Review
Jan 8, 2018, 11:30am

8 Tips Pengurusan Kewangan Keluarga | Rancanglah Kewangan Keluarga Di Usia Muda


Wang bukanlah segalanya namun begitu dengan adanya wang pelbagai matlamat dapat dipenuhi. Di sini kita sudah dapat lihat betapa pentingnya kewujudan wang dalam kehidupan dan merupakan unsur yang penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Memang benar ia tidak boleh membeli kebahagian tetapi tidak dapat dinafikan lagi bahawa wang membantu serta mempunyai hubung kait secara langsung dalam membekalkan serta memenuhi keperluan asas kepada sesebuah keluarga selain daripada kasih sayang antara satu sama lain. Wang sedikit atau banyak bukanlah ukuran sebenar, tetapi kemahiran pengurusan kewangan keluarga yang betul akan membantu kita membuat perancangan kewangan yang baik untuk hari tua dan juga kepada anak – anak kita nanti.

pengurusan kewangan keluarga 11

Jika kita lihat daripada satu aspek, semua keluarga mempunyai pendapatan dan sumber kewangan tersendiri tetapi tidak semua mempunyai kemahiran dalam menguruskan kewangan keluarga. Selain daripada kemahiran menjadi ibu bapa adalah sebaiknya diselitkan kemahiran untuk menguruskan wang.  Tidak. Kemahiran menguruskan wang sememangnya wajib diutamakan dalam memastikan semuanya terkawal.

pengurusan kewangan keluarga 01

Bukan semua kemahiran datang secara semula jadi, tidak juga diajar dalam kelas sewaktu persekolahan dan juga ketika belajar semasa pengajian tinggi. Sedarkah bahawa kita sudah pun mula menguruskan kewangan sendiri dari awal lagi sehinggalah mendapat gaji yang pertama dan akan berterusan  hingga ke akhir hayat. 

Terdapat pelbagai jenis laluan dan peluang dalam mencari pekerjaan demi menyara kehidupan. Ada di antara mereka yang bergantung serta menjana pendapatan daripda kerjaya professional namun malangnya tidak bijak dalam menguruskan wang mereka. Hal ini tidak patut terjadi kerana mereka sepatutnya lebih peka dalam menangani isu kewangan. Dan hal ini adalah amat penting untuk dititikberatkan terutamanya apabila sudah mempunyai keluarga.

pengurusan kewangan keluarga 12

Di sini ingin saya kongsikan 8 tips yang berguna dalam membantu untuk menguruskan kewangan keluarga dengan bijak. Masih belum terlambat untuk bermula semula demi menuju kearah yang lebih baik.

#1 Matlamat Kewangan | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 03

Antara langkah pertama yang wajar dititikberatkan adalah untuk mempunyai matlamat dalam menguruskan kewangan demi menjamin masa hadapan. Adalah amat penting untuk seseorang itu tahu akan tujuan yang dimahukan terhadap diri sendiri dan juga keluarganya. Bertambah bilangan ahli keluarga maka bertambahlah tanggungjawab serta tanggungan yang perlu diuruskan.  

Apa yang dimaksudkan dengan matlamat kewangan adalah berkenaan dengan jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang. Antara aspek yang boleh digunakan dalam merancang demi memenuhi matlamat kewangan adalah mengurus, memantau atau mengambil tahu akan setiap pergerakan duit, menetapkan jumlah yang boleh digunakan, merancang cara berbelanja dan sudah semestinya untuk patuh kepada rancangan yang telah dibuat. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa membimbing anak-anak untuk menjadi lebih peka dan berhemah.

#2 Simpan Sebelum Berbelanja | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 02

Seperti yang kita tahu menabung amat digalakkan sejak dari kecil lagi namun begitu jangan kita memandang remeh akan hal ini dan menganggap hanya kanak-kanak sahaja yang perlu menabung. Sebagai seorang dewasa, menabung atau menyimpan adalah jauh lebih penting agar dapat mengawal kadar perbelanjaan serta menyimpan untuk hal-hal kecemasan. Dan ia bertambah penting kerana akan melibatkan ahli keluarga yang lain.

Menyimpan dapat mendorong mengurangkan perbelanjaan setiap bulan. Terdapat pelbagai cara yang berkesan dapat digunakan dalam menyimpan termasuklah menyimpan secara tetap setiap bulan. Sebagai contohnya seperti ptotngan gaji. Membeli serta menggunakan barangan yang mempunyai jangka hayat yang panjang juga merupakan kaedah simpanan daripada segi penggunaan. Dan yang lain adalah seperti menyimpan melalui pemebelian insuran serta hasil daripada potongan KWSP setiap bulan dan skim pencen apabila mereka sudah bersara.

#3 Belanja Secara Berhemah | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 05

Berbelanja secara berhemah merupakan antara perkara terpenting dalam memastikan system kewangan keluarga setiasa berada dalam keadaan stabil. Tidak mengapa jika anda mempunyai kelebihan untuk berbelanja lebih tetapi haruslah berhati-hati agar tidak berlaku sebaliknya. Berbelanjalah mengikut kadar pendapatan anda. Sekiranya pendapatan kita adalah RM2500, pastikan anda menyediakan bajet yang bersesuaian untuk digunakan. Utamakan apa yang perlu dibayar setiap bulan seperti sewa rumah dan juga duit kereta. Gunakan baki selebihnya untuk membeli barangan keperluan. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

Selain daripada itu, anda juga boleh mewujudkan rekod perbelanjaan yang berlaku setiap hari sehingga ke akhir bulan dan jadikan panduan untuk digunakan dalam merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah. Dari sini anda akan dapat melihat sendiri perjalanan perbelanjaan anda dari hari ke hari sehingga sebulan. Dalam berbelanja sebaiknya dimulakan dengan keperluan yang paling asas iaitu makanan minuman, tempat berteduh iaitu tempat tinggal, utamakan pendidikan anak-anak serta kesihatan. Kemudian barulah dipertimbang tentang kehendak yang lain.

pengurusan kewangan keluarga 13

Untuk memudahkan lagi proses melakukan perbelanjaan secara berhemah, perkara terbaik untuk dilakukan adalah dengan merujuk kepada penyata kewangan. Dengan adanya penyata kewangan anda dapat menentukan apa yang sepatutnya ditumpukan seperti membayar hutang atau mengawal aliran wang tunai.

#4 Menguruskan risiko kewangan | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 04

Tidak kira di mana kita berada, kita akan sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko seperti tercedera akibat kemalangan dan sebagainya. Ahli keluarga kita juga tidak terkecuali. Semuanya bukanlah dalam kawalan kita namun begitu apa yang boleh dilakukan adalah dengan merancang bagaimana untuk menanganinya sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku dan memerlukan kita untuk menggunakan jumlah wang banyak. Salah satunya adalah dengan mendaftarkan diri anda dan keluarga bersama syarikat insuran yang dipercayai.

Insuran bukanlah sesuatu yang boleh digunakan sesuka hati dan pada bila-bila masa kerana ia merupakan simpanan untuk jangka masa panjang dan jugak kecemasan melibatkan kesihatan dan kecederaan. Membeli insuran tidak semestinya akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Namun ia adalah sebagai langkah awal dalam membantu menangani masalah berkaitan yang mungkin timbul di masa hadapan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

#5 Membayar Zakat Dan Cukai | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 07

Dalam kita sibuk menguruskan hal duniawi, jangan sesekali dilupakan kewajipan sebagai muslim dan rakyat Malaysia iaitu untuk membayar zakat dan juga cukai. Bagaimana zakat dapat membantu dalam pengurusan kewangan? Seperti yang kita tahu terdapat banyak kepnentingan yang diperolehi dengan bayaran zakat seperti dapat mensucikan harta, membantu pertubuhan ekonomi, membersihkan jiwa, mengelakkan dari sifat boros, mengurangkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin dan paling penting mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur.

Berdasarkan kepentingan itu tadi dapat kita kaitkan betapa besarnya kepentingan zakat dalam membantu kita untuk menguruskan kewangan. Harus kita ingat bahawa semuanya hanyalah pinjaman dan kita amat digalakkan untuk memberi dan berkongsi harta kekayaan ini ke arah yang baik. Hal ini sekaligus menjamin kesejahteraan keluarga terutamanya daripada segi kewangan. Tidak mungkin akan berkurang harta kita jika dikongsi bersama malah sebaliknya. Itu janji Allah.

pengurusan kewangan keluarga 14

Manakala cukai pula adalah kewajipan seorang rakyat kepada sesebuah negara. Seperti yang kita tahu duit cukai yang telah kita bayar merupakan merupakan salah satu sumber kewangan kepada negara. Dengan adanya cukai dapatlah kerajaan membekalkan pelbagai kemudahan asas seperti jalan, sekolah, hospital dan banyak lagi. Ini secara tidak langsung bukan sahaja membantu negara untuk membangun malah memberikan kita lebih keselesaan pada umumnya.

#6 Pelaburan Bijak | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

 

pengurusan kewangan keluarga 15

Pada umumnya ini adalah penerangan kepada pelaburan.

Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.

pengurusan kewangan keluarga 16

Namun begitu pelaburan boleh dikategorikan dalam beberapa kumpulan. Dalam kata lain ia merupakan pelaburan yang dibuat besar-besaran dan menjangka pulangan wang yang berganda. Selain itu tujuan pelaburan bijak yang kita buat adalah dengan menjadikan simpanan yang telah kita buat sebagai modal pelaburan. Tujuannya adalah untuk kegunaan sewaktu menunaikan haji, sebagai tabung persaraan, tabung percutian, membantu untuk pendidikan anak-anak dan sebagainya yag berkaitan dengan matlamat kewangan kita.

Pelaburan yang bijak mampu menjadi antara sumber yang boleh digunakan untuk menambah pendapatan keluarga bagi masa-masa tertentu.

#7 Elakkan berhutang | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 09

Antara kesilapan yang paling kerap dilakukan dan sudah pun menjadi kebiasaan dalam menguruskan hal berkaitan kewangan ialah sikap suka berhutang. Ia bermaksud lebih gemar melakukan pembelian menggunakan kad kredit berbanding tunai. Penggunaan kad kredit yang kini lebih meluas dan dijadikan sebagai cara hidup menyebabkan banyak keluarga terpaksa melupakan hasrat untuk mempunyai simpanan di masa hadapan yang sebenarnya jauh lebih penting.

Selain itu, selesaikan dahulu hutang semasa atau yang telah sedia ada termasuk bil air, elektrik, sewa rumah, kereta adan moto pada waktu yang ditetapkan. Sebaiknya jangan sesekali ditangguhkan kerana kadarnya akan menigkat dari masa ke semasa. Dan sudah tentu lebih baik untuk dielakkan penggunaan kad dalam melakukan pembelian dan pembayaran bagi mengelakkan lebi banyak hutang.

#8 Menyerahkan Pengurusan Harta Pusaka Kepada Wuthqa Consultation | Tips Pengurusan Kewangan Keluarga

pengurusan kewangan keluarga 08

Kehidupan di dunia tidak akan kekal dan pernahkah anda terfikir apa akan terjadi kepada harta-harta yang kita ada apabila sudah tidak berupaya untuk menguruskannya lagi. Siapakah antara ahli keluarga kita yang akan membantu untuk menguruskannya di kemudian hari? Hal ini jugak sangat penting untuk diuruskan. Anda seharusnya sudah mempunyai penama dan jika ianya perlu gunakan wasiat, hibah, wakaf, pengisytiharan harta sepencarian dan juga pemegang amanah mengikut kehendak anda.

Jangan diambil ringan hal berkaitan harta kerana ia boleh menjadi punca kepada banyak perkara negative seperti pergaduhan dan memecah belahkan keluarga. Ianya tidak semudah yang disangka namun jika diuruskan oleh orang tepat, sudah pasti tiada masalah. Terdapat pelbagai cara untuk anda menguruskan harta anda seperti dengan merujuk kepada pemilik syarikat Wuthqa Consultancy.

pengurusan kewangan keluarga 10

Syarikat Wuthqa Consultancy menyediakan khidmat nasihat berkaitan hibah, wasiat, faraid dan pengurusan harta muslim. Syarikat Wuthqa Consultancy ini juga diterajui oleh seorang peguam yang turut berkongsi firma guaman bersama beberapa rakannya di Tetuan Mahmud Emir & Co. Jadi anda tidak perlu risau, Wuthqa Consultancy sedia membantu anda berkenaan servis yang diperlukan. Anda akan dibantu dan mendapat khidmat nasihat dan urus harta, hibah, serta wasiat mengikut landas syarak (syariat) yang akan dipastikan mengikut undang – undang Malaysia.

Sememangnya ramai yang masih tidak jelas tentang pengurusan harta dan banyak salah faham yang berlaku di antara masyarakat berkenaan hibah dan wasiat. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan wasiat, hibah dan faraid boleh terus hubungi nombor yang tertera di atas. Saya sedia membantu.

pengurusan kewangan keluarga 17

 

Jom Dapatkan Pengurusan Harta Pusaka dengan Wustha Consultancy!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Pengurusan Harta Pusaka dengan Wustha Consultancy!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Pengurusan Harta Pusaka dengan Wustha Consultancy!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: