat banyak versi. Walaupun begitu, setiap kali perayaan kuih bulan, masyarakat cina akan memakan kuih bulan bagi memperingati sejarahnya iaitu seorang isteri raja yang berkorban demi rakyatnya.

Kuih Bakul

Kuih Bakul? Ia juga digelar dengan nama Nian Gao. Memandangkan ia adalah masakan tradisional cina yang berbentuk kuih, ia sangat mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan sangat mudah dimakan dimana-mana sahaja. Walaupun mudah dimakan dan dibawa, namun proses membuatnya tidaklah begitu mudah kerana masakan tradisional cina ini mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan.  

masakan tradisional cina 25

Mengikut sejarah kuih ini, ia dicipta untuk diberikan kepada Tuhan Dapur supaya tuhan dapur tidak melaporkan hal-hal yang tidak baik kepada maharaja di syurga. Selain itu, kuih bakul ini membawa simbol ‘tinggi’ iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ yang ertinya semakin masa berlalu, semakin mereka perlu lebih maju. Kuih manis dan melekat seperti dodol ini selalu dimakan dengan pelbagai cara seperti disalut dengan isi kelapa, digoreng dengan ubi keledek atau ubi keladi atau dimakan begitu sahaja.

Char Koay Teow

masakan tradisional cina 27

Pasti anda tidak menyangka bahawa Char Koay Teow merupakan masakan tradisional cina yang telah menjadi sebutan dan digemari ramai terutamanya di negara kita. Masakan tradisional cina yang diperbuat daripada mee beras rata dan dihidangkan dengan kerang, udang, telur dan pelbagai isi lagi ini telah mula dijual oleh petani dan nelayan untuk menjana pendapatan mereka pada zaman dahulu. Oleh sebab masakan tradisional cina ini kaya dengan protein, fiber dan pelbagai zat lagi, ia dahulunya dihidangkan kepada buruh yang memerlukan tenaga untuk bekerja. Taugeh dan sayur-sayur menambahkan lagi rasa char koay teow ini supaya lebih sedap dan lazat dimakan.  

Bak Chang

Makanan masakan tradisional cina yang berbungkus ini diperbuat daripada beras pulut, inti pula diperbuat daripada kacang tanah. Kuih berbalut ini sangat terkenal ketika Perayaan Duan Wu dan daun-daun yang digunakan untuk membalut Bak Chang ini mempunyai sejarahnya.

masakan tradisional cina 19

Menurut lagenda, terdapat seorang raja iaitu Quan Yu yang telah membunuh diri kerana tertekan dengna kejatuhan negaranya dan dibuang daerah. Beliau melompat ke dalam Sungai Mi Lou dan mayatnya tidak dijumpai. Rakyat berasa sangat sedih dan melemparkan bak chang ke dalam sungai tersebut supaya ikan atau haiwan-haiwan di dalam sungai itu tidak mengganggu mayatnya.  Sejak itu, bak chang menjadi symbol untuk memperingati kejadian dahulu. Jom kita cuba makanan sejarah ini!

 

Ding Bian Hu

masakan tradisional cina 29

Ding Bian Hu adalah salah satu masakan tradisional orang cina yang masih diamalkan oleh orang lama atau warga emas.  Masakan tradisional cina ini sering disediakan pada waktu pagi atau lewat malam. Khasiatnya yang sangat bagus sesuai untuk mereka yang perlukan tenaga untuk bekerja atau mereka yang sakit. Masakan yang seakan-akan bubur nasi ini juga dikenali sebagai “bubur kulat”. Bubur ini akan dimasak dan dijadikan bubur bersup dan diolah dari sup makanan laut.

Dim Sum

Dim Sum enak dimakan pada waktu pagi, tengahari, petang ataupun pada bila-bila masa waktu perayaan bersama keluarga.  Lebih sedap lagi kalau dihidangkan bersama teh cina.  Dim sum diperbuat daripada tepung jagung, tepung gandum dan isi-isi seperti daging, ayam, udang, sayur dan sebagainya.

masakan-tradisional-cina-30

Masakan tradisional cina yang bervariasikan pau ini dihidangkan dirumah-rumah teh oleh pemilik rumah teh tersebut memandangkan ramai petani yang akan singgah minum teh.  Sebab itulah sedapnya makan dim sum bersama teh! Sedap sangat!  Anda pun wajib mencubanya ya!

Dim Sum Halal Muslim Tomataste

masakan tradisional cina 31

Masakan tradisional cina yang wajib anda cuba adalah dimsum keluaran Tomataste.  Produk frozen Tomataste merangkumi 7 set dimsum frozen, 1 set pau butter chicken frozen, 1 set Jagung celup tepung dan 1 set Kambing Bakar Xinjiang.

Pelbagai jenis Dumpling Tomataste

Dumpling tomataste keluaran bumiputera ini yang terdiri daripada pelbagai inti itu sesuai dijadikan snek yang berkhasiat dan lazat.  Ia dikukus panas-panas dengan inti bahan segar seperti ayam dan ditambah sayur, mee serta dimakan dengan sup sangat enak dan berpuas hati.  Masakan tradisional cina ini sangat ringkas tetapi penuh dengan pelbagai zat.  Selain harganya yang berpatutan dan disediakan dalam kuantiti yang banyak, dimsum keluaran tomataste ini juga mempunyai pelbagai perasa iaitu beef ravioli, chicken corn, chicken mushroom, chicken blackpaper dan disertakan dengan sos dimsum yang melazatkan lagi masakan tradisional cina ini. 

Justice Pau Butter Chicken

Pau Pan Fried Xinjiang atau Justice Pau Butter Chicken yang mempunyai inti chicken butter di dalamnya yang penuh dan tebal itu sangat crunchy di kulit luarnya.  

masakan tradisional cina 10

Jagung Celup Tepung

Jagung celup tepung ini disediakan sebagai pencuci mulut dan sesuai digandingkan bersama aiskrim coklat atau dimakan begitu sahaja.  Jagung lemak berkrim ini juga dapat membangkitkan suasana dan aroma yang harum bagi pelanggan yang menikmatinya.

masakan tradisional cina 11

Kambing Perap Frozen

Menu tambahan menarik yang dihidangkan ini dibawa terbang khas dari Utara China.  Kambing Bakar yang diperap ini cukup lengkap dengan rempah ratus yang menjadikan masakan ini mendapat permintaan ramai. 

masakan tradisional cina 12

Sebab Anda Perlu Rasa Tomataste

Tomataste mempunyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri yang membuatkan anda wajib mencubanya.  

Keluaran 100% Bumiputera

masakan tradisional cina 39

Tomataste ditubuhkan oleh Encik Fakhzan Firdaus dan Encik Muhammad Fahmy yang berguru dengan seorang chef dari Xinjiang bagi menghasilkan makanan masakan tradisional cina ini di Malaysia.   Selain mempelajari teknik masakan cina, minat dan kegeraman mereka dalam memakan makanan tradisional cina ini membawa kepada penubuhan TOMATASTE disamping merupakan satu alternatif bagi makanan Cina Halal frozen di Malaysia dan Asia tenggara.

Halal dan Mempunyai lesen Pendaftaran Syarikat

masakan tradisional cina 40

Selain halal, Tomataste mempunyai lesen SSM dan mengikuti pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan di Shah Alam.  Mereka juga mengikuti kursus pengendalian makanan.  

Sangat Trending di Malaysia

masakan tradisional cina 16

Tomataste sangat tular dengan dimsumnya yang sangat sedap dan mendapat permintaan ramai.  Mereka telah mempunyai ramai agen dan masih memberi ruang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen.

Produk yang Pelbagai dan Berkhasiat

masakan tradisional cina 17

Kekuatan Tomataste dalam produknya adalah mempunyai pilihan yang banyak dan masakannya yang berkhasiat.  Pesakit juga menggemari dimsum tomataste dan dimakan dengan cara kukus.

Mudah Didapati

masakan tradisional cina 41

Produk Tomastaste telah menembusi pasaraya dan mudah didapati di kedai-kedai Halal Mart di sekitar lembah Kelang seperti My Farm di Putrajaya, Yakin Halal di Bangi, Al-Wasilah di Nilai dan rangkaian Kiosk Halal ATAP yang sedang bertambah cawangannya.

Testimoni Produk TOMATASTE

Ramai yang telah mencuba Tomataste dan rasanya yang sedap dan lazat tidak mengecewakan mereka sehingga mereka tak sabar-sabar nak beli lagi!

masakan tradisional cina 42 masakan tradisional cina 43 masakan tradisional cina 44 masakan tradisional cina 45 masakan tradisional cina 46

Dapatkan Dumpling Halal Dim Sum Tomataste

Anda boleh mendapatkan produk Tomataste di rangkaian halal mart di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi menerusi WhatsApp atau layari website dan media sosial untuk info terkini dan rangkaian pengedar terbaru Tomataste. masakan tradisional cina 47

DIM SUM HALAL TOMATASTE

Hubungi: Tekan untuk telefon(012-3155545) | Tekan untuk WhatsApp Facebook:  Tomataste Website: www.tomataste.com Email:  tomataste@gmail.com

Jom order Dim Sum Tomataste SEKARANG!

Whatsapp Layari Website

Jom order Dim Sum Tomataste SEKARANG!